Monday, August 31, 2015

~ MERDEKA 58 ~


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-58.  
Tanah tumpah darah dan tanah lahirnya cinta. Mudah-mudahan terpelihara nyaman dan aman yang pernah terbagi sepanjang tempoh kemerdekaan yang ada. Amin..

[Ini Malaysia kita..]

Sunday, August 30, 2015

~ KUNING ~









LAUTAN kuning di jalanan. Kali keempat dan kali yang sedikit luar biasa. Atas alasan mahu menggulingkan kerajaan sedia ada yang kononnya tidak bersih, tindakan ini diambil.

Geleng kepala, dan aku tetap ingin katakan niat tidak perah menghalalkan cara. Tidak hanya mereka, aku juga sebenarnya kecewa dan tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang berlaku dalam pucuk pimpinan negara yang ada. Namun demonstrasi jalanan bukanlah caranya. Ya, bukan caranya.

Dan, aku tidak pernah bersetuju dengan itu.

Apapun, masing-masing punya pendapat dan pandangan. Asal sahaja waras akal duduk pada tempatnya, aturlah hidup dengan penuh rasa tanggungjawab.

[Akal biar-lah dudok pada akal-nya..]

Saturday, August 29, 2015

~ THE SECRET LIFE OF MARILYN MONROE ~







The Secret Life Of Marilyn Monroe

KARYA: J. Randy Taraborrelli
CETAKAN: 2009
PENERBIT: Grand Centre Publishing
HALAMAN: 541
HARGA: UK$8.99

[Me-minjam cherita kehidopan]

Friday, August 28, 2015

Thursday, August 27, 2015

~ TERBAIK BAGIMU ~


TERBAIK BAGIMU
by siti nurhaliza

Rasaku kamu ada
Di setiap sedih dan juga senangku
Rasanya kamu sudah menjadi bintang
Tterang hidupku

Masih kurang rasaku
Mencintai hatimu
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap
Sukar mu dengan tenang

Rasaku kamu ada
Di saat senyum juga tangisku
Rasanya Kamu sudah jadi yang
Terbaik bagi aku

Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap
Sukar mu

[Menunggu hujong..]

Wednesday, August 26, 2015

~ KEDAI KOPI AMPANG ~


KEDAI Kopi Yahudi.. itu kata sahabat Leo 148 kala merujuk kepada tempat selalu adanya aku jika dicari.

Setiap kali di sini, aku akan memilih minuman yang sama dan kerusi meja yang sama. Dengan senaskah bahan baca yang membuat ralit.

Terkadang dari pagi sampai ke petang, petang sehingga malam dan begitulah sebalik mengikut kecelaruan diri yang membuat dekat.

Aku suka dengan kesendirian di sini. Merasa nyaman dengan aroma kopi yang mampu memberi tenang. Pernah juga memberi amarah dan sakit hati.

Masa berlalu, dan aku masih ada di sini.. Kedai kopi Ampang.

[Menyimpan banyak cherita]

Tuesday, August 25, 2015

~ BUKIT MONYET, TAMAN TAR ~


MANUSIA dan kemanusiaan. Bukit Monyet yang sebelum ini menjadi tempat kerap menyimpan cerita resahku telah ditutup kepada orang ramai. Mungkin sementara, mungkin juga selamanya. Semuanya gara-gara manusia yang hidup dalam dunia peradaban yang cukup tinggi ini. Errmm..

[Ke-kejaman]

Monday, August 24, 2015

~ MEMENUH MAHU ~


CURI tulang. Aku menghilangkan diri di lantai pekerjaan beberapa jam kerana ingin menemani sahabat leo 148 ke klinik. Sahabat ini selama beberapa hari dalam keadaan yang sangat lemah kondisinya. Lalu, tidak sampai hati untuk membiarkan dia begitu tanpa berbuat sesuatu untuknya. Namun kesibukan kerja di lantai pekerjaan tentunya tidak memungkinkan aku untuk mengambil cuti sewenang.

Nah, yang terpaling jarang atau tidak pernah ada dalam agendaku telah aku lakukan hari ini. Demi sahabat yang seorang ini.

Namun pada saat sampai ke lantai pekerjaannya, dia bermatian menolak untuk bertemu doktor dan mendapatkan rawatan. Sebaliknya  mahu aku menemankan dia makan tengahari dan kemudiannya menelusuri sesak manusia di tengah kota untuk melepaskan tekanan dirinya.

Ermm.. aku menggelengkan kepala, namun kaki menurut sahaja langkahnya yang semakin laju itu. Lalu berpeleseranlah kami dalam waktu pekerjaan dan berada di tempat yang tidak sepatutnya kami berada ketika itu. Haih.. 

[Cuba ada..]

Saturday, August 22, 2015

~ KANVAS DAN CERITANYA ~




MENGINGATKAN kepada seseorang yang mungkin pernah cuba untuk memahami, tetapi tidak pernah memahami sehingga kini. Sehingga senyap hilang dia.
Ceritera kehidupan.

[Balai seni visual negara..]

Friday, August 21, 2015

~ ANGELINA JOLIE ~


ANGIE banyak sekali memberi inspirasi. Meski banyak paket hitam yang dilukis sepanjang perjalanan hidup mudanya, aku seperti melihat banyak inspirasi yang terkirim. Semakin banyak membaca dan memahami frame-frame kehidupannya, semakin terasa ingin mengenalinya.

Bersilih ganti biografinya aku tatap, dan terujanya tidak pernah mahu habis. Dan, sepanjang minggu ini aku masih mengulang hal yang sama.

Dekat. Dan, hadam.

[Biografi baru..]

Thursday, August 20, 2015

~ TEKANAN ~


URUSAN kerja menggunung. Tenaga yang sebelum ini berkongsi rata, terkurang dua tanpa diberi ganti. Namun urus perlu terus, tarikh matinya tetap sama tidak terubah. Lalu beban itu berganda menusuk fizikal dan minda.

Dan, setiap hari kaki melangkah ke lantai pekerjaaan dengan kurang rasa. 

[Penat..] 

Wednesday, August 19, 2015

~ SAMPAI MATI ~



SAMPAI MATI
by hazama

Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu

Dan detak jantungku memahat
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu

Ku terlihat lagu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku

Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu

Janganlah sesali perjalanan ini
Adakalanya seakan gelita
Setiap saat tabahku berdoa
Cinta kita sampai syurga

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu

[Apa akan ada hari-nya..]

Tuesday, August 18, 2015

~ KEKURANGAN ~


AKU seorang yang mempunyai memori yang begitu kuat terhadap patah kata yang singgah ke telingaku terutamanya yang menyentuh hidup. Biarpun masa bergalang ganti, ingat itu tetap kekal malah dapat aku sebutkan kembali dengan begitu jelas. Tanah badan Scorpio.

Namun aku sangat-sangat mempunyai memori yang pendek untuk menghafal atau mengingat wajah seseorang yang lama tidak aku temui atau baru pertama kali aku temui. Berkali pernah disalah erti kerana soal itu.

Nah, hari ni aku berada di babak di mana seseorang telah berkecil hati  bila mana aku tidak dapat mengingat dia. Kami hanya sekali pernah bertemu, namun akrabnya kami ini lebih kepada perhubungan dan komunikasi melalui mesej baik di telefon bimbit mahupun laman sosial.

Lalu, hari ini bila mana dia datang menyapa pada pertemuan yang tidak disengajakan dan aku terpinga-pinga dengan tanda soal yang bersilih ganti di wajah, gadis tionghua ini memberi reaksi kecil hati yang bukan kepalang.

Huhu.. 

Kekurangan diri yang masih membuat beban.

[Hadam]

Monday, August 17, 2015

Sunday, August 16, 2015

~ FAZLEENA & THE LASYKAR ~




JIKA sebelum ini lagu-lagu puisi sering dikaitkan dengan nama-nama seperti Zubir Ali, Kopratasa dan Ras Adiba Radzi (sekadar menyebut beberapa nama), kini muncul sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Fazleena & The Lasykar yang tampil memperjuangkan genre serupa.

Meski menyedari lagu-lagu puisi tidaklah sepopular genre lagu semasa, mereka tetap berani memperjuangkan irama lagu ini atas keyakinan bahawa genre sebegini mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Malah dalam masa yang sama berhasrat untuk menarik lebih ramai generasi muda untuk menghargai lagu-lagu puisi yang dianggap mempunyai kesenian yang cukup halus.

Mengetengahkan lagu-lagu puisi kontemporari, Fazleena dan rakan-rakannya kini tampil dengan album debut mereka, ‘Siapakah Yang Engkau Cari’ yang baru sahaja dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ini. Mini album ini diharapkan mampu memperkenalkan nama mereka kepada khalayak umum secara keseluruhannya.

Mempertaruhkan tiga buah lagu yang didasarkan dari puisi-puisi indah tulisan Fazleena sendiri iaitu ‘Siapakah Yang Engkau Cari’, ‘Sederhana’ dan ‘Cahaya Dari Lumpur’, album ini akan menjadi kayu pengukur sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap bakat mereka. 

Malah ia juga dianggap sebagai permulaan mereka kepada perjalanan seni yang lebih luas dan besar, sementelah mereka sebelum ini lebih dikenali di arus alternatif dan aktif mengadakan persembahan di acara-acara seni independent.

Menariknya, biarpun baru sahaja dilancarkan, album ini telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan terutamanya daripada peminat-peminat yang pernah menyaksikan persembahan mereka sebelum ini. 

Fazleena & The Lasykar diketuai oleh Fazleena Hishamudin, seorang penulis, penggiat teater dan pemuisi yang bergiat aktif dalam kegiatan seni sekitar ibu kota semenjak 2006. Fazleena kemudiannya mengambil inisiatif bersama rakan-rakan baiknya yang terdiri daripada Anas Ridzuan (Mentor TV3), Saiful Bahry (penggiat teater), Ana Shuhada (Mentor TV3), Shah Kimie, Hilmiwee dan Shariffuddin untuk sama-sama memperjuangkan lagu-lagu puisi kontemporari ini secara lebih meluas.

Pembelian untuk album ini boleh dibuat secara online menerusi akaun facebook.com/FazleenaAndTheLasykar  dan instagram@FazleenaAndTheLasykar

Dan, hari ini aku berkesempatan mengikuti salah satu daripada persembahan jelajah mereka di Senawang. Larut dan tenggelam dalam alun indah lagu dan puisi-puisi mereka. Meski hanya untuk tujuh buah lagu, aku kira semua yang hadir peroleh rasa yang terbagi. Mudah-mudahan suatu hari nanti, mereka mendapat tempat yang sepatutnya duduk mereka di dalam industri

[Bangga dengan per-juangan kamu..]

Saturday, August 15, 2015

~ PS, I LOVE YOU ~






PS, I Love You

KARYA: Cecelia Ahern
CETAKAN: Pertama (2004)
PENERBIT: Harper Collins Publisher
HALAMAN: 501
HARGA: USD$14.99

[Cantom...]

Friday, August 14, 2015

~ SELIDIK PERHATI ~


AKU bukan siapa-siapa dan tidak punya apa-apa pun yang menarik untuk diselidik perhati. Aku hanya punya hidup sederhana yang mungkin sangat membosankan bagi orang lain.

Justeru, aku sangat pelik bila mana ada individu yang begitu 'rajin' mahu mengambil tahu tentang isi kehidupanku dengan mengintai rutinku, kecenderunganku, siapa mendampingi atau didampingi aku dan sebagainya.

Jika dibaca salah, bunyinya seperti aku ini membesarkan diri. Namun, kerana zahirnya aku ini tidak pernah termasuk dalam kategori yang punya sesuatu untuk dijadikan tumpu, aku jadi pelik dengan perlakuan individu yang juga dalam kenalanku ini. 

Pada mulanya aku tidak mahu mengambil tahu kerana menganggap diri sendiri yang tersalah anggap, namun semenjak akhir-akhir ini perlakuan tersebut semakin keterlaluan sehingga aku merasa begitu terganggu. Dan, yaa rimas dengan lakunya yang begitu galak mahu mengambil tahu segala satu tentang aku. 

Sehingga saat jari-jari ini bercerita di sini, aku masih gagal ketemu jawapan kepada soalan kenapa atau apa tujuan dia berbuat demikian.

Berhentilah.. dan lakukanlah sesuatu yang lebih berfaedah buat kamu. 

[Stalked]

Thursday, August 13, 2015

~ PANCURAN METEOR PERSEID ~


KOMET. Seorang rakan mengirimkan aku tentang informasi kemunculan Pancuran Meteor Perseid yang membuat singgah. Menurut maklumat yang terberi, singgahannya dapat dilihat pada awal semalam dan hari ini.

Lama aku renung, kiriman itu. Kiriman yang membawa ingat aku kepada arwah Mr Legoman yang begitu obses tentang sesuatu yang melibatkan dunia angkasa lepas. Malah ketika berlaku gerhana bulan sebelum pemergiannya dulu, aku menurut kegilaannya untuk merakamkan detik itu. Beberapa tempat kami singgah untuk tujuan itu berdasarkan kajian dan bacaan yang dilakukannya pada orbit.

Allah.. rindu sungguh aku padanya. Dan, aku tahu jika dia masih ada pasti sahaja dia akan 'memaksa' aku untuk menurut kegilaannya yang satu ini.

[Mem-bawa ingat]

Wednesday, August 12, 2015

~ AWKWARD ~


SEREMPAK. Dan, yaa.. mungkin kerana diseru sikecil semalam. Mudah-mudahan sahabat ini baik-baik sahaja dengan kehidupan manis yang tidak terganggu. Tidak lagi menghadap hal-hal remeh yang mudah menjengkelkan dirinya yang sentiasa praktikal dalam kehidupan sempurnanya.

[Se-makin biasa pada kebiasaan yang ter-henti..]

Tuesday, August 11, 2015

~ JENGKEL ~


SIAPAPUN kita, ataupun siapapun dia... sikap saling menghormati itu perlu sentiasa ada. Bergurau biar pada tempatnya, bermanis-manis juga biar kena caranya. Jangan sampai dianggap biadap dan tidak beradap.

Dan, yaa.. ada babak yang begitu menjengkelkan berlaku pada hari ini. 

[Hiasi peribadi..]

Monday, August 10, 2015

~ YANG JERNIH ~


ENAM Ogos lalu, nama yang telah lama hilang di skrin telefon bimbitku, muncul menyapa. Langsung tidak ada dalam jangkau fikirku. Alhamdulillah berkat Syawal yang mulia, ada kasih yang masih berbaki untuk menyambung silaturrahim yang pernah tersekat dek emosi dan amarah suatu ketika dahulu (yang entah bila hentinya..). 

Dan, atas hati yang terbuka.

[Terima kaseh..]

Sunday, August 09, 2015

~ THE TIME OF MY LIFE ~






The Time Of My Life

KARYA: Cecelia Ahern
CETAKAN: Pertama (2011)
PENERBIT: Harper Collins Publisher
HALAMAN: 486
HARGA: USD$14.99

[Babak...]

Saturday, August 08, 2015

~ RAHSIA TUHAN ~


AKU tahu betapa luluh hatinya. Betapa dia cuba berdiri kuat untuk menahan emosi yang tergalas itu. Meski tidak dia tutur pada bibirnya, namun sebagai sahabat yang tahu dan faham segala isi ceritanya, aku dapat membacanya mudah.

Tengahari tadi, dikirimkan kepadaku gambar pernikahan bekas kekasih hatinya yang telah selamat bergelar suami orang awal pagi tadi. Dan tidak tidak dapat aku bayangkan bagaimana ranapnya dia bila mana melihat babak-babak itu manis pasangan itu. Sepatutnya pengantin perempuan yang tersenyum manis di sisi lelaki segak itu adalah dirinya. Ya, dirinya yang telah lebih tujuh tahun sama-sama mengendong cinta dan kasih dengan segala pengorbanan terberi. Dan, akhirnya pecinta setia sepertinya telah dikhianati. Ermm..

Usahkan dia, aku sendiri tidak sanggup dan terkilan melihat gambar pengantin baru itu. Tuan empunya badan apatah lagi...

Sebenarnya, aku telah terlebih dahulu melihat gamabar-gambar manis pasangan pengantin baru itu seawal pagi tadi sebelum dikirimkan dia. Namun aku diamkan sahaja kerana tidak mahu menambah luka. Pada hari bersejarah bekas kekasih hatinya itu, dia hanya menyendiri di rumah. Mengalihkan diri dengan urus pekerjaan barunya yang menimbun bak KLCC itu. Namun dalam sibuknya dia, aku tahu dia memerlukan seseorang untuk melepaskan ranap hatinya. Meski dia memperlihat seolah tiada apa yang terkesan, namun aku tahu jauh di sudut hatinya lukanya maha dalam. Lalu, aku bagai biasa menjadi pendengar untuk segala luah rasanya. Bicara kami hanya di depan skrin yang tanpa emosi itu.

Jodoh.. ya, jodoh itu rahsia Tuhan. Hanya dia sahaja yang maha tahu atas segalanya. Sehebat manapun perancangan cinta kita, jika dia bukan jodoh yang ditetapkan Tuhan, maka penyatuan itu tidak akan pernah terjadi. Justeru, aku harapkan apa yang berlaku ini mampu dihadapi sahabat ini dengan baik. Aku sedar berat mata memandang, berat lagi mahu yang memikul... namun biarlah apa yang berlaku semalam itu jadi sejarah dan hari esok laluinya dengan segala rasa yang baru. Percayalah pada hikmah yang Tuhan janjikan.

Aku yakin, dia akan bertemu lelaki yang lebih baik daripada bekas kekasih hatinya itu. Dan sungguh, dia berhak untuk mendapatkan yang lebih baik.

[Cubit peha kiri..]

Friday, August 07, 2015

~ MUDAH TERCUIT ~


MEMANG benar apa yang dikatakan sahabat ini. Rajuk dan kecil hati mudah tercuit oleh mereka yang dekat dengan kita. Dan, pulihnya juga lebih memakan masa daripada mereka yang tidak dari kalangan itu.

Hal-hal kecil, jangan kita tutup mata. Kerana kecil itulah yang memulakan segala sesuatu yang besar.

[Hanya ter-bilang jari..]

Thursday, August 06, 2015

~ LUAH ~



'Ibu call sebab rindu..."

HAMPIR menitis air mata aku mendengar suara halusnya di hujung talian. Tidak pernah ibu laju menutur apa yang ada dalam hatinya terutamanya tentang kerinduan semenjak perginya ayah kurang lebih 775 hari yang lalu.

Selepas pulang daripada cuti raya tempohari, terutamanya pada minggu ini ibu begitu kerap menghubungiku. Hampir setiap hari. Pada kebiasaannya, aku yang akan menghubungi setiap kali pulang dari kerja, dan kini sebaliknya pula.

Ibu tidak pernah menghubungi aku ketika waktu pejabat kerana katanya tidak mahu mengganggu waktu bekerjaku. Namun siang tengahri tadi, ibu menghubungiku. Aku sangat-sangat terkejut kerana menyangkakan ada hal kecemasan yang berlaku pada ibu. Usai bertanya khabar dan keadaan dirinya, terus sahaja diluahkan rasa hatinya itu.

Bagai mahu luruh jantungku dan seakan mahu terus pulang memeluknya dengan rasa kasih teramat sangat. Lama ayah pergi, dan ibu kini semakin merasa sunyi dan sendiri. Ya, Allah..

[Sayu..]

Wednesday, August 05, 2015

~ CUBA ~


KITA sememangnya tidak akan pernah mampu menjadi sempurna. Namun, tiada salahnya kita sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan kehidupan yang berkeliling. 

Aku juga sentiasa mencuba. Cuba... meski seringkali juga tergaul tanpa sedar dengan sesuatu yang aku sendiri tidak sukai atau mahu jauhi. Dan, bukan menjadi suatu hal yang luar biasa bila mana aku juga dipandang jelek orang lain atas segala satu singgung yang terlaku.

[Belajar..]

Tuesday, August 04, 2015

~ KE ASAL.. ~


AWKWARD. Ya, itulah yang terlangsung selama lebih empat jam kami menghirup secawan mocha di tengah riuh bual manusia lain. Setelah hampir dua tahun hilang dalam ramai, kami kembali ke asal.

Alhamdulillah.

Haihla Scorpio... kamu ini sememangnya sukar sekali untuk berlagak biasa. Kebisuan kamu itu sukar sungguh terpulih jika tidak diasak-asak keras. Tidak semua yang akan faham kamu, kecuali yang benar kenal kamu. Dan, si taurus ini bersungguh dalam usahanya.

[Senyom..]

Monday, August 03, 2015

~ RODA ~


RODA dan pusingannya. Hari ini segala teka teki terjawab. Rombakan diumumkan secara rasminya di lantai pekerjaan atau lebih tepat lagi di bahagian kami. Banyak kejutan. Dan, team kami juga turut menerima tempias. Apapun, ia kembali kepada hak pihak sang kepala untuk memilih apapun.

Semoga pembaharuan ini tidak memangsakan sesiapa dengan sengaja.

[Hidop dan karma-nya..]

Sunday, August 02, 2015

~ KESEMPATAN YANG MASIH TERBAGI ~


SYAWAL 17. Alhamdulillah, bertemu kesempatan untuk meraikan Aidilfitri dengan sedikit majlis makan kecil-kecilan untuk rakan-rakan dan kenalan di hiruk pikuk kota ini.

Terima kasih untuk yang sudi menjadi tamu kami sekeluarga hari ini. Banyak cerita, banyak juga memori yang tercipta. Bertemu empat mata, sementara kesempatan itu terbagi tuhan. Sua.

Entah esok, entah lusa.. kalau kesempatan itu sudah tiada, ermm.. dan sungguh, aku rindu kamu mr legoman. Benar bisiknya ketika kami sama-sama menghadiri majlis rumah terbuka salah seorang kenalannya tahun lalu, yang Syawal lalu tahun lalu adalah Syawal terakhirnya.

"Tahun ni aku nak raya dengan semua kawan-kawan aku, tahun depan mungkin tak rasa dah.." 

Ya, kalaulah kita tahu setiap pengakhirannya..

[Jauh di-sudot hati..]