Saturday, April 30, 2016

~ TRAGEDY ~







Tragedy

 KARYA: Shakespeare
 TERBITAN: Classic Paperbacks
 HALAMAN: 749

[Henyak]

Friday, April 29, 2016

Thursday, April 28, 2016

~ SELAMAT HARI ULANG TAHUN SI KECIL TAURUS ~


SEMENJAK lebih sebulan lalu dia membilang hari. Teruja menantikan April 28. Ya, hari mula dia dihadirkan dalam hidup kami.

Si kecil Taurus.

Selamat hari ulang tahun kelahiran. Kasih kami kepada kamu ini tidak pernah terkurang meski apapun. Justeru, pada pertambahan usia terberi ini, mudah-mudahan membesarmu menjadi seseorang yang tahu apa itu kasih sayang dengan penuh rasa tanggungjawab. Tidak hanya untuk kami, tetapi untuk seluruh yang menyangkupimu.

Semoga rahmat Tuhan juga sentiasa sama kamu, hari ini.. esok, lusa dan pada setiap nafas yang terhela. 

Doa kesejahteraan buat kamu, si kecil sayang..

[Dedikasi..]

Wednesday, April 27, 2016

~ TERHENYAK ~


TIBA pada ketikanya tanda tanya terungkai. Awal pagi kami sudah mengadap sang kepala paling atas. Resahnya umpama menunggu hukum dijatuh. Bunyi jantung juga seperti mampu terkira manusia di sebelah. Keras, lebih dari yang selalu biasa.

Dan, setelah dijelaskan kebenaran yang ditunggu, kejutan terberi. Benarlah... pemain-pemain lainnya terlalu hebat sehingga tidak terkejar kami-kami ini yang dari kalangan kebanyakan. Sama sekali aku dan rakan-rakan lainnya juga tidak tersampai fikir pada berita yang didengarkan kepada kami siang hari tadi. Jauh tersasar daripada apa yang kami teka-tekakan. Jauh!!!

Tiga. Bukan kerana nombornya, tetapi kerana yang menjadi pilihan dalam tiga itu. Aku sendiri kurang mengerti atas dasar apa perkiraan dibuat. Pertimbangan yang bagaimana? Dan, kerasnya kejutan ini mendahulu segala yang pernah kami hadap sebelumnya.

Terhenyak.

Namun pada duduk kebanyakan yang tiada apa pun kepentingan, mahu atau tidak tanpa bertemu pilihan, kami perlu hadap. Meski dengan berat hati dan sakit hati. Hidup ini ada bahagiannya masing-masing, dan aku tetap percayakan itu. 

Tuhan itu maha melihat.

[Game]

Tuesday, April 26, 2016

~ TERLALU AKU ~


ADA apa dengan cinta? Empat belas tahun lalu yang pernah menjadi kegilaan. Hari ini kesempatan menyua aku mengadap layar lebar kembali kepada kisah mereka.

Rangga itu terlalu aku.

[Tidak ada lagi New York hari ini..]

Monday, April 25, 2016

~ CERITA GANTUNGAN ~


LIMA belas jam. Ke sana sini, disua itu dan ini. Hari yang terlalu panjang terasakan. Kesibukan itu dengan sengaja terlaku kerana aku tidak mahu lemas dalam kecamuk tandatanya dan cerita gantungan di lantai pekerjaan yang bakal diketahui sudahnya Rabu ini.

Tidak mahu untuk memberikan ruang tenang kepada soal-soal itu. Lalu aku cuba seketika tidak tergaul dengan kumpulan-kumpulan mereka yang tidak habis teruja meneka cantum. Pun begitu, urus kerja tetap juga berserabut dek hilang tumpu, 

Lalu ceritanya hanya terkongsi sahabat june. Dilambakkan segala aku kepadanya. Meski kadangkala tingkahnya seperti nimrod yang menyakitkan hati, perginya masih ke dia.

[Menunggu Rabu]

Sunday, April 24, 2016

~ GEROMBOL BABAK ~


SAHABAT mei memberikan keluangan waktunya untuk menghiburkan aku yang sedang bersimpul seratus. Didedikasikan khusus hari kosongnya yang jarang-jarang ada ini untuk mendengar aku.

Untuk tidak meletak aku pada rasa yang tersalah atas waktu yang terbagi itu, dia menjadikan diskusi projek X sebagai alasan. Aku OK sahaja meski tahu ia hanya alasan manisnya.

Sebelum menunggu waktu tayangan mula di ruang ada-ada itu, kami mengisi bual. Dari setengah ke satu, satu ketiga, tiga ke lima. Kali ini dia begitu banyak sekali mendengar. Sesekali memberi pandangan, banyak cuba hanya dengan senyum selain diam dan angguk.

Dan, entah bagaimana hari ada satu rasa keselesaan (atau mungkin juga kerana ketekanan yang menekan) membuatkan aku begitu laju membuat tutur pada soal-soal yang terlalu amat jarang aku kongsikan meski pada yang membuat dekat. Bukan tidak pernah, cuma jarang sekali.

Usai mengalas perut sekadarnya, kami mengadap layar lebar untuk suatu cerita kehidupan yang terpinjam. Aku buat pertama, dan keempat kali buat sahabat ini. Ya, demi kerana menemankan aku.

Tepat dua belas jarum jam di dinding putih, kami selesai dan tentunya sekali lagi mencari ruang untuk didengar-dengar lagi. Kali ini ke ruang kegemarannya yang kecil di tengah riuh. Usai membuat pesan segala, sahabat ini meminta aku mencari informasi tentang tontonan kami di layar lebar tadinya.

Nahh.. ketika itu baru tersedar aku bahawa telefon bimbit tidak ada bersama. Lalu terimbas aku bagaimana ia ditinggalkan di restroom ruang ada-ada itu. Terus sahaja terkaku aku kerana yakin benar tidak akan ada harap untuk mendapatkannya kembali. Apatah lagi untuk kecuaian diri sendiri. Dan, sahabat ini juga punya kepercayaan yang sama.

Namun, melihat sudah terdiam keras sepertinya terhenti kehidupan yang berlangsung, diusahakan dia mencari-cari nama kenalan yang barangkali mampu menghulur bantu. Dan, yaa.. atas kelebihan dirinya yang tersohor nama pada lapangannya itu, maka ada insan-insan yang sudi untuk membantu. Lalu berlakulah proses untuk mendapatkan balik telefon bimbitku itu pada jarak berpuluh kilometer dari tempat yang kami singgahi ketika itu.

Hampir ke jam dua pagi, seorang lelaki berbangsa India menyatakan telefon bimbitku itu selamat dalam simpanannya. Dan, kurang lebih tiga pagi kami kembali bergegas ke ruang orang ada-ada di tengah-tengah neon Bukit Bintang itu untuk mendapatkan telefon bimbit yang menyimpan segala satu macam kebergantungan itu.

Terima kasih, ia masih masih mahu bermilik aku.  Untuk sahabat mei juga, kerana aku percaya kalau bukan kerana keberadaannya, mungkin tidak semudah itu mereka mahu menghulurkan bantu hanya untuk kehilangan biasa sebuah telefon bimbit.

[Babak]

Saturday, April 23, 2016

~ A WOMAN IN CHARGE: THE LIFE OF HILLARY CLINTON ~







 A Women In Charge: The Life Of Hillary Clinton

 TERBITAN: Carl Bernstein
 CETAKAN: Pertama (2007)
 HALAMAN: 558
 HARGA: USD$27.95

[Cheritera]

Friday, April 22, 2016

~ SEKALI LAGI ~


DAN, sekali lagi. Hari ini kami dimaklumkan sang kepala team yang dipunya kami ini sekali lagi bakal diperbaharui. Tidak perlu disoal tanya kerana jawapannya dalam bentuk soal tanya juga.

Justeru hadap.

Meski cuba membuat aman-aman segala, ternyata ia tidak mudah sebagaimana sebelum yang terdahulu. Manakan tidak, kali ini tiga dari kami sekaligus akan dibawa keluar untuk alasan yang serupa semenjak aku menjadi pemula di lantai ini.

Lagi hadap.

Gosip dan spekulasi bertebaran meriang ke sana sini dalam pelbagai versinya. Namun di sebalik itu, aku merasa menjadi salah satu dari tiga yang dicubakan itu. 

Dengan mahu? Aku sendiri kurang pasti.

Paling benar, bukan aku gentarkan cabaran tersedia selainnya. Cuma jelas dengan pemain-pemain di sini yang ternyata hebat dengan percaturan mereka. 

Sedang aku, mahu hidup aman.

[Debar dengan segala acahan]

Thursday, April 21, 2016

~ BUNYI-BUNYIAN... DAN, LARUT ~

BUNYI-BUNYIAN yang sering sahaja membuat ralit aku dalam diam. Malah beberapa bulan kebelakangan ini aku kembali kepada kebiasaan yang telah lama aku tinggalkan. Kebiasaan mengadap bunyi-bunyi yang kedap pada suatu ruang yang membuat aku hilang dalam ramai.




Violin



Viola





Cello



Double Bass



Flute



Piccolo



Oboe




Clarinet



Bassoon




Contrabassoon




Horn





Trumpet




Trombone




Tuba




Timpani




Percussion



Harp

[Dan, Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC sentiasa dengan cherita-nya..]

Wednesday, April 20, 2016

Tuesday, April 19, 2016

~ TIDAK TERLANGSUNG DENGAN SYARAT ~


KESIBUKAN kadang-kala menjadikan kami dua lupa antara sesama. Pernah sebulan tanpa khabar, setahun juga pernah hilang. Namun, bila masing-masing tersedar akan kehilangan, kami saling kembali mencari. 

Itu aku dan sahabat mei.

Hari ini kami punya kesempatan untuk duduk menghirup secawan mocha. Dan, kala sesi itu menjadi milik kami, jarum jam yang berdetak tidak lagi terpeduli. Paket cerita yang berderetan umpama esok tidak lagi kami punya.

Aku sering merasa besar bila mendengar bual-bualnya. Sering merasa diri berani dengan dorong-dorongnya. Dan, mula merasa berguna dengan harapan-harapannya.

Pada awal kenal, aku hanya melihat dia sebagai dia yang dikenal di dada akhbar. Hanya pada permukaan selapis yang tidak pernah terjadi lebih. Namun setelah disua persahabatan yang tidak segarispun terlangsung atas aturan, aku mula melihat dia pada lapis yang selain yang diperlihat di pada masyarakat umum.

Dan, yaa... persahabatan ini tidak pernah berlangsung dengan syarat.

Pada hujung episod cerita yang ke-88, aku dibawa menikmati char kuetiaw yang begitu sinonim denganku. Gerai tepi jalan yang mungkin tidak begitu sesuai untuknya, namun begitu banyak sekali cerita kami yang pernah terlangsung di situ. Disengajakan dia, hanya kerana mahu membuat aku senyum meski banyak mata yang mengekor gerak tingkahnya sementelah dirinya tidak dari orang kebanyakan melainkan tersohor dalam kenal masyarakat.

Dia sebenarnya lebih kebanyakan dari kebanyakan orang yang lain, termasuk aku. Terima kasih sahabat mei. Kamu itu sering sahaja membuka pandangan yang baru kepada aku. Semoga aku juga mampu menjadi yang sering ada untuk  persahabatan ini. Aminn.

[Suatu perhati]

Monday, April 18, 2016

~ 18 APRIL YANG PERNAH RANAP ~



HARI ini, 18 April 2016, bergenaplah setahun perginya sahabat yang paling amat aku sayangi, mr legoman. Dan, pada tarikh ini setahun yang lalu, aku berdepan pecah yang begitu membuat luluh di jiwa.

Yaa.. setahun yang lalu.

Dan, betapa pantasnya waktu berlalu. Selama itu rupa-rupanya kamu sudah tidak lagi bersama aku. Tidak lagi mendengar dan melayan segala satu kebosanan tentang aku. Tidak lagi ada meminjamkan bahu kala aku tersakiti hati. Dan tidak lagi untuk segala apapun tentang aku.

Rindu.

Alfatihah wahai sahabat yang paling amat aku kasihi.. Moga-moga kamu masih melihat dan mendengar aku di sini, meski beda pada caranya. Amin..


Entri setahun yang lalu, kala hati memuntah segala isi ranap yang bertembung di dalamnya.


SEMINGGU yang lalu (18 April 2015), pada hari dan waktu yang berulang hari ini (Sabtu, 10.15 pagi), sahabat yang paling amat aku sayangi telah pergi meninggalkan aku dan seluruh manusia yang menyayanginya. Perginya dia untuk mengadap Sang Pencipta kala janjinya dengan yang diatas sana tiba pada ketikanya. Tidak terawal dan tidak juga terlewat meski sesaat.

Paling jujur harus aku katakan di sini, akal dan hati terlalu tersentak dengan pemergian sahabat yang seorang ini. Bukan kerana menidak takdir, dan sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang pasti untuk setiap sesuatu yang bernyawa di bumi Allah ini. Cuma kenyataannya aku ini hanyalah manusia biasa.. manusia yang seringnya gagal untuk menahan pecah yang tidak terjangka. 

Dan, setelah genap seminggu.. aku meratapi, mengenangi dan mendedikasi rasa pecah ini atas kehilangannya, baru hari ini aku punya kekuatan untuk membicarakan tentang dirinya. Itupun hanya cukup di ruang ini dan bukan untuk mengisi soal tanya segala macam manusia lain yang merujuk aku atas rasa ingin tahu mereka. 

Aku dicari lantaran setakat dalam tahu mereka, aku adalah antara manusia yang paling dekat dengan sahabat ini. Tidak kurang juga yang menyangkakan aku sebagai teman istimewanya. Malah mereka juga tahu, seminggu sebelum perginya juga, telah diamanahkan aku dengan segala kerahsiaannya untuk aku simpan. Sayangnya, kebodohanku membaca isyarat yang diberikan itu telah membawa aku kepada rasa pecah yang lebih berat sehingga hari ini.

Hampir lapan tahun aku mengenali dan mengikat silaturrahim dengan sahabat ini. Hubungan baik kami terjalin pantas sehingga tanpa sedar banyak perkongsian yang telah beralih tangan.  Sifat-sifat kemanusiaan yang dimilikinya itu mungkin antara sebab mengapa kami mudah menjadi dekat. Sementelah kami menaungi zodiak yang sama, justeru keserasian lekat mudah.

Di ruang ini sahaja, entah berapa puluh ratus kali entri yang aku dedikasikan untuknya. Sebahagian besarnya cerita tentang kemuliaan hatinya, tentang hal-hal murni yang dia miliki. Antara yang terakhir bagaimana dia sanggup datang dari hujung ke hujung semata-mata satu panggilan telefon daripadaku yang memberitahu tentang unta hitamku yang tersadai di tepi jalan baru-baru ini. Begitu juga, bagaimana kesanggupannya menemaniku di Bukit Monyet saat aku melarikan diri dari lantai pekerjaaan dek kerana ranap dengan tsunami seorang sahabat awal Mac lalu. Dia ada... ya, sentiasa ada untuk setiap ketika di mana perlunya aku kepadanya. Semenjak awal saling kenal, sehinggalah seminggu sebelum ajal menjemputnya.

Ya, Allah... bagaimana harus aku menerima semua ini..

Seminggu aku tidak membuka mulut untuk bercakap mengenai dia. Tidak satupun tanya daripada pelbagai orang itu aku endahkan apatah lagi mengisinya dengan jawapan. Biar sahaja jawapan itu diperolehi bukan dari aku. Malah sepanjang tempoh itu juga membuat diam yang jauh dari kesengajaanku. 

Pada hari akhir hayatnya, aku ditakdirkan Tuhan berada di luar hiruk pikuk kota. Malah, kala tiba pada perkhabaran hiba yang pada mulanya aku kira hanya gurauan semata, aku sedang berada di tengah keramaian manusia dengan mata yang penuh perhati. Lalu pada ketika berita itu menjadi benar pada akal, emosiku rabak tidak tertahankan. Segalanya menjadi bingit dan kasar seolah tiada pertimbangan yang mampu aku dulukan. Tidak seperti mampunya aku mengawal diri saat pergi ayah kurang lebih 672 hari yang lalu.

Lebih menyedihkan, aku tidak sempat untuk mengiringi perjalanan terakhir sahabat ini pada hari yang cukup memilukan itu. Sukar untuk aku gambarkan di sini bagaimana ranapnya perasaanku saat itu. Nun di pantai timur semenanjung tanah air, aku hanya mampu membaca berita-berita yang dikemas kinikan oleh rakan-rakan di laman sosial mereka. Begitu juga dengan deretan pesanan dan ucapan takziah yang masuk di ditelefon bimbitku selain panggilan tidak berjawab yang memenuhi ruang notifikasi.

Sahabat ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong selepas solat Asar petang hari yang sama dengan diiringi hujan rahmat. Semoga Syurga tempatmu wahai sahabat yang terpaling amat aku sayangi.

Hanya sekitar jam 7.45 malam, barulah aku tiba di hiruk pikuk kota selepas meredah perjalanan yang sangat sukar dan cukup menghuru-harakan. Meski tidak dapat menatap kali akhir wajah sahabat ini, apatah lagi mengiringinya ke perjalanan akhir, aku percaya pasti ada hikmah yang terselindung disebaliknya. Sementelah emosi ini terlalu ranap tanpa mampu ditutup selindung. Tangisan tidak lagi berlaku dengan senyap, sebaliknya keras diperdengarkan kepada alam.

Demi Allah, aku sendiri tidak pernah menyangka betapa patahnya hati aku saat itu. Sesuatu yang belum pernah terlakukan aku sepanjang umur hayat hidupku. Dan, sungguh.. aku tiada jawapan untuk babak-babak itu sehingga saat jari-jariku bercerita di sini hari ini.

Terima kasih buat sahabat Leo yang sentiasa ada dan begitu mengambil tahu akan ranapnya aku pada ketika itu. Yang setiap selang beberapa minit menghubungiku untuk memastikan aku ada teman berbual meski isi bualnya tidak lebih dari esak tangis yang bersilih ganti. Dan, betapa aku semakin mengenal siapa yang mahu ada untuk saat payahku. Pada ketika aku mengharapkan sehabat dekat untuk datang mengambil tahu, tiba manusia lain yang tidak terjangkakan meminjamkan bahu. Terima kasih Tuhan, kerana menghadirkan mereka untukku. Terima kasih kerana membukakan mata hati untukku.

Pada ketika jarum jam bergerak ke angka sembilan malam, aku mengatur temu dengan teman terdekat sahabat ini di ruang selalu kami membuat sesi. Keras kaku aku di kerusi mendengar atur cerita kejadian satu persatu dengan pecah di dada. Beberapa jam kami di situ. Saling mengenang dan menangisi cerita yang telah menjadi sejarah. Bersusun sesal yang tumbuh, beribu kalau yang terluncur dari bibir. 

Namun, yang pergi, tetap pergi.. Allahuakbar.

Dan sungguh, sepanjang malam aku tidak dapat meletak lena. Meski hanya untuk beberapa saat. Akal tidak mahu berhenti dari terus membuat fikir, hati tidak mahu senyap daripada terus berkata-kata dan air mata tidak mahu berhenti dari terus membasahi wajah. Sungguh di luar akal fikir, bagaimana begini tindak yang terlakukan aku sebagai seorang yang sentiasa tenang mendepani segala kesakitan.

Seawal pagi esoknya (19 April 2015), aku terus menghalakan unta hitam ke tempat persemadian sahabat ini. Aku memilih untuk sendirian ke sana. Tidak mahu sesiapapun menyaksikan saat-saat ranapku ketika itu. Meski ada janji yang dipahat dalam diri untuk tidak lagi membenarkan tangis bersuara pada alam, apatah lagi membasahi pusara merah sahabat ini, aku gagal untuk berbuat demikian.

Langkah kaki yang diatur ketika itu terlalu lemah diasak getar. Hati yang berat menerima kehilangan itu terlalu pecah diusik rasa. Umpama diri terawangan tanpa arah dan tuju. Akal.. yaa, akal sudah tidak mahu duduk di tempat sepatutnya ia. Tuhan sahaja yang tahu.. Tuhan sahaja yang menyaksikan babak hiba awal pagi ahad itu.

Emosi terhenyak keras tanpa mampu aku bendung lagi. Malah tangis itu terlalu hiba sehingga mengganggu hadiah bacaanku untuk menyapanya di sana. Bergema tangisku mengisi segenap ruang senyap di atas bukit yang letaknya jauh dari kebisingan manusia itu. Sesekali saat tangis terhenti, aku membuat bual dengannya seolah ada dia di sebelahku. Berjanji untuk terus menjenguknya di sini, menemani kesendiriannya nun jauh di sana sebagaimana setia dan sanggupnya dia menemaniku setiap kali aku berdepan ranap dan tsunami rasa yang membeban. 

Ya, Allah.. apa ada lagi sahabat yang menyayangiku sebagaimana dia?

Beberapa jam aku mengadap pusaranya. Sehinggalah saat matahari tegak di atas kepala, dan beberapa orang yang tidak aku kenali turut membuat ziarah di pusaranya, aku terpaksa beredar dan mengundur diri. Meski hati masih berat untuk melangkah meninggalkan dia yang baru semalam membuat huni di situ, aku harus berlalu. Dan, melayan hati yang masih basah, aku menghabiskan pula masa beberapa ketika di unta hitam sambil memerhatikan dari jauh mereka yang masih berteleku di pusaranya. Berat hati... sangat berat hati.

Begitu jugalah yang berlaku pada hari kedua. Meski ranapnya tidak sehebat seperti semalamnya, kehilangan itu masih begitu membeban. Sehingga memaksa aku untuk bercuti pada hari ketiga kerana emosi yang begitu mengganggu. Empat hari berturut-turut aku datang membuat ziarah sehingga keadaan yang tidak mengizinkan pada hari kelima dan keenamnya. Dan, semalam serta hari ini aku kembali kepada rutin ziarah ke ruang sunyi ini.   

Ibu yang kebetulan ada bersama-sama kami sepanjang April ini, beberapa kali meluahkan kebimbangannya melihat keberadaanku. Aku tahu, ibu dapat membaca apa yang tersirat di hati, malah terlalu mengerti betapa payahnya aku berdepan saat itu. Berpuluh ratus kali dinasihatkan aku agar tidak pergi membuat ziarah sendirian di atas bukit sunyi itu. Hampir menitis air matanya saat menutur pesan yang tidak terendahkan itu. Ya, Allah... maafkan aku ibu.

Hari ini (25 April 2015), setelah genap seminggu pemergian sahabat ini, aku membawa ibu menemaniku untuk membuat ziarah. Buat pertama kalinya aku ke atas bukit senyap itu berteman. Bersama ibu, aku tenang-tenang sahaja. Dan, alhamdulillah akal dan hati sudah berada di tempat asalnya dia. Malah emosi juga semakin terpulih daripada membuat kacau. Terima kasih Allah.

Apapun, aku mula rindu dengan ajakan sahabat ini setiap pagi hari minggu untuk bersarapan sama dengannya. Rindu dengan bebelannya apabila aku sering memberikan alasan untuk menolak pelawaan itu kerana sayangkan waktu tidurku.. Rindu dengan ejekannya yang sering mengatakan aku satu-satunya perempuan dalam kenalnya yang memulakan hari dan melihat dunia ketika matahari sudah tegak di atas kepala setiap kali hari minggu...

Sahabat, keberadaanmu dalam hidupku sepanjang lapan tahun lalu akan aku kenang sampai mati. Jasa dan pengorbananmu dari yang sekecil-kecil sehingga yang tidak ternilaikan mata, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Semoga aku mampu untuk menjadi sehebat kamu, menjadi sahabat yang terbaik kepada sahabat-sahabat yang dekat berkeliling denganku. Menyalurkan segala energi positifmu kepada mereka pula, insya-Allah. Mudah-mudahan Allah setuju.

[Kelibat lego tetap membawa aku kepada kamu selamanya..]

Sunday, April 17, 2016

~ ME BEFORE YOU ~







Me Before You

KARYA: Jojo Moyes
CETAKAN: 2016
PENERBIT: Penguin Books
HALAMAN: 498
HARGA: RM38.50

[Kita]

Saturday, April 16, 2016

~ DENGARKAN AKU ~


JAUH melihat kepada sesuatu yang entah apa. Seperti ada satu rasa yang membawa kepada keinginanku saat ini untuk memuntah segala emosi yang menekan-nekan.

Wahai kamu, cubalah dengarkan aku. Dengarkan rasaku yang penuh kecamuk dalam rusuh ini. Hanya dengar.

[Pecah]

Friday, April 15, 2016

Thursday, April 14, 2016

~ SUATU YANG ENTAH ~


AKU rasa dan seperti menyedari ada angin laju yang mengacah-acah ke hati dua kami. Namun aku tidak sempat untuk membuat peduli lantaran terhambat urus pekerjaan yang begitu meminta dalam seminggu dia terkebelakang ini.

Tidak sempat untuk tanyakan khabar, apatah lagi untuk duduk menghirup secawan mocha sebagaimana lazim selalu. Bukan beralasan, namun benar-benar tidak bertemu kesempatan. Di benak, aku menghitung-hitung untuk mencuri sedikit waktu yang tersisa untuk memberi sedikit aku kepada kamu wahai sahabat.

Namun dalam acahan membuat hitung dan menunggu ruang, angin rajuk kamu laju yang menampar pipi dengan keras. Laju yang pada perkiraan lain juga seperti ribut yang membuat lintas. Aku terpinga, tanpa sempat memberi ruang buat sel-sel otak berhubungan untuk memberi reaksi yang sepatut. Apa ada perkataan atau perlakuan dari akukah yang menyeru ributnya menampar diri?

Berganti hari, ruang sosialnya tiba-tiba ditutup untuk aku. Ditukar segala agar tidak terjejak aku. Segala-galanya secara tiba-tiba selepas satu bual sinis terberi. Aku menopang dagu. Memikir punca atau alasan yang paling sepadan untuk aku cantumkan puzzle yang berlopongan ini. 

Bagaimana paling manis harus aku bereaksi?

Jangan sering merasa hanya kita yang punya hati dengan fungsinya. Jangan sekali melihat sempurna diri termengatasi benarnya orang lain. Jangan pernah dengan sengaja untuk menduga-duga sakit tidaknya orang lain. Jangan pernah juga kita meragui persahabatan yang telah padan eloknya termiliki kita sekian lama.

Kamu itu telah mengggores kulit jantungku.

[Kalau-lah kegeniusan kamu itu pada dudok-nya..]

Wednesday, April 13, 2016

~ UNTUK NAFAS YANG TURUN NAIK ~


UMUR. Dan, terima kasih Tuhan kerana masih aku punya kesempatan untuk ada di sini. Kalaulah... kalaulah unta hitamku tidak mampu mengelak terjahan keras sang liar yang mengusung ego pada mahu yang mendahulu nyawa dan keselamatan orang lain, pasti sahaja kamu tidak lagi mengadap adanya aku di ruang ini.

Untuk nafas ini, syukur alhamdulillah.

[Maseh..]

Tuesday, April 12, 2016

~ DAN MEMILIH LAYAR LEBAR ~


SIMPUL seratus. Segala satu membuat selirat sehingga aku terasa seperti gagal untuk terus berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Dan, yaaa... kekalutan urusan hidup seorang aku dan tembungnya kekacauan urus pekerjaan yang bergulir mengacah, terlihatnya umpama bertemu Sungai Klang dan Sungai Gombak kala arus deras yang menderu. 

Dan, kesenyapan itu lebih nyaring bunyinya jika mampu didengarkan.

Membawa diri untuk suatu hal terjauh bingit. Kaki memilih untuk mengadap layar lebar. Seorang diri. Tanpa memilih sebarang judul dengan kehendak, aku mengadap layar lebar. Sekosong dan seputih, bertentang sederetan kerusi merah.

Ringan.

[Aku hanya mahu men-dengar-kan...]  

Monday, April 11, 2016

~ POLOS ~


AKU tepuk dahi sendiri mengenangkan kebodohan yang dilakukan siang hari tadi. Kebodohan kepada tanya-tanya polos yang aku tuturkan kepada sahabat dekat, si tsunami.

Kami ini saling kenal dan cukup faham baik buruk yang dipunya masing-masing (barangkali) setelah sekian lama bersahabat. Justeru, aku tidak pernah kisah menunjukkan kelemahan atau kekurangan diri di depannya. Malah aku juga sentiasa merasa bebas menutur apa sahaja yang terlintas tanpa saringan dengannya yang barangkali tidak terjadi dengan orang lain. 

Hari ini kami membuat bual tentang suatu issue berat yang dimulakan dia sehingga membuka ruang kepada sel-sel otakku untuk berhubung dan menumbuh tanya yang polos dan paling penting ia  sangat-sangat tidak berkaitan dengan aku atau kami, meski seinci. 

Tanya-tanya polos seperti dalam bual adik-beradik tanpa ada maksud sebalik, apatah lagi sengaja dengan niat mencampuri urusan hidup lainnya. Tanya yang hanya sekadar tanya untuk suatu hal yang aku sememangnya tidak tahu meskipun terlihat seperti, mana mungkin aku tidak tahu. Tetapi, yaaa.. hakikatnya memang benar aku tidak pernah tahu tentang soal itu semua. Lalu aku bertanya dengan dada yang kosong.

Hahaha...

Dan, saat memandu dalam perjalanan ke rumah, aku jadi bergemuruh. Dunia kecilku tidak pernah tersampai ke situ dan aku benar-benar dihantui rasa bersalah yang berat. Semoga si tsunami ini memaafkan aku atas kepolosan itu. Benarlah, kadangkala ada perkara-perkara yang barangkali tidak perlu untuk kita tahu atas apa tujuan sekalipun.. :)

Apapun, setelah tanya polos itu terjelas dengan jawapan yang polos juga, aku semakin jelas mengapa kami ini mampu bersahabat baik meski berguruh tsunami. Ya, terlalu banyak pertentangan antara kami, malah hampir tiada kebersamaan yang ada terlihat. Sepanjang masa lagaknya umpama 'anjing dan kucing', tapi kami masih elok-elok sahaja.

[dan, polos-nya memaksa ke jogging agar ter-buang gemuroh..]

Sunday, April 10, 2016

~ SENYUM ~



MENJADI aku, itu sahaja. Usah terlalu membilang kerana setiap satunya itu telah diatur begitu. Kalau tidak aku, barangkali juga manusia lainnya. Hidup kita ini saling melengkapi untuk yang kurang dan lebihnya. 

Terima kasih juga untuk kamu itu yang mahu duduk sebagai sahabat dekat.

[Di-ator]

Saturday, April 09, 2016

~ THERE'S NO PLACE HERE HERE ~






There’s No Place Like Here

KARYA: Cecelia Ahern
CETAKAN: 2007
PENERBIT: Hyperion
HALAMAN: 417
HARGA: US$7.99

[Serasi]

Friday, April 08, 2016

~ PADA SETENGAH AKU ~


BERTENTANG. Aku pada sesetengah orang, mungkin adalah manusia yang senyap, pasif dan segala satu yang tentangnya.

Aku pada setengah aku, mungkin adalah manusia yang bertentang dan membuat bingit dengan caraku sendiri. Kerana kesenyapan itu barangkali, aku sering mencari sesuatu yang mampu membisingkan aku.

Semenjak zaman persekolahan lagi, aku cukup gemar mengumpulkan segala macam komik/kartun sebagai bahan baca. Koleksinya menggunung, dan mampu membunuh kala bertimpa. Ruang yang semakin mengecil. 

Namun, aku masih menambah-nambah galak. Yaa, sehingga hari ini.

Dua hari lalu, seseorang yang tidak dikenali menjejak aku untuk mendapatkan segala bahan koleksi itu (ada di antaranya yang telah menginjak usia 15 tahun atau lebih). Entah bagaimana dia mampu menghidu aku dan harta itu. Diletak pelbagai harga untuk tujuan itu. 

Aku masih diam. Barangkali diusik resah kalau-kalau aku terus diam tanpa yang bertentang-tentang itu.

[Koleksi]

Thursday, April 07, 2016

~ HANYA ~


HANYA melalui kegelapan, seseorang itu dapat melihat cahaya..

[Mata hati..]

Wednesday, April 06, 2016

~ HAL-HAL RANDOM ~


TEMAN Jiwa. Setelah terserempak aku dan teman jiwa lewat hari kelmarin ketika kami asyik di ruang bingit, seorang kenalan ini mula menumbuh teruja dengan memberi soal yang banyak tentang itu. 

Diselak, ruang-ruang sosial aku untuk lebih tahu.

Begini, barangkali dia tidak pernah tahu... Bukan sahaja tentang teman jiwa, malahan tentang keluarga mahupun sahabat dekat sendiri pun tidak aku paketkan pada ruang-ruang sosial itu. Aku simpan mereka hanya dalam hidup benarku.

Selaklah... kamu hanya bertemu hal-hal yang random berkeliling aku. 

[Serempak]

Tuesday, April 05, 2016

~ HUJUNG KE HUJUNG DAN LANGIT TUMPAH ~


ISNIN yang cukup memenatkan. Pada sebelah paginya, terhambat dengan urus pekerjaan yang begitu bersusun tangga. Sementelah tengaharinya pula membuat urus si unta hitam yang kini semakin kerap membuat rajuk. Hujung ke hujung tidak tersedar jaraknya. Sementelah langit tumpah yang membuat sesak yang bukan sedikit.

Kalau diikutkan kudrat, barangkali cukup hanya setakat itu yang mampu. Namun dek kerana janji yang sudah aku tutur untuk membantu sahabat dekat yang seorang ini mencari apa yang dimahu, aku cuba juga mencuri ruang yang ada dan menggagahkan diri. Sekali lagi, hujung ke hujung. Mujur sahaja pada akhirnya, rezeki menyebelahi setelah mencuba di beberapa lokasi.

Dan, akhirnya aku menutup hari dengan bersandar menghirup secawan mocha di kedai kopi ampang, sedang sahabat mei pula di kedai kopi jalan ampang. Kudrat yang hanya cukup untuk itu. Terhanya.  

[Energi.. dan kopi dan langit merah]

Monday, April 04, 2016

~ LANGIT MERAH ~


KESEMPATAN yang tidak dirancang, namun memberi aman yang banyak. Langit merah yang tidak pernah gagal memberikan aku senyum. Dan, sentiasa mudah memadam rajuk yang ada.

Sukar untuk gambarkan betapa langit merah ini sentiasa menjadi begitu indah pada mata hatiku. Betapa membuat aman pada rasaku. 

Langit merah juga sering membawa ingatan aku kepada ayahanda. 

Yaaaa, langit merah.

Dan, terima kasih buat yang menyua aku tanpa sengaja ke langit merah lewat siang hari tadi. Aman.

[Bidik untok sa-buah ingat..]

Sunday, April 03, 2016

~ REDHA ~


REDHA Memilih tema yang berbeza daripada senarai filem tempatan sedia ada. Autism. Dan, jauh dari sogok tema hiburan kosong yang menjadi lambakan di pawagam ketika ini.

Apabila membicarakan tentang austim, sememangnya diakui tidak ramai masyarakat kita yang mengetahui secara lebih mendalam mengenainya. Malah, terdapat segelintir masyarakat yang sering memberi persepsi yang buruk terhadap individu serta keluarga yang berhadapan dengan masalah autism ini.

Justeru, Redha cuba menarik kita untuk menyelami mereka yang berad di frame itu. Bukan bertujuan untuk memancing emosi penonton semata-mata, tetapi aku kira ia lebih kepada mahu memberi gambaran sebenar kepada masyarakat tentang apa yang dilalui oleh anak-anak autism dan ibu bapa atau penjaga mereka. 

Banyak mesej-mesej padu yang disampaikan menerusi babak-babak yang disusun dengan begitu menarik sepanjang filem ini. Ia bukan sekadar tentang autism tetapi adalah tentang kekeluargaan, tentang masyarakat dan tentang kita semua.

‘Redha’ mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Alina dan Razlan yang menjadi terumbang-ambing dalam menghadapi realiti perjuangan sebenar untuk membesarkan seorang anak istimewa selepas mendapati bahawa zuriat mereka, Danial menghidap autism.

Ketidaksanggupan Razlan untuk menerima kebenaran menyebabkan kedinginan dalam keluarga, tetapi ketabahan Alina dan naluri seorang ibu membantu mereka dalam melalui detik yang sukar untuk membesarkan Danial. 

[Bulan Ksedaran Autism, dan april.]

Saturday, April 02, 2016

~ THANKS TO THE MEMORIES ~





Thanks To The Memories

KARYA: Cecelia Ahern
CETAKAN: Pertama (2008), Kedua (2009) & Ketiga (2010)
PENERBIT: Harper Collins Publisher
HALAMAN: 371
HARGA: USD$14.99


“ Give us full permission to believe in magic..”

[Dan...]

Friday, April 01, 2016

~ SELAMAT HARI ULANG TAHUN ARIES ~


1 APRIL 2016. Selamat hari ulang tahun kelahiran buat anak Aries yang terpaling manis, Dhani. Semoga kamu itu membesar menjadi anak yang menghargai kedua orang tuamu, dan mudah-mudahan keberadaanmu pada saat terhidup nafas sehingga pada yang hujungnya sentiasa menjadi suatu yang melengkapi dunia.

Doa, dari a.w.

[Kaseh sayang itu tumboh di-mana-2]