Thursday, March 10, 2016

~ TIDAK PERNAH MEMPUNYAI KESEPADANAN ~


MEOW. Dan, kami tidak pernah mempunyai kesepadanan rasa dan apatah lagi untuk saling menyukai. Masing-masing tahu dan cukup jelas tentang itu. Dan, biar sahaja begini kami.

Mereka yang dekat berkeliling sememangnya sedia tahu akan kebertentangan aku tentang soal yang satu ini. Sementara yang baru tahu, mewujud paket bahan usik yang tidak pernah mahu bertemu jalan hujungnya.

Kadangkala aku keliru mahu membuat reaksi. Mahu dikasihani diri sendiri, atau wajar ditertawa sahaja. 

Dan, takdir menghantar semua mereka berdekat aku. Kebetulan, atau.. ya kebetulan barangkali.. :) 

[Harimau..]

2 comments:

Anonymous said...

satu yang kamu tidak tahu
kucing adalah haiwan yg sensesnya sgt tajam
dia bisa tahu siap yang tidak menyukai dan siapa yg menyukai
lazim sifat kucing ada nakalnya
setiap satu punya perangai berbeza
ada masa krn mrk tahu kamu tidak menyukai,
maka kamulah yg bakal selalu jadi mangsa diddekati
samada utk usik
atau utk kamu belajar perlahan2 menerima


note: jika kamu lihat dua kucing gemok aku, aku pasti kamu cabut lari (fat and big)

Ophe said...

Kami tidak akan pernah saling menyukai.. Hehehe..