Monday, February 01, 2016

~ KITA MENANG SAMA-SAMA, KITA KALAH SAMA-SAMA ~











SELEPAS 'The Journey', sebuah lagi filem yang mudah membuat aku jatuh cinta kepadanya. 'Ola Bola', tampil dengan magisnya yang tersendiri. Meski sarat dengan mesej kebersatuan dalam melahirkan cinta kepada negara, filem arahan Chiu Keng Guan ini tidak hadir dengan unsur propaganda dengan memaksa penonton menzahirkan perasaan itu.

Sebaliknya, filem ini memberi dan memberi. Memberi dengan rasa yang tidak dipaksa. Ia bukan hanya tentang bola sepak, tetapi ia lebih daripada itu. Tentang pengorbanan, kebersamaan, persahabatan, kekeluargaan, kenegaraan dan segala satu tentang cinta yang besar. 

‘Ola Bola’ berjaya menyedarkan kita kembali bahawa perbezaan latar belakang dan budaya tidak pernah menghalang untuk kita terus bersatu dalam menyemai rasa cinta kepada negara dan antara sesama kita.

Aku merasai, dan aku berada di dalamnya.

Tahniah untuk seluruh teak produksi yang terlibat. Semoga lebih banyak lagi naskah-naskah sebegini yang dihasilkan untuk dikongsikan dengan masyarakat.

[Sukan yang teryata mampu menyatukan..]

No comments: