Tuesday, December 01, 2015

~ DIKENANG ~


BERITA kematian yang berselang seli singgah mengejuk hati. Baik daripada mereka yang jauh mahupun dekat dalam kelilingku. Terbaru seorang yang namanya tersohor di dada akhbar ini pula dijemput Ilahi dalam masa yang berderetan..

Semenjak dia diberitakan pergi, semua rakan dan kenalan bercakap tentang kebaikannya tanpa henti. Satu demi cerita terkongsi. Dari hal yang sebesar sehinggalah yang terpaling kecil dan remeh. Dan, aku percaya, cerita-cerita manis itu bukan cerita rekaan yang disengaja cerita melainkan ia luah hati pada suatu hal yang wujud.

Pulau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga,, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga..

Meski bukan balasan yang diingin dari setiap tangan yang menghulur, setiap perbuatan baik itu sentiasa ada hak untuknya.

Dan, manisnya kita bila mana pergi akan disebut dan dikenang mereka yang ditinggalkan dengan hal-hal yang sebegitu. Mengisi hayat hidup dengan segerombol senyum untuk mereka yang perlu kepada itu.

Dan, babak-babak yang aku saksikan hari ini sangat mengingatkan aku kepada arwah mr legoman pada saat perginya. Pergi yang diiringi senyum dan tangis terima kasih untuk segala kebaikan yang pernah dia tinggalkan sepanjang sempat hayatnya.

Semoga suatu masa nanti, nyawaku terhenti kala aku cukup memberi.

Alfatihah.

[Budi yang baek, di-kenang juga..]

No comments: