Thursday, February 18, 2016

~ SEREMEH TUMPU ~


BAGAIMANA rasa apabila sesuatu yang terlalu kecil dan remeh tentang kamu diingat orang? Apa pula difikir saat perkataan-perkataan mudah yang kamu tutur tanpa tekanan itu, disimpan kemas orang?

Dan, orang itu bukanlah mereka terlalu dekat sama kamu.

Aku senyum sambil geleng-geleng kepala saat menerima satu pesanan ringkas daripada seseorang di skrin telefon bimbit beberapa hari lalu. 

Pesanan yang membawa kembali ingatanku kepada sesi perbualan antara kami yang pernah berlangsung sekitar Julai tahun lalu. Perbualan ringkas atas urusan pekerjaan yang tanpa sengaja tercuit soal-soal tentang sebalik aku. Soal-soal remeh yang ditutur aku hanya untuk keberadaan ketika itu.

Nah, setelah beberapa bulan berlalu dia menyebut jelas hal-hal kecil yang aku tuturkan itu. Sedang dalam tempoh itu kami tidak pernah berhubungan mahupun berurusan lagi walau sekali. Sementelah dia manusia tersohor namanya di dada akhbar dan mata umum.

Gamam. Namun, benarlah Aquarius ini menyamai sifatnya sama si taurus. Yang juga berperilaku serupa. Dan, aku kembali menggeleng-gelangkan kepala.

[Bukan siapa-2]

No comments: