Tuesday, February 23, 2016

~ TEATER ZOMBIE LA LA LA ~













NASKAH ini sebenarnya bukan antara yang menjadi pilihanku. Malah jujurnya, aku menonton kerana antara yang terlibat dalam pementasan ini adalah salah seorang teman yang terlalu banyak cintanya kepada dunia teater. 

Justeru, aku hadir sebagai tanda menyokong cinta, usaha dan kesungguhannya itu. Malah aku percaya, suatu hari nanti dia mampu mengubati 'tenat' yang dihadap dunia teater kita hari ini. 

Aku bukan mahu menolak nilai-nilai komersial yang diserapkan ke dalam dunia pementasan teater hari ini, malah semestinya kita semua sedar dan turut melihat kepada kepentingannya. 

Cuma walau apapun prinsip atau pendekatan baru yang hendak dibawa, biarlah elemen komersial yang diserapkan itu dilakukan pada tempat dan cara yang betul tanpa menjejaskan prinsip dan nilai seni sedia ada dalam pementasan teater. Malah ia perlu diseimbangkan dengan faktor-faktor lain yang seharusnya menjadi tunjang utama kepada pembangunan sesebuah pementasan teater itu. 

Untuk teman yang seorang itu, kamu itu sudah melakukan yang terbaik. Dan, aku bangga sama kamu yang meletak segala usaha untuk pementasan ini. Semoga suatu hari nanti, kamu akan memperoleh naskah yang lebih besar, sebesar kebolehan dan kemampuan kamu.

[Ibu Zain, Lantai T. Pinkie, Ronggeng Rokiah..]

No comments: