Friday, March 25, 2016

~ RUANG SOSIAL ~


MANUSIA sentiasa tebal dengan rasa ingin tahu, dan aku tidak pernah menafikan tentang itu. Aku juga tidak terkecuali, kerana aku juga hidup sebagai manusia.

Namun, biarlah pada keperluan. 

Aku tidak pernah mahu menyembunyi segala satu tentang aku, cuma aku tidak memilih untuk berkongsi. Tidak berkongsi, bukan ertinya aku ingin menyembunyi. 

Khabarnya, ada antara mereka yang cuba menyelinap ke ruang-ruang aku kerana mahu tahu aku berkeliling siapa, berbingitkan apa, atau berkencenderungan apa.

Seribu satu tanya. 

Dan, aku kurang pasti atas tujuan apa ia terlaku. Tidak yang ada menarik yang dipunya aku pada ruang sosial Instagram, Facebook, mahupun Twitter. Tidak pernah ada. Yang terlihat hanya apa yang aku mahu perlihatkan.

Justeru, berhentilah untuk mencari sesuatu yang tidak perlu dicari. Kerana, pada ruang-ruang sosial itu hanya kekal pada sosialnya semata. 

Kehidupan benar, adalah pada babak benarnya.

[Pada dunia kechil..]

6 comments:

socialfreakgeek said...

kamu spt aku yg tak betah berkongsi dua dunia kepada sesiapa

dunia kerja dan dunia seorg aku di luar sana jauh berbeza

malah tidak pernah sekali aku campur siapa keluarga atau teman luar sana seadun yg dilaman kerja

semuanya aku asingkan bkn kerana ada segala mcm rahsia hitam tetapi supaya hidup aku ini lebih tenang jauh dari drama manusia

ada masa spt kamu aku dicungkil juga di sana sini oleh mereka lantas aku buka new acc... add them all up, nah tontonlah aku di situ. yg pastinya laman itu pun sgt jarang terima update aku

jgn tak percaya ada manusia yg di lantai kita ini yg tahu aku berhubung dgn kamu cara ini di sini dan aku tak pernah sekali kongsi... aku pernah tanya "untuk apa nak tahu?"
mereka bilang... "sajalah nak baca juga" dan kemudian aku bilang lagi, "jika tuan tanah itu mahu kamu baca tulisnya sudah pasti dia kongsi dgn kamu dari dulu. adalah sebab dia tak kongsi dgn kamu. adalah sebab dia boleh kongsi dgn aku walau aku x paksa pun"

terus diam hingga kini :)

Ophe said...

SFG
Benar apa yang ditutur kamu itu. Bukan kerana ada rahsia hitam yang terlukis, cuma aku memilih untuk tidak berkongsi. Atau barangkali memilih siapa untuk berkongsi..

👀👀 manusia mana di lantai kamu??? Apa yang dimaksud itu sahabat dekat aku yang di lantai kamu? Atau barangkali seseorang yang pernah menjadi perantara salam pertama yang pernah kamu hulur seketika waktu dahulu?


socialfreakgeek said...

org lain di lantai sana... i mean di lantai kamu, bukan lantai aku
dan bukan org yg pertama aku minta sampaikan salam
ada yg lain entah aku pun tak tahu dari mana dia tahu aku ini tahu tentang bidang sunyi kamu di sini. dia pun bukan org yg rapat dgn aku... aku ada rapat dgn sesiapa ke? tiada.
pelik juga mulanya tapi biasalah manusia bercerita

jgn bimbanglah selepas aku ckp begitu dia sudah tidak bertanya lagi
biarkan saja... dan biarlah aku saja yg tahu siapa orgnya


:)

Ophe said...

ia semakin menumbuhkan tanya yg banyak.. Apa aku tidak boleh tahu ttg itu?

socialfreakgeek said...

Nope... haha
Biarkan sajalah...
empunya diri pun sdh lama diam

:)

sfg

Ophe said...

:( huhuhu