Monday, February 22, 2016

~ GEMILANG TANAH PERMATA: SEBUAH PERSEMBAHAN GHAZAL-ZAPIN ~









SELAIN daripada persembahan komersial yang sering mendapat perhatian umum, aku kira persembahan seni kebudayaan juga sebenarnya mempunyai khalayak peminatnya yang tersendiri. Keindahan dan keunikan persembahan dari genre ini sememangnya begitu istimewa dan mudah menarik perhatian khalayak. Tidak hanya kepada golongan tertentu sahaja, tetapi juga kepada seluruh lapisan peringkat umur.

Namun mungkin disebabkan kurangnya ruang dan pendedahan yang diberikan kepada persembahan dari genre sebegini berbanding persembahan komersial, maka sambutannya juga masih belum menyeluruh. Malah persembahan kebudayaan ini  seringkali dikaitkan dengan acara-acara rasmi kerajaan atau sebagai promosi pelancongan semata-mata.

Justeru dengan usaha yang berterusan dari pelbagai pihak untuk membuka lebih ruang kepada persembahan dari genre ini diketengahkan kepada masyarakat umum, tidak mustahil suatu masa nanti ia akan menjadi satu tarikan untuk seluruh khalayak masyarakat sebagai satu bentuk hiburan komersial. 

Yaa, aku percaya itu.

Cuma, diharapkan selepas ini ada lebih banyak lagi persembahan kesenian yang diketengahkan dalam skala yang lebih besar untuk khalayak penonton. Jika kena cara dan pendekatannya, persembahan kesenian ini juga mampu memberi pengaruh mahupun menjana keuntungan yang seiring dengan persembahan komersial lainnya.

[Tari.. dan cherita-nya]

No comments: