Thursday, March 03, 2016

~ SISI LAIN ~


AKU sememangnya seorang yang begitu sensitif apabila melibatkan soal persahabatan. Semuanya mampu jadi berat. Justeru, ia tidak pernah termudah dengan gurau.

Seorang sahabat memuatnaik satu status di laman sosial miliknya. Lama aku baca, renung dan cuba fahami bait-bait kata yang tersusun itu. Meski status tersebut bukan untukku, namun kenyataan itu begitu menggambarkan tentang siapa dia yang mungkin tidak aku kenal sepenuhnya sebelum ini. 

Prinsipnya. 

Sama ada sekadar kata yang diucap untuk menarik perhati di media sosial, atau sememang itu yang dia junjung kendong, aku kurang pasti. Cuma, dia telah mendorong aku melihat pada satu sisi lain dirinya.

Benarlah, manusia bila merasa diri sempurna dipunya, akan sering percaya dia dikehendak. Sehingga kejujuran menjadi sebalik. Dan, yaa.. berhati-hati kala menyua kata, kerana jika silap pada aturannya mampu membuat luka.

Usah bongkak, kerana esok belum tentu kita.  

[Ter-bilang jari]

4 comments:

Anonymous said...

to know who's someone to you
bring them along to travel with you
once is enough
you'' see their true color

aku x punya ramai kawan. jika ikut baca aku di sini
kamu lebih ramai berkeliling teman
tidak aku... mungkin kerana sering disalah erti tanpa cuba kenal
aku selesa lebih bersendiri
lebih mudah

itupun menjadi masalah kepada sesetengah orang
entahlah

sfg

Ophe said...

Heyy.. Aku tidak selebih kamu. Yang ada2 hanya terbilang jari. Sementelah sifat diri yg sering berperan watak batu, mana mungkin berlebih dipunya aku..

Sebentar td aku di kedai kopi berhampir kediaman kamu. Bingar di tengah manusia ahad yg bersesakan.

Anonymous said...

haha

aku cuma ada 5-6 yang setiap satu hanya tahu afew patches about me
they never know the whole me
yang kenal 17 tahun pun doesn't really know me :)

sdg kamu minum kopi aku berperang dengan demam yg tak sudah hingga pagi ini
sejak rabu lepas

but, yeah org spt aku walau langkah hanya berbilang tapak saja dari kedai kopi itu
jika dipaksa baru aku jengah ke situ
jika tidak, aku senang di rumah saja...


sfg

Ophe said...

Cuaca yang tidak menentu memberi sesak yang bukan sedikit. Semoga segera sembuh dan menghargai diri sebaiknya..