Friday, November 20, 2015

~ KULIT JANTUNG ~


MENJADI resam manusia yang merasa luar biasa sakit apabila terlaku sesuatu yang canggung orang kepadanya. Sedangkan ketika dia menggerak perlakuan serupa, tidak pula dia fikirkan orang yang merasa.

Sepanjang malam tadi aku bersenyapan dalam monolog keras. Terawangan rasa kesal yang membenih pada suatu hal yang telah pecah dan tidak tertangkupkan. 

Meski dia bukan siapa-siapa yang harus aku memberi peduli, namun kekerasan kata dan kesepahan angkuhnya sangat-sangat mengores kulit jantungku. Oh manusia.. apakah kamu tahu ertinya adil yang paling benar untuk yang gelarnya manusia juga?

Doa kesejahteraaan untuk kamu. Mudah-mudahan dibukakan Tuhan pintu hatimu untuk berkasih sayang sesama manusia lainnya tanpa syarat. Amin.

[Luka..]

14 comments:

Anonymous said...

manusia mmg lazimnya makhluk tak sadar diri
hati tak mahu tersayat
tapi mudah memberi gores
paling buruk, mudah memberi remuk
tak mahu oranglain melukakan
tapi mudah saja jadi yang meluka
dan beralasan untuk pilih dirinya dahulu
makhluk manusia mmg ramai jenis yang tidak sadar diri

harap kamu baik2 saja...

sfg

Ophe said...

Tiada daya untuk aku sama berdiri membuat persembahan laku yang serupa. Namun, Alhamdulillah.. Aku belajar sesuatu daripadanya apa yg berlaku ini..

Terima kasih untuk perhati yg terbagi.

Anonymous said...

kawan, meski aku hanya bertegur dengan kamu hanya di sini
tidak bermakna aku tidak ambil tahu tentang kamu
meski kita saling mengelak untuk bertegur sapa
tidak bermakna tiada doa dan harap yang baik-baik untuk kamu, selalu


sfg

Ophe said...

Saling mengelak? Mana ada... :p

Anonymous said...

haha... is it? :)


sfg

Ophe said...

Hahahahha.... Takde.. :p

Anonymous said...

Okay for the first time... I don't believe you, Ophie hahaha

Sfg

Ophe said...

Hahaahaha.. :p
Ok kamu buat aku ketawa sendiri tanpa sebab yg jelas..

Anonymous said...

Aku mengaku aku akan mengelak utk seperti kenal kamu... Nampak, tengok Tanpa senyum atau tegur itu selalu dan kamu pun sama. Lansung mungkin kita sama2 mengelak tambah aku ini siapa pun utk berbual dgn kamu... :)

Sfg

Ophe said...

:p kamu dan rakan2 selantai sana pastinya jauh lebih hebat dari kami di sini. Lalu aku lg kerdil untuk menyapa2 kamu sebarang..

Anonymous said...

kita semua sama saja...
tidak lebih tinggi atau lebih rendah hebatnya
cuma aku yg tidak tahu mahu mula
atau kamu yg mungkin tidak selesa
sedang satu masa kamu duduk di belakang aku pun
kita masih seperti lagaknya
saling tidak kenal
dan menjadi aku...
yg benar rapat pasti tahu
aku tidak suka jadi pendahulu :D

sfg

Ophe said...

:)

Mungkin kamu tidak begitu tahu, yang watak 'batu' itu terlalu sinonim dgn diriku.. Bukan hanya sama kamu, sama yg lainnya juga. Justeru terlalu selalu aku dibaca salah. Di sini barangkali cuma sahabatku yg di lantai kamu itu sahaja yg daya mengacah2 aku ke watak lainnya.

Anonymous said...

tak apalah...
aku tahu kalau kamu tak tegur aku pun
bukan kamu sombong dengan aku
aku pun macam kamu, ophie
sering saja org sangka salah
gelaran 'sombong' sudah terlalu sinonim
jadi aku faham...
:)

ps: sahabat kamu itupun bagai batu dengan aku
hahaha tapi aku ok saja...

Ophe said...

Hahaha.. Sahabat aku yg seorang itu versatile.. Daya untuk watak apa sahaja.. :)