Thursday, March 31, 2016

Wednesday, March 30, 2016

~ PADA KURANGNYA AKU ~


BUKAN seperti yang difikir banyak kamu. Dan, jika kamu itu kenal aku pada kurang dan lebihnya, pasti anggapan itu tidak terjejak ke situ.. :)

"Klu saya tak cari awak 2 tahun, 2 tahunlah awak senyap ehh.."
"Hehehe.."
"Asyik saya saja yang kenal call, msg.."

Leo, terima kasih kerana sentiasa mahu mengerti akan kekurangan seorang aku.. Dan, bukan kamu seorang yang pernah menutur bicara seperti itu.

[Pada sa-buah keberadaan yang ter-kurang ]

Monday, March 28, 2016

~ KE SINEMA AGUNG ~


SESUATU yang mengingatkan kamu kepada seseorang. Sama ada yang masih bersama kamu, atau tidak lagi. Meski pada lihat yang terlalu kecil, namun ia pasti mampu mengheret kamu untuk duduk di kerusi empuk sinema agung yang sedang memutarkan wayang pada sebuah paket memori.

Rindu.

[Pada suatu yang perenah]

Sunday, March 27, 2016

~ TEATER LANGKAU ~







KETAKUTAN sosial, dan aku di dalam itu. Justeru mudahnya larut pada suatu kebersamaan terlihat jelas diri berada di antara peran. Sedikitpun tumpu tidak terkalih dan ia tidak sekadar tontonan kerana aku melihat diri berada di dalamnya.

Tahniah untuk sang pengarah, juga bintang empat yang penuh energi serta seluruh tenaga produksi yang terlibat. Terima kasih kerana berkongsi paket realiti.

[Cerminan]

Saturday, March 26, 2016

~ TAKE THE LEAD ~






Take The Lead

KARYA: Betsy Myers
TERBITAN: Astria Books
CETAKAN: Pertama (2011)
HALAMAN: 226
HARGA: USD$26.00

[Paket]

Friday, March 25, 2016

~ RUANG SOSIAL ~


MANUSIA sentiasa tebal dengan rasa ingin tahu, dan aku tidak pernah menafikan tentang itu. Aku juga tidak terkecuali, kerana aku juga hidup sebagai manusia.

Namun, biarlah pada keperluan. 

Aku tidak pernah mahu menyembunyi segala satu tentang aku, cuma aku tidak memilih untuk berkongsi. Tidak berkongsi, bukan ertinya aku ingin menyembunyi. 

Khabarnya, ada antara mereka yang cuba menyelinap ke ruang-ruang aku kerana mahu tahu aku berkeliling siapa, berbingitkan apa, atau berkencenderungan apa.

Seribu satu tanya. 

Dan, aku kurang pasti atas tujuan apa ia terlaku. Tidak yang ada menarik yang dipunya aku pada ruang sosial Instagram, Facebook, mahupun Twitter. Tidak pernah ada. Yang terlihat hanya apa yang aku mahu perlihatkan.

Justeru, berhentilah untuk mencari sesuatu yang tidak perlu dicari. Kerana, pada ruang-ruang sosial itu hanya kekal pada sosialnya semata. 

Kehidupan benar, adalah pada babak benarnya.

[Pada dunia kechil..]

Thursday, March 24, 2016

~ KE TINGKAP SALAH ~


BAGAIMANA mahu aku jelaskan tentang satu perasaan di mana pada saat kamu sedang berbalas bingit sama teman kamu di ruang pesanan dengan gelak tawa, dan kemudiannya tiba-tiba pesanan itu tercampak tanpa sengaja masuk ke tingkap seseorang yang lain yang mahu kamu hindari.

Yaa, mahu hindari.

Dan, bagaimana seperlunya kamu harus bereaksi saat kesenyapan mengambil alih dan mengatup rasa?

Marah... dan kepada diri sendiri.

[Notifikasi)

Wednesday, March 23, 2016

~ YANG NAMANYA SAHABAT ~


DI SEBALIK sugul yang membuat damping, ada hal-hal kecil yang datang memberi senyum. Dan, hari ini seorang sahabat telah menyentuh hatiku dengan hal yang cukup kecil namun cukup dalam membenih ingat.

Benarlah, saat kita mengharapkan biru, hijau pula yang memberi bahu.

Terima kasih. Meski kamu itu tidak begitu dekat seperti yang aku dekatkan yang lain, namun kamu itu pasti akan ada dalam ingat, insya-Allah.

[Meski itu, yang perenah ada, tetap akan ada..]

Tuesday, March 22, 2016

~ GELANDANGAN ~


DUA minggu lalu, aku dan adik terperangkap di dalam kesesakan jalan raya yang begitu teruk sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Raya Laut. Ketika itu jam  menunjukkan sekitar satu pagi. Kesesakan yang tidak tahu di mana punca telah membawa kami tanpa sengaja ke sekitar kawasan yang sememangnya sering cuba dielakkan ketika malam minggu.

Unta hitam bergerak terlalu perlahan, malah lebih dari itu juga tidak bergerak langsung. Kurang lebih satu jam setengah kami di situ. 

Dalam pada menanti lampu hijau ke merah, merah ke hijau, hijau, merah, hijau, merah, merah, merah, merah dan merah mata aku dan adik tertancap pada suatu babak yang sama. Babak yang menghadap kami kepada beberapa orang gelandangan yang mahu memulakan mimpi mereka di sudut-sudut yang terpaling selesa dalam pilihan mereka. Tidak kurang yang masih menyelongkar isi tong sampah mencari sesuatu untuk di isi ke perut.

"Kalau kita ada banyak duit kan, bolehlah kita belanja diorang ehh.."
Adik memecahkan bingit hon kenderaan yang bersambungan di jalanan.
"Tunggu banyak duit, bila entah kita akan ada banyak duit.. kalau ikhlas, belanja sajalah ikut yang kita mampu sekarang ni.."
Adik angguk-angguk tanda setuju.
"Jom minggu depan, kita datang sini belanja diorang nak.."

Ya, ia bermula dari bual pendek itu. 

Dan, awal Ahad lepas aku dan adik mengotakan kata kami. Sekadar mampu, kerana kami tidak pasti bilakah kami akan punya banyak wang untuk membantu dengan penuh kesungguhan.

Oleh kerana kami hanya berdua (dan tanpa rancangan yang sempurna), kami memilih awal pagi untuk menjalankan aktiviti ini dan tidak memilih waktu malam sebagaimana yang lazim atas faktor keselamatan.

Semoga, mampu memberi sedikit senyum. 

Mudah-mudahan tidak terbaca salah.

[Hidop ini punya bahagian-nya masing-2]

Monday, March 21, 2016

~ AYAH ~





Ayah 

KARYA: (Sebuah karya antologi)
TERBITAN: S O Publishing
CETAKAN: Pertama (September 2015)
HALAMAN: 204
HARGA: RM20.00

[Rindu]

Sunday, March 20, 2016

~ MOZART & SHOSTOKOVICH ~


LARUT. Hilang dari simpul seratus yang mengikat rasa beberapa hari yang keras. Bunyi-bunyian indah yang sering sahaja mudah mengikat aku dengan aman.

Mozart: Symphony no. 25, in G Minor, dan Malaysian Philharmonic Orchestra.
Shostokovich: Symphony no. 11, Op. 103 - The Year 1905

[Kamu, terima kaseh]

Saturday, March 19, 2016

~ LEMBAR JANJI ~


MANIS. Selamat membina bahagia sehingga ke hujung nyawa. Semoga janji-janji yang kamu dua lafazkan siang hari ini bersaksi semua kami, benar-benar terlaku dari hati dan ditepati setiap satunya.

Aku berada di keraian ini. Di tengah kuntum senyum dan hilai tawa tamu yang merai pasangan pengantin baru yang terpaling manis di dunia, Steph dan Paul Lim. Saat ikrar di baca, mereka berdua menangis dan dalam masa yang sama berketawa dengan membaca janji. Beberapa lembar janji yang mereka karang penuh lucu di baca satu-satu di depan semua kami. 

Akhirnya, aku juga seperti mahu menangis sedang diri galak melepas tawa dan senyum dengan keletah pengantin. Manisnya janji-janji mereka, manisnya harapan yang ditadah mahu tanpa selindung. Aku percayakan janji-janji itu, dan aku juga berjanji mendoakan bahagia mereka.

Teman jiwa beberapa kali mencuri pandang. Meski tidak sekali aku membalas pandangnya, aku percaya dia sedang membaca yang terkandung di hatiku.

[Keraian yang tidak sewarna kulit..]

Friday, March 18, 2016

~ TERUKIR DI BINTANG ~



TERUKIR DI BINTANG
by yuna

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa di hatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa di hatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa di hatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

[Bintang-bintang-nya..]

Thursday, March 17, 2016

~ DIDENGARKAN ~


KEDAI kopi ampang. Secawan mocha, berselang caffe latte. Meski dikelek Cecelia Ahern tidak lekang pada pandang, sedikitpun tidak terselak.

Menerawang.

Dan, yaa.. aku mahu bicara sama kamu.. yang suatu masa sering mendengarkan aku pagi petang siang malam.

Jalan ampang, masih lagi begitu.

[Tidak bisu..]

Wednesday, March 16, 2016

~ NIMROD, MR POPPER'S PENGUINS ~



SEREMPAK si Tsunami. Lalu seribu satu soalan yang diajukan seorang rakan yang kebetulan ada bersama. Dibuka juga cerita itu dan ini berselang hitam, putih, hitam, hitam, hitam, hitam, kelabu, putih, kelabu, hitam.

"Awak, tak kenal dia, so awak tak boleh cakap macam tu."
"Saya tahulah dia kawan awak. tapi.."
"Sebab dia kawan sayalah, saya kata awak tak boleh cakap macam tu,"

Suara aku sedikit meninggi, dan perbualannya terhenti di situ. 

[Sedekad]

Tuesday, March 15, 2016

~ TSUNAMI DAN MOZART ~



KLASIKAL. Payah bertemu yang sehaluan. Dan, teman jiwa juga bukan sealiran dalam kelarutan aku pada bunyi-bunyi seperti ini. Justeru, jarang sekali aku memilih menonton bersamanya untuk sesi-sesi seumpama ini.

[Barangkali, tidak untuk tsunami..]

Monday, March 14, 2016

Sunday, March 13, 2016

~ COMMITTED ~






Commited

KARYA: Elizabeth Gilbert
TERBITAN: Penguin Group
CETAKAN: Pertama (2010)
HALAMAN: 344
HARGA: USD$7.99

[Paket]

Saturday, March 12, 2016

~ CIP ~




DAN,  ya... dia sememangnya sering menyakitkan hati. Justeru, baik juga begini,.. tidak lagi anjing dan kucing kami ini sekurang-kurangnya. Meski itu, hal yang tidak ternafi, dia sering membuat aku bebas menjadi diri sendiri. Lalu, dia lekat.

Dan, setelah diseru-seru namanya kelmarin yang lalu, tiba-tiba muncul hari ini setelah lama menutup buku. Entah apa yang ada dalam fikirnya, apatah lagi hatinya. Namun mengenali dia sebagai sahabat, tiada apa yang dia kisahkan.

[Kesepadanan cip..]

Friday, March 11, 2016

~ DUA KALI ~


DUA kejadian, dan aku geleng kepala sepanjang hari ini. Rakan-rakan juga tidak habis 'membahan' kerana aku membuktikan yang kata-kata mereka itu benar.

Pagi siang hari tadi, aku sebenarnya dalam kondisi yang tidak begitu baik. Terganggu dengan beberapa perkara yang membuatkan aku benar-benar hilang tumpu untuk melakukan rutin biasa.

Tertekan.

Lalu kala jam menunjuk tepat ke angka sepuluh, aku menyelusup ke unta hitam. Kebetulan duduknya sedikit jauh dari pandang yang memudahkan. Bina 'kubu' dengan sebaiknya, aku membelek-belek bahan baca tentang kisah Socrates yang kerajaan Athens yang masih berbaki.

Masih juga serabut. Dan, aku memaksa diri untuk membuat lena dengan harapan mampu seketika melupa.

Buka mata, nah... jam sudah ke angka dua belas dengan matahari tegak di atas kepala. Membahang sehingga pandanganku tidak mampu menyentuh segala sesuatu yang selebih depa. 

Dua jam berlalu senyap.

Bergegas naik ke atas, sementelah hari ini merupakan tarikh mati untuk urus kerja minggu ini. Baru sahaja mahu mencapai kerusi tempat duduk, sang kepala tiba-tiba muncul menyapa. Rupa-rupanya sejak tadi dia mencari aku kerana satu urus segera. Err.... Mujur sahaja tidak dia tanyakan kemana hilangnya aku sebentar tadi.

Tiba waktu makan tengahari, rakan-rakan pula beriya mengajak untuk mengisi selera di luar. Aku tidak selalu menyertai mereka, cuma sesekali bila mana kena harinya. Aku tidak menjamah apa-apa, cuma sebelum pulang ke lantai pekerjaan, aku meminta untuk singgah ke kedai kopi. Disebabkan orang agak ramai hari ini, maka kopi yang aku pesan siap agak lambat. Dan kami tiba di lantai pekerjaan kurang lebih 2.15 petang.

Tiba di depan pintu, kelihatan lift sudah siap siaga terbuka luas, bererti ada yang menunggu kami untuk naik bersama. Dan, kami berempat bergegas masuk dan aku yang sibuk mengepit kopi di tangan. Dan, mata kami berempat terbuntang, bila mana orang yang berada di dalam lift dan menunggu kami masuk sekali itu adalah sang kepala paling atas. Ya, yang nombor satu.

Huh.. Dua kali.

"Aku dah agak dah... mesti kantoi kalau buat benda tak betul dengan kau ni.."
"Hoihh.."
"Hahaha.. kitorang buat menda2 xpernahnya kantoi, tapi kalau ko ada memang confirm akan sangkut.."

Dan, yaa... bukan pertama kali pun kata-kata itu singgah di telingaku. Dan memang selalu berlakupun. Hari ini sahaja sudah dua kali.. Disebabkan itu, aku sendiri tidak rasa mahu 'bermacam-macam' walaupun kadang-kala kesempatan terbentang depan mata.

[Macam-macam]

Thursday, March 10, 2016

~ TIDAK PERNAH MEMPUNYAI KESEPADANAN ~


MEOW. Dan, kami tidak pernah mempunyai kesepadanan rasa dan apatah lagi untuk saling menyukai. Masing-masing tahu dan cukup jelas tentang itu. Dan, biar sahaja begini kami.

Mereka yang dekat berkeliling sememangnya sedia tahu akan kebertentangan aku tentang soal yang satu ini. Sementara yang baru tahu, mewujud paket bahan usik yang tidak pernah mahu bertemu jalan hujungnya.

Kadangkala aku keliru mahu membuat reaksi. Mahu dikasihani diri sendiri, atau wajar ditertawa sahaja. 

Dan, takdir menghantar semua mereka berdekat aku. Kebetulan, atau.. ya kebetulan barangkali.. :) 

[Harimau..]

Wednesday, March 09, 2016

~ AQUA ~


AQUARIUS. Benarlah kata sang pengkaji, mereka yang bernaung di bawahnya sememang punya sikap yang hampir serupa.

Hari ini si aqua membukti. Dia membuat senang pada suatu hal yang cukup remeh tidak terpandangkan. Hal-hal kecil yang akhirnya membuat ingat yang tebal di dalam diri yang berdamping. 

Tanah badan aquarius barangkali. Dan, kerana itu mereka sering mudah menambat hati. Mudah didekati dan disayangi.

Sehingga jari-jari ini bercerita di sini, aku masih lagi menyusun teka yang ditinggalkan. Dan, sungguh terima kasih wahai sahabat. Untuk sedikit senyum yang disusun dari keremehan itu.

[Hal kejujuran..]  

Tuesday, March 08, 2016

~ DAN, JERNIHNYA... ~


EMOSI. Seorang teman mengirimkan aku dua keping foto yang merakamkan gelagat sekumpulan kami. Kami yang manis membina persahabatan sejak bertahun.

Foto pertama dibidik dua atau tiga tahun lalu di mana pada frame itu ada aku, dia dan tiga lagi sahabat. Sementara pada foto kedua dibidik kurang lebih dua minggu lalu. Pada frame itu, masih ada aku, dia dan dua lagi sahabat yang sama.

Salah seorangnya, Mr Legoman sudah tidak lagi kelihatan di foto itu.

Mataku terhenti pada kapsyen ringkas yang dia tuliskan pada akhir kiriman itu, "apa masih ada lagi aku, atau kau atau mereka dalam foto yang seterusnya nanti..?" 

Pecah. 

Ya, kita tidak akan pernah tahu siapa antara kita yang barangkali akan pergi dahulu. Kita tidak akan pernah tahu bila waktu-waktu yang bakal menjadi yang terakhir buat kita bersama orang-orang yang kita sayang, juga yang kita gelar sahabat handai.

Kita tidak akan pernah tahu.

[Derai halos..]

Monday, March 07, 2016

~ TANPA TAMPAL ~


SEKIAN lama kiriman mesej tersebut masuk dalam kotak pesanan telefon bimbitku. Tidak pernah aku membukanya biarpun jelas notifikasinya terlihat. Tidak ada rasa untuk tahu apa isinya ketika itu dan selepas itu.

Setelah lebih lima bulan berlalu, hari ini tanpa sengaja aku terlihat kembali notifikasi itu. Lama aku renung. Dan, kemudiannya hati tergerak untuk membuka isinya.

Kiriman mesej itu singgah setelah tiga bulan mesej terakhir sebelumnya. Dan, kurang lebih tiga bulan lagi ia menggenap setahun kepada sebuah kesenyapan.

Masa.. dan sebuah keberadaan.

Kembali mengadap kiriman mesej-mesej lama. Ulang baca, dan ralit dalam kemarahan. Lalu bagaimana?

[Habis ruang tampal]

Sunday, March 06, 2016

Saturday, March 05, 2016

~ API TAUHID ~






Api Tauhid

KARYA: Habiburrahman El Shirazy
TERBITAN: Republika
CETAKAN: Pertama, Kedua & Ketiga  (2014), Keempat, Kelima & Keenam (2015)
HALAMAN: 393
HARGA: RM39.90

[Kehendak]

Friday, March 04, 2016

~ DIPUNCAKAN ~


DALAM bingit. Aku ada bersama mereka, cuma aku tidak menyertai bual-bual yang ditutur mereka. Ya, mereka.. rakan-rakan pekerjaan yang duduknya seperti sedang menyelesai satu isu besar negara yang terlangsung.

Ralit dengan urus kerja berbaki yang sedang aku tekuni membuatkan aku tidak begitu mengikuti isi bual mereka. Cuma sesekali ada bicara yang tersinggah-singgah di telinga tanpa sengaja.

Tiba pada suatu titik, bicara mereka menyentuhi salah seorang rakan pekerjaan lainnya. Kebetulan rakan itu membuat sedikit drama menyangkupi kelat ruang lantai yang tidak seberapa besar itu.

Benar, rakan tersebut berlaku salah. Namun mengapa kesalahan itu harus disangkuti dengan mengheret keberadaan kedua orang tua dan keluarganya. Mengapa harus dipuncakan kepada yang selain dia, si pelaku? 

Dan, aku merasa sedikit terkilan. Ketidak-adilan yang di mana-mana. Mahu diri diadilkan, tetapi sering lupa untuk berlaku adil kepada manusia lain.

[Mata]

Thursday, March 03, 2016

~ SISI LAIN ~


AKU sememangnya seorang yang begitu sensitif apabila melibatkan soal persahabatan. Semuanya mampu jadi berat. Justeru, ia tidak pernah termudah dengan gurau.

Seorang sahabat memuatnaik satu status di laman sosial miliknya. Lama aku baca, renung dan cuba fahami bait-bait kata yang tersusun itu. Meski status tersebut bukan untukku, namun kenyataan itu begitu menggambarkan tentang siapa dia yang mungkin tidak aku kenal sepenuhnya sebelum ini. 

Prinsipnya. 

Sama ada sekadar kata yang diucap untuk menarik perhati di media sosial, atau sememang itu yang dia junjung kendong, aku kurang pasti. Cuma, dia telah mendorong aku melihat pada satu sisi lain dirinya.

Benarlah, manusia bila merasa diri sempurna dipunya, akan sering percaya dia dikehendak. Sehingga kejujuran menjadi sebalik. Dan, yaa.. berhati-hati kala menyua kata, kerana jika silap pada aturannya mampu membuat luka.

Usah bongkak, kerana esok belum tentu kita.  

[Ter-bilang jari]

Wednesday, March 02, 2016

~ UNTUK DI TENGAHNYA ~


RABUN, dan sebuah kepedulian. Kadangkala aku keliru untuk di tengahnya. Seperti mana beberapa babak yang aku menyengajakan rabunku lewat kelmarin. Rabun kerana sebuah kepedulian.

Ya, kerana aku peduli. 

[Se-makin biasa dengan kebiasaan yang ter-henti..] 

Tuesday, March 01, 2016

~ MAC SATU ~



MAC, semoga kamu itu berlaku yang baik untukku. Lazim sebelumnya, aku sering sahaja bergementar denganmu. Ada sahaja paket yang kamu mahu singgahkan dalam sejarahku.

Mudah-mudahan kali ini yang manis. Seperti manisnya senyum si kecil minta disantuni.

[Dan, april juga. Semoga tidak bertragedi..]