Monday, February 29, 2016

~ TUN MAHATHIR UMUM KELUAR UMNO ~




PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moahamad sebentar tadi mengumumkan keluar daripada UMNO.

Tun Mahathir ketika mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media khas yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, disini petang tadi berkata, parti itu ketika ini hanya mahu mempertahankan Najib sebagai presidennya.

“Dengan ini saya ingin maklumkan bahawa saya dan isteri tidak lagi menjadi ahli Umno kerana Umno sebagai parti politik tidak lagi wujud. Pertubuhan ini telah dihijack oleh Dato Seri Najib dan menjad Parti Najib.

“Matlamat dan perjuangan parti yang dihijack ini hanyalah untuk Dato Seri Najib, pengekalannya sebagai pemimpin dan mempertahankan dirinya dari sebarang tindakan undang-undang,” katanya sebentar tadi.

Menurut Mahathir lagi Najib telah menjadikan rasuah sebagai cara utama untuk mendapatkan sesuatu

“Saya tidak rela menjadi ahli pertubuhan yang dipimpin oleh seorang yang terlibat dengan pelbagai skandal yang memalukan. Khususnya pemimpin ini sebagai Perdana Menteri memegang kepada kepercayaan ‘Wang Itu Raja’ atau ‘Cash Is King’ yang bermakna menjadikan rasuah (sogokan wang) sebagai cara utama untuk mendapatkan sesuatu dan ia telah merebak keseluruh pertubuhan sehingga dipandang hina oleh masyarakat.

“Najib sendiri mengakui mempunyai wang sebanyak RM2.6 juta dalam akaun peribadinya yang dirahsiakan sehingga didedahkan oleh akhbar asing,” ujarnya lagi.

Mahathir turut mengatakan tidak akan menyertai sebarang parti lain atau menubuhkan parti baharu sambil menegaskan beliau masih berjiwa Umno.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohd Nazri sebelum ini mendakwa Tun Mahathir kecewa dan malu apabila Umno bertindak memecat anaknya daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

Dr Mahathir pernah mengumumkan keluar UMNO pada 19 Mei 2008 kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya pada masa itu, Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi.

Setahun selepas itu, beliau kemudiannya menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah meletakkan jawatan. 

KREDIT BERITA: Suara TV

[Dan, tragedi.. Apapun, ayahanda tetap menjadi ikon sepanjang zaman..]

Sunday, February 28, 2016

~ THE SHORT SECOND LIFE OF BREE TANNER ~







The Short Second Life Of Bree Tanner

 KARYA: Stephanie Meyer
 CETAKAN: Pertama (2010)
 HALAMAN: 178

[Ruang]

Saturday, February 27, 2016

~ TERPUNAH ~


MANUSIA. Sering sahaja minta diadilkan, sedang dalam masa yang sama tidak pula mahu berlaku serupa kepada orang lain.

Hari ini, aku bersaksi sebuah drama penuh tragedi. Hanya berpunca soal remeh yang akhirnya menjadi keras lalu membakar seluruh aman yang ada.

Bahasa bila tidak dijaga.. laku bila mendahului waras dan hati bila terhasut amarah..

Terpunahlah hubungan akal.

Kita ini bukanlah lagi anak-anak, yang bebas menutur apa mahu tanpa membuat hubung dengan akal. Kita ini bukan manusia yang tidak bertamadun, yang bebas membuat laku tanpa memikir manusia berkeliling. Dan, kita juga bukan orang tidak beragama, yang bebas menghukum salah dan benarnya manusia lain.

Moga terjauh dari segala yang mengiri itu.

[Doa kesejahteraan..]

Friday, February 26, 2016

~ KUDRAT DAN LELAH ~


BERMULA hari ini dan tiga hari berikutnya, aku dan rakan-rakan sepasukan akan kembali kepada rutin tahunan lantai pekerjaan kami.

Menyudahkan kerja-kerja yang punya tarikh mati setiap Jumaat dan dalam masa yang sama berkejaran dengan persiapan rutin tahunan yang pastinya menaruh kudrat yang bukan sedikit itu.

Melepas lelah untuk hari pertama ini, aku meluang waktu untuk menyaksi nikmati acara pembacaan puisi yang diadakan pada sebelah malamnya. Larut dengan puisi-puisi indah yang dideklamasikan nama-nama besar termasuk sasterawan negara wanita pertama, Datuk Dr Zurinah Hassan.

Juga persembahan mencuri tumpu dari Fazleena & The Lasykar.

Aman.

[Ubat yang ter-lelah..] 

Thursday, February 25, 2016

~ HADAPI DENGAN SENYUMAN ~



HADAPI DENGAN SENYUMAN 
by dewa 

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang...

[Hadap]

Wednesday, February 24, 2016

Tuesday, February 23, 2016

~ TEATER ZOMBIE LA LA LA ~













NASKAH ini sebenarnya bukan antara yang menjadi pilihanku. Malah jujurnya, aku menonton kerana antara yang terlibat dalam pementasan ini adalah salah seorang teman yang terlalu banyak cintanya kepada dunia teater. 

Justeru, aku hadir sebagai tanda menyokong cinta, usaha dan kesungguhannya itu. Malah aku percaya, suatu hari nanti dia mampu mengubati 'tenat' yang dihadap dunia teater kita hari ini. 

Aku bukan mahu menolak nilai-nilai komersial yang diserapkan ke dalam dunia pementasan teater hari ini, malah semestinya kita semua sedar dan turut melihat kepada kepentingannya. 

Cuma walau apapun prinsip atau pendekatan baru yang hendak dibawa, biarlah elemen komersial yang diserapkan itu dilakukan pada tempat dan cara yang betul tanpa menjejaskan prinsip dan nilai seni sedia ada dalam pementasan teater. Malah ia perlu diseimbangkan dengan faktor-faktor lain yang seharusnya menjadi tunjang utama kepada pembangunan sesebuah pementasan teater itu. 

Untuk teman yang seorang itu, kamu itu sudah melakukan yang terbaik. Dan, aku bangga sama kamu yang meletak segala usaha untuk pementasan ini. Semoga suatu hari nanti, kamu akan memperoleh naskah yang lebih besar, sebesar kebolehan dan kemampuan kamu.

[Ibu Zain, Lantai T. Pinkie, Ronggeng Rokiah..]

Monday, February 22, 2016

~ GEMILANG TANAH PERMATA: SEBUAH PERSEMBAHAN GHAZAL-ZAPIN ~









SELAIN daripada persembahan komersial yang sering mendapat perhatian umum, aku kira persembahan seni kebudayaan juga sebenarnya mempunyai khalayak peminatnya yang tersendiri. Keindahan dan keunikan persembahan dari genre ini sememangnya begitu istimewa dan mudah menarik perhatian khalayak. Tidak hanya kepada golongan tertentu sahaja, tetapi juga kepada seluruh lapisan peringkat umur.

Namun mungkin disebabkan kurangnya ruang dan pendedahan yang diberikan kepada persembahan dari genre sebegini berbanding persembahan komersial, maka sambutannya juga masih belum menyeluruh. Malah persembahan kebudayaan ini  seringkali dikaitkan dengan acara-acara rasmi kerajaan atau sebagai promosi pelancongan semata-mata.

Justeru dengan usaha yang berterusan dari pelbagai pihak untuk membuka lebih ruang kepada persembahan dari genre ini diketengahkan kepada masyarakat umum, tidak mustahil suatu masa nanti ia akan menjadi satu tarikan untuk seluruh khalayak masyarakat sebagai satu bentuk hiburan komersial. 

Yaa, aku percaya itu.

Cuma, diharapkan selepas ini ada lebih banyak lagi persembahan kesenian yang diketengahkan dalam skala yang lebih besar untuk khalayak penonton. Jika kena cara dan pendekatannya, persembahan kesenian ini juga mampu memberi pengaruh mahupun menjana keuntungan yang seiring dengan persembahan komersial lainnya.

[Tari.. dan cherita-nya]

Sunday, February 21, 2016

Saturday, February 20, 2016

~ UNBROKEN ~






Unbroken

KARYA: Laura Hillenbrand
CETAKAN: Pertama (2010)
HALAMAN: 398

[Di-dalam sana..]

Friday, February 19, 2016

~ MENGGENAP KE SETAHUN ~


BABAK. Tanpa tahu kami berada dalam satu ruang yang sama. Aku cuba berlagak seolah tiada apa yang canggung antara kami.  Namun sesungguhnya, seperti biasa aku ini tidak pernah cemerlang untuk mencipta babak-babak lakon yang penuh kepura-puraan untuk dipertonton.

Gagal.

Setiap ketika aku cuma berharap, terjauhlah kami dari babak kebetulan kerana aku tidak mahu laku diri menyakit mata dan hati sahabat yang seorang ini. Cukup aku tahu, dia baik-baik sahaja.

"Ehh, korang gaduh ehh.."
"Mana adee.."
"Eleh, pesal buat tak tahu jer.."
"Nampak macam buat tak tahu ehh?"
"Hahahha.. korang ni.. BFF pun boleh gaduh. Dh lama perasan, tp selalu lupa nak tanya.."
"Suka ehh nak speku.. haih.." 
"Ooo speku.. Xpe, tgk jd apa lps ni.."

[Radar]

Thursday, February 18, 2016

~ SEREMEH TUMPU ~


BAGAIMANA rasa apabila sesuatu yang terlalu kecil dan remeh tentang kamu diingat orang? Apa pula difikir saat perkataan-perkataan mudah yang kamu tutur tanpa tekanan itu, disimpan kemas orang?

Dan, orang itu bukanlah mereka terlalu dekat sama kamu.

Aku senyum sambil geleng-geleng kepala saat menerima satu pesanan ringkas daripada seseorang di skrin telefon bimbit beberapa hari lalu. 

Pesanan yang membawa kembali ingatanku kepada sesi perbualan antara kami yang pernah berlangsung sekitar Julai tahun lalu. Perbualan ringkas atas urusan pekerjaan yang tanpa sengaja tercuit soal-soal tentang sebalik aku. Soal-soal remeh yang ditutur aku hanya untuk keberadaan ketika itu.

Nah, setelah beberapa bulan berlalu dia menyebut jelas hal-hal kecil yang aku tuturkan itu. Sedang dalam tempoh itu kami tidak pernah berhubungan mahupun berurusan lagi walau sekali. Sementelah dia manusia tersohor namanya di dada akhbar dan mata umum.

Gamam. Namun, benarlah Aquarius ini menyamai sifatnya sama si taurus. Yang juga berperilaku serupa. Dan, aku kembali menggeleng-gelangkan kepala.

[Bukan siapa-2]

Wednesday, February 17, 2016

~ SENYUM YANG TERKIRIM ~


KALAULAH... Yaa, kalaulah ayah masih ada.. Itu tutur yang berulangan ada dalam hatiku. Dan, aku percaya tutur itu juga ada dalam hati ibu, abang dan seluruh kami.

Ayah, hari ini mereka menunaikan janji yang pernah mereka tutur pada ayah. Meski sempurnanya setelah 970 hari selepas perginya ayah, kami percaya ia memberi makna yang besar buat ayah. Semoga Tuhan kirimkan berita ini ke pengetahuan ayah.

Manisnya, kalau segala ini dapat dilihat dan dirasai ayah ketika hayat ayah masih ada. Manis sekali pastinya. Ingin ayah, mahu ayah.. yang tidak terlaksana ketika terujanya ada.

Apapun, terima kasih 'tuan-tuan besar' yang akhirnya memenuh janji dengan mengenang budi ayah yang hanya secuit cuma itu.

Kami hargai, dan semoga Tuhan membalasnya.

[Dan, sedu-sedan..] 

Tuesday, February 16, 2016

~ KIMIA ~


AKU tahu, sahabat yang seorang ini begitu bersungguh dalam persembahan ini. Siang malam pagi petang, dia berusaha keras untuk memberikan yang terbaik. Bukan kerana teruja mahu dilihat orang, tetapi kerana kecintaannya kepada dunia yang dia pilih ini. Pilihan yang sememangnya tidak pernah mudah dan bertembung duga yang bukan sedikit sehingga terheret pengorbanan yang begitu lekat dalam paket hidupnya.

Aku cukup mengerti itu.

Lalu, hari ini aku datang untuk memberikan sokongan. Ya, bukan kerana isi persembahan itu, tetapi seratus-peratus kerana dia. Lalu sebaik habis membuat lunas pada tanggungjawab yang tergalas di bahunya pada malam ini, dia terus menerpa saat melihat kelibat aku di ruang keraiannya itu. 

Namun, dalam situasi hingar manusia yang teruja membuat sapa, tidak mengizin kami untuk duduk semeja bercerita. Lucu melihat dia yang tidak senang duduk kerana mahu berkata sesuatu. Dari jauh, bahasa bisu yang digamit dengan penuh soal.

Lalu, setelah manusia lain membuat lerai, kami mengada sesi sendiri di luar ruang itu. 

Aku dengar, dengar dan dengar sehabis dengar. Penuh tumpu. Kekecewaannya jelas. Tidak sampai hati pula aku mahu berkata benar. Namun, mana mungkin sanggup aku mengada-adakan yang tidak ada. Dan, dia juga sememangnya tahu apa yang bermain di benakku hanya melihat kilas wajahku. Lalu, berceritalah kami sehabis jujur.

Dan, kejujuran itulah yang menjadikan kami dekat barangkali. Terima kasih kerana menaruh percaya. Membagi cerita tanpa ragu. Dan, barangkali juga kerana dia cancerian... Sebagaimana cancer yang pernah ada dekat suatu masa dulu.

[Radar..]

Sunday, February 14, 2016

Saturday, February 13, 2016

~ THEN CAME YOU ~






Then Came You

KARYA: Jennifer Weiner
TERBITAN: Washington Square Press
CETAKAN: Pertama (2011)
HALAMAN: 338

[Ceritera]

Friday, February 12, 2016

~ SOSOK ~


KAMI tidak pernah menyapa tutur. Cuma masing-masing saling kenal pada sosok kerana kami sering berkongsi ruang kosong kedai kopi ini. Selalu dia hanya seorang dengan komputer ribanya yang sering membuat ralit. Aku pula dengan buku yang sentiasa terkepit selain secawan mocha.

Berbanding yang lain, aku mudah mengingat sosok wanita mat salih separuh abad yang manis berhijab ini kerana sikap penyayangnya. Comel bila mana dia berusaha keras bertutur bahasa Melayu dengan penut kepelatan bila mana dia bersapa dengan anak-anak jalanan yang sering sahaja muncul menghulur tangan untuk 'meminta' seringgit dua (di sekitar kedai kopi ini sememangnya ramai anak-anak jalanan yang berkeliaran). Dan, dia sering mahu melayan dan memberi meski kadang-kala berselang lapan minit dia didatangi kanak-kanak jalanan yang berbeza.

Lama dia tidak kelihatan lagi di sini. Malah tidak pula aku sedari bila kali terakhirnya.

Namun hari ini, kala aku sama sahabat mei sedang rancak membuat debat, tiba-tiba ada suara dari tepi menyapa; 

"Hey.. assalamualaikum wbt.."

Wajahnya terlihat begitu teruja kala dia kami bertembung pandang. Aku anggguk-angguk sambil menjawab salamnya. Dia membalas dengan angguk juga dan terus menuruti lelaki kulit hitam yang seperti sedang punya urus penting yang harus terselesai.

Melihat terujanya wanita ini, sahabat mei pantas bertanya tentangnya. Dan, mana mungkin dia mahu percaya bila mana aku katakan kami tidak pernah berbual. Cuma hanya kenal sosok kerana sering berkongsi ruang yang sama.

Meski aku ini hanya punya bahasa bisu, sering keras membatu dalam dunia sendiri, namun masih juga terlihat orang. Bersoal seribu tanya.

[Perfect stranger..] 

Thursday, February 11, 2016

~ BACA ~




SELIRAT, dan segala satunya. Seusai tamat waktu di lantai pekerjaan semalam, aku terus bergegas ke ruang selalu, kedai kopi Ampang. Seiring dengan alunan mozart yang membuat ralit di unta hitam, begitu jugalah ralitnya aku memandu di dada jalan raya yang begitu aman tanpa asak sesak selalu. Perjalanan yang hanya mengambil masa kurang dari 35 minit. Tahu-tahu sudah sudah berada di kerusi sama dengan aroma kopi yang menyegarkan.

Awalnya aku hanya mahu bersendiri. Malah, keinginan untuk membelek bahan baca juga  terjauh dari mahu. Aku hanya duduk mengadap ruang kosong di depan, sambil sesekali menatap telefon bimbit pada ruang media sosial yang penuh dengan cerita hipokrasi itu.

Namun, aku masih dengan rasa selirat yang membuat simpul seratus. 

Aku menembus ruang si Leo kalau-kalau dia punya sedikit kelapangan untuk dibazir-bazirkan sama aku. Butir bicaranya terpaling ringkas, namun pengertian itu sampai barangkali. Dia datang tanpa ada soal, kurang lebih setengah jam selepas itu. Kami sama-sama menghirup mocha sehingga ke garis hujung.

Tidak dia tanyakan tentang seliratku, malah tidak juga aku bukakan tentang itu. Cukup kami hanya dengan bual kosong yang memang cukup kosong, tetapi menyenangkan.

Itu cerita semalam.





Hari ini, babak semalam mengulang. Tetapi kali ini sahabat dekat ini pula menyuakan mahu untuk dibazir-bazirkan kelapangannya yang ada. Sekali lagi... cukup kami hanya dengan bual kosong yang memang cukup kosong, tetapi menyenangkan. Babak yang sama, cuma ruang sahaja yang beda.

Ketika mahu pulang dan mencari arah unta hitam, aku pergi kedia. Meminta diri dan kemudiannya memeluknya kemas tanpa sebab untuk beberapa saat. Melihat babak itu, barangkali para pelanggan lain yang turut berada di ruang itu pasti sangkakan kami mahu berpisah jauh. Drama.

Dia ketawa, dan aku menyengih.

Cerita tanpa bercerita. Ya, begitulah sahabat ini yang mudah mahu memahami. Dilayan sahaja aku meski sebutir cerita seliratpun tidak aku bukakan. Tidak juga dia cuba untuk membukanya meski dapat mengagak teka. Dia hanya mahu ada untuk menghiburkan, barangkali.

Dan, yaa.. terima kasih untuk suatu hal itu.

[Sahabat yang di-bagi.. mengganti-kan yang perenah di-ambil]

Tuesday, February 09, 2016

~ YANG BUKAN DONGENG ~


GAMAM. Dan, Yaa... sekali lagi Tuhan telah aturkan aku satu paket kebetulan yang tidak terfikirkan aku. Entah bila kebetulan terakhir yang pernah menyuakan kami. Empat atau lima tahun lalu, atau barangkali lebih lama dari itu.

Dan, kali ini,,, di ruang ini aku terlibat drama lagi. Selama aku berhabis masa di ruang meralitkan ini, tidak pernah walau sekalipun tersua wajah-wajah yang ada dalam kenalku. Namun, Sabtu beberapa hari lalu, ruang ini mencatat cerita yang tidak ingin aku hadapkan.

Pada saat aku ralit menelek buku acara sementara menunggu persembahan dimula, sahabat dekat pula sibuk dengan telefon bimbitnya yang tidak henti menyala meski dia tahu di dewan serba gah ini penggunaan telefon bimbit dilarang sama sekali.

Kedengaran penonton di sebelah berbisik-bisik mahu menukar tempat duduk. Pada mulanya aku tidak membuat peduli, kerana ia tidak menyangkupi aku. Namun disebabkan ruang keluar masuk itu tidak sebesar mana, aku terpaksa berdiri untuk memberikan laluan. 

Selang beberapa saat, kala aku kembali menyambung membaca informasi pada buku acara, ada satu nama yang menjengah telingaku. Terus sahaja debar membuat tembus tepat ke jantung. Manakan tidak, nama yang ditujukan kepada aku itu kini tidak lagi aku gunakan. Nama itu hanya wujud dalam babak kehidupanku sebelum ini. Beberapa tahun lalu. Dan, hanya mereka yang mengenalku pada beberapa tahun itu sahaja yang akan menyapaku dengan nama itu.

Aku toleh.. dan, ya... sebagaimana informasi yang dihantar ke minda, seseorang yang kenali dan wujud dari masa silamku berada di tempat duduk sebelah dengan senyum yang panjang. Terus sahaja seluruh darah yang mengalir di badanku ini turun naik deras seperti mengejar sesuatu. Lelaki itu ada di ruang yang sama. Dan, yaa.. kebetulan ini barangkali berpunca dari kecenderungannya yang sama denganku sejak dulu. Kecintaan kepada bunyi-bunyian ini.

Belum sempat dia menyoal-nyoal, persembahan dimula dan aku terus mengalih tumpu. Dia cuba untuk membuat tutur, tetapi adab di ruang ini sememangnya  tidak mengalu-alukan bunyi-bunyian lain meski detik jarum jam sekalipun selain yang berkumandang di pentas. Dan, aku pasti dia juga jelas tentang itu kerana dari gayanya, ini bukan kunjungan pertamanya.

Pada saat interval, aku bercadang untuk keluar meskipun itu bukan menjadi kebiasaanku. Sahabat dekat yang tidak menghidu babak ini, awal-awal lagi memberitahu mahu menyapa kenalannya di tempat duduk paling bawah apabila beberapa kali digamit wanita berambut perang itu.

Dan, drama bermula. 

Kalaulah, kalaulah..... symphony no. 7 tujuh itu boleh ditukar dengan permintaan, mahu sahaja aku meminta agar barisan pemain Malaysian Philharmonik Orchestra itu menukarnya dengan symphony no. 5!!! Symphony yang paling mahu aku dedikasikan untuk lelaki ini. Yaa, bunyi-bunyian yang mewakili segala yang bergenderang dalam hatiku untuk dia.

Bagaimana mungkin untuk aku berpura tenang untuk menyembunyikan detak-detak yang rancak membuat rentak di dalamnya sedang aku sendiri tahu akan kemampuan diri. Dan, dia juga tahu tentang itu.

Aku menjadi marah kepada diri sendiri kerana tidak mampu untuk memberi senyum-senyum kosong tanda aku OK2 sahaja.

Dan, yaa.. nombor telefon bertukar tangan meski bukan dengan mahu kerana tiada akal untuk melari.

Episod selirat. Dan bosan.

[Benar-lah, dunia ini ter-lalu kechil untok lari..]

Monday, February 08, 2016

~ HAPPY CHINESE NEW YEAR 2016 ~




SELAMAT TAHUN BARU CINA.. 
Semoga perjalanan tahun baru ini (Tahun Monyet) lebih membawa tuah, kegembiraan dan kemakmuran.

Kegembiraan itu lebih lebih indah apabila dirai. Kebahagiaan juga lebih bermakna apabila terkongsi.

Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le..

[Merah dan manis..]

Sunday, February 07, 2016

~ SYMPHONY DI DEWAN FILHARMONIK ~


LARUT. Dan aku begitu mudah untuk intim dengan bunyi-bunyian Beethoven dan Mozart yang begitu dekat dalam rasa. Hari ini aku di dewan ini lagi, merelakan diri pada dakap indah bunyian yang membuat terapi.

Symphony no. 7 memenuh segenap.

Dewan indah ini dipenuhi pecinta bunyi-bunyian serupa sebagaimana selalunya. Hanya terbilang jari mereka yang sebangsa (malah pernah tidak ada langsung). Dan, ada aku di celah mereka.

Dan, dalam asyik aku membuat larut, tiba-tiba disuakan wajah dari sejarah lalu yang tidak ingin aku temui. Yaa, sekali lagi Tuhan telah aturkan aku satu paket kebetulan yang tidak terfikirkan aku.

Lalu aku fikir, kenapa tidak symphony no. 5 yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaan aku saat ini. Yaa, kepada lelaki itu.

[Lama..]

Saturday, February 06, 2016

~ MEMORIA ~





Memoria

KARYA: Mario F. Lawi
TERBITAN: Indie Book Corner
CETAKAN: Pertama (Mei 2013) & Kedua (Oktober 203)
HALAMAN: 158
HARGA: RM35.00

[Chebis..]

Friday, February 05, 2016

Thursday, February 04, 2016

~ KE RADAR ~


SEREMPAK. Setelah hampir setahun hilang dari radar, berturut hari pula bertemu kebetulan. Dan, yaa sahabat june.

Lewat malam kelmarin, aku mimpikan tentang sahabat ini. Mimpi yang datang tiba-tiba membuat sapa. Lalu, apabila bertemu kebetulan ini, aku sudah menduga kerana ia menjadi lazim untuk aku mendapat isyarat seperti itu.

Sepanjang mengenal dia, aku sentiasa tahu dia pasti akan berjaya mendapatkan apa yang dia mahu dan dia sering membuktikan tentang itu. Begitu juga kali ini. Semoga berbaloi buatnya, dan sekurang-kurangnya dia tidak marah-marah lagi.

Dan, yaa.. dia masih sama. Masih dengan kemahuan yang sama. 

Meski terlihat aku ini sepertinya tidak pernah mahu memahami dia, namun paling benar ia adalah tersebalik. Mana mungkin, biru itu aku baca merah jika warnanya itu sudah memang sebati dalam laku.

Apapun, doa kesejahteraan saja buatnya. Marahnya hanya pada bibir, tetapi tidak pernah sampai ke hati. Dan, kami saling tahu itu.

[Maseh sama]

Wednesday, February 03, 2016

Tuesday, February 02, 2016

~ HALAL ~


HALAL. Dan, kita mendambakan yang halal-halal untuk menjadi darah daging. Betapa kita cukup menghindarkan makanan yang berstatus tidak halal dengan sekeras yang mampu. Besar mata kita menimbang tara tentang soal yang satu itu.

Apa cukup itu sahajakah yang menjadi darah daging? Sejauh mana sebenarnya kita peduli tentang halal darah daging yang selain itu...

Dan, lewat malam tadi, aku dihadapkan dengan satu drama panjang di sebuah cafe halal mendepani pelanggan halal di premisnya. Jika kita benar-benar mengerti tentang halal yang kita sebutkan, tidak akan ada babak haram yang terjadi di antaranya.

[Pernah di-persoal-kan tentang halal-haram-nya rezeki yang aku perolehi dengan pekerjaan ini..]

Monday, February 01, 2016

~ KITA MENANG SAMA-SAMA, KITA KALAH SAMA-SAMA ~











SELEPAS 'The Journey', sebuah lagi filem yang mudah membuat aku jatuh cinta kepadanya. 'Ola Bola', tampil dengan magisnya yang tersendiri. Meski sarat dengan mesej kebersatuan dalam melahirkan cinta kepada negara, filem arahan Chiu Keng Guan ini tidak hadir dengan unsur propaganda dengan memaksa penonton menzahirkan perasaan itu.

Sebaliknya, filem ini memberi dan memberi. Memberi dengan rasa yang tidak dipaksa. Ia bukan hanya tentang bola sepak, tetapi ia lebih daripada itu. Tentang pengorbanan, kebersamaan, persahabatan, kekeluargaan, kenegaraan dan segala satu tentang cinta yang besar. 

‘Ola Bola’ berjaya menyedarkan kita kembali bahawa perbezaan latar belakang dan budaya tidak pernah menghalang untuk kita terus bersatu dalam menyemai rasa cinta kepada negara dan antara sesama kita.

Aku merasai, dan aku berada di dalamnya.

Tahniah untuk seluruh teak produksi yang terlibat. Semoga lebih banyak lagi naskah-naskah sebegini yang dihasilkan untuk dikongsikan dengan masyarakat.

[Sukan yang teryata mampu menyatukan..]