Friday, March 11, 2016

~ DUA KALI ~


DUA kejadian, dan aku geleng kepala sepanjang hari ini. Rakan-rakan juga tidak habis 'membahan' kerana aku membuktikan yang kata-kata mereka itu benar.

Pagi siang hari tadi, aku sebenarnya dalam kondisi yang tidak begitu baik. Terganggu dengan beberapa perkara yang membuatkan aku benar-benar hilang tumpu untuk melakukan rutin biasa.

Tertekan.

Lalu kala jam menunjuk tepat ke angka sepuluh, aku menyelusup ke unta hitam. Kebetulan duduknya sedikit jauh dari pandang yang memudahkan. Bina 'kubu' dengan sebaiknya, aku membelek-belek bahan baca tentang kisah Socrates yang kerajaan Athens yang masih berbaki.

Masih juga serabut. Dan, aku memaksa diri untuk membuat lena dengan harapan mampu seketika melupa.

Buka mata, nah... jam sudah ke angka dua belas dengan matahari tegak di atas kepala. Membahang sehingga pandanganku tidak mampu menyentuh segala sesuatu yang selebih depa. 

Dua jam berlalu senyap.

Bergegas naik ke atas, sementelah hari ini merupakan tarikh mati untuk urus kerja minggu ini. Baru sahaja mahu mencapai kerusi tempat duduk, sang kepala tiba-tiba muncul menyapa. Rupa-rupanya sejak tadi dia mencari aku kerana satu urus segera. Err.... Mujur sahaja tidak dia tanyakan kemana hilangnya aku sebentar tadi.

Tiba waktu makan tengahari, rakan-rakan pula beriya mengajak untuk mengisi selera di luar. Aku tidak selalu menyertai mereka, cuma sesekali bila mana kena harinya. Aku tidak menjamah apa-apa, cuma sebelum pulang ke lantai pekerjaan, aku meminta untuk singgah ke kedai kopi. Disebabkan orang agak ramai hari ini, maka kopi yang aku pesan siap agak lambat. Dan kami tiba di lantai pekerjaan kurang lebih 2.15 petang.

Tiba di depan pintu, kelihatan lift sudah siap siaga terbuka luas, bererti ada yang menunggu kami untuk naik bersama. Dan, kami berempat bergegas masuk dan aku yang sibuk mengepit kopi di tangan. Dan, mata kami berempat terbuntang, bila mana orang yang berada di dalam lift dan menunggu kami masuk sekali itu adalah sang kepala paling atas. Ya, yang nombor satu.

Huh.. Dua kali.

"Aku dah agak dah... mesti kantoi kalau buat benda tak betul dengan kau ni.."
"Hoihh.."
"Hahaha.. kitorang buat menda2 xpernahnya kantoi, tapi kalau ko ada memang confirm akan sangkut.."

Dan, yaa... bukan pertama kali pun kata-kata itu singgah di telingaku. Dan memang selalu berlakupun. Hari ini sahaja sudah dua kali.. Disebabkan itu, aku sendiri tidak rasa mahu 'bermacam-macam' walaupun kadang-kala kesempatan terbentang depan mata.

[Macam-macam]

2 comments:

Anonymous said...

Jangan amalkan... tak baik
Kalau stress or rasa tertekan ke apa
It's better you pergi ambil wuduk
Buat solat sunat then balik semula ke meja
sambung buat kerja...
We never know dekat sini mata yang mana memerhati kita
samada dlm hati yg elok atau sebaliknya

terserempak dgn yg no.1 tu pun adalah ingatan secara sembunyi sebenarnya

Jgn marah kalau aku juga tegur... :)


sfg

Ophe said...

Yaa, mata yg di mata2. Mudah2an tiada yg tercuriga utk seorang aku..

Terlalu selalu.