Monday, January 11, 2016

~ MYSTERIOUS ~


AKU tidak pernah tahu atau mahu mengambil tahu bagaimana mereka yang di keliling terutamanya yang tidak pernah mengenal, menilai aku. Terpulang kepada mereka untuk melihat aku dengan cara atau sudut yang bagaimana.

Malam tadi, aku membuat singgah di kedai kopi ampang seperti biasa. Sementara si Leo mencari kerusi kosong, aku ke kaunter membuat pesan. Oleh kerana aku menambah nilai dalam jumlah berlebih biasa, si petugas yang sentiasa manis dengan senyumnya ini mempelawa aku menukar kad bereka letak baru yang mereka punya bagi menggantikan kad sedia ada. 

AKU: Ada beza dengan kad lama ker?
DIA: Tak ada. Cuma kad baru ni designnya lebih cantik. Mysterious.. macam u.
AKU: Macam i? (OK, aku tidak menyangka itu yang mahud dia katakan)
DIA: Err.. yerlah u datang sini selalu, tapi u jarang bercakap n jarang senyum juga. Mysterious. Tak macam ur friend kat luar tu.. hehehe.. dia banyak cakap walaupun jarang datang sini 
AKU: yer ker.. (sambil senyum, tapi menggelengkan kepala)
DIA: Kitorang selalu macam nak tegur tapi tak berani..
AKU: *Sengih.


Aku meletakkan Dark Mocha Frap dan Hot Chocolate di meja. Dan, berkongsi apa yang dikatakan si petugas di kaunter. Dsahabat Leo melepaskan tawa yang panjang. Tanpa henti.

Mungkin aku tidak tahu, jauh juga untuk menyedari bagaimana aku dilihat dan dinilai orang. Dan, yaa.. tapi bagaimana mudah menilai kamu yang jauh dari kenal mereka?

[Menopang dagu..]

4 comments:

Anonymous said...

asalkan penilaian itu yg baik-baik, baguslah
jd seperti aku ini sering juga dinilai tapi jarang yg baik2
kamu pun satu masa waktu baca tulis aku entah apa yg kamu nilai aku
aku?
cuma fikir... bahasa kamu cantik dan tenang2 saja :)


sfg

Ophe said...

ok, kamu buat senyum panjang.

Dan, aku tidak pernah menilai kamu. Cuma ralit meminjam cerita kehidupan yang kamu punya di ruang ini.

Semoga kamu itu tidak memandang aku bagaimana si petugas di kaunter itu menilai aku.. Hahaha..

Anonymous said...

sebenarnya...
aku jarang mahu menilai org
ada bagus dan ada buruknya
ramai yg tidak tahu aku lurus dlm menerima org lain
sebab itu selalu terluka
ada masa sudah tahu pernagai org pun aku seposen saja
malas...

aku mahu menilai kamu? duduk berbual bersemuka pun tidak
apa layak aku mahu menilai
tak layak... kalau menilai tulis dari cerita kamu
aku sudah katakan... bahasa kamu cantik dan tenang2 saja
mudah...

sfg

Ophe said...

***sengeh