Thursday, February 11, 2016

~ BACA ~




SELIRAT, dan segala satunya. Seusai tamat waktu di lantai pekerjaan semalam, aku terus bergegas ke ruang selalu, kedai kopi Ampang. Seiring dengan alunan mozart yang membuat ralit di unta hitam, begitu jugalah ralitnya aku memandu di dada jalan raya yang begitu aman tanpa asak sesak selalu. Perjalanan yang hanya mengambil masa kurang dari 35 minit. Tahu-tahu sudah sudah berada di kerusi sama dengan aroma kopi yang menyegarkan.

Awalnya aku hanya mahu bersendiri. Malah, keinginan untuk membelek bahan baca juga  terjauh dari mahu. Aku hanya duduk mengadap ruang kosong di depan, sambil sesekali menatap telefon bimbit pada ruang media sosial yang penuh dengan cerita hipokrasi itu.

Namun, aku masih dengan rasa selirat yang membuat simpul seratus. 

Aku menembus ruang si Leo kalau-kalau dia punya sedikit kelapangan untuk dibazir-bazirkan sama aku. Butir bicaranya terpaling ringkas, namun pengertian itu sampai barangkali. Dia datang tanpa ada soal, kurang lebih setengah jam selepas itu. Kami sama-sama menghirup mocha sehingga ke garis hujung.

Tidak dia tanyakan tentang seliratku, malah tidak juga aku bukakan tentang itu. Cukup kami hanya dengan bual kosong yang memang cukup kosong, tetapi menyenangkan.

Itu cerita semalam.





Hari ini, babak semalam mengulang. Tetapi kali ini sahabat dekat ini pula menyuakan mahu untuk dibazir-bazirkan kelapangannya yang ada. Sekali lagi... cukup kami hanya dengan bual kosong yang memang cukup kosong, tetapi menyenangkan. Babak yang sama, cuma ruang sahaja yang beda.

Ketika mahu pulang dan mencari arah unta hitam, aku pergi kedia. Meminta diri dan kemudiannya memeluknya kemas tanpa sebab untuk beberapa saat. Melihat babak itu, barangkali para pelanggan lain yang turut berada di ruang itu pasti sangkakan kami mahu berpisah jauh. Drama.

Dia ketawa, dan aku menyengih.

Cerita tanpa bercerita. Ya, begitulah sahabat ini yang mudah mahu memahami. Dilayan sahaja aku meski sebutir cerita seliratpun tidak aku bukakan. Tidak juga dia cuba untuk membukanya meski dapat mengagak teka. Dia hanya mahu ada untuk menghiburkan, barangkali.

Dan, yaa.. terima kasih untuk suatu hal itu.

[Sahabat yang di-bagi.. mengganti-kan yang perenah di-ambil]

No comments: