Monday, June 08, 2015

~ SALAH ~


SALAH jalan, salah tempat, salah orang, salah text, salah cerita... salah kongsi.. Segalanya menjadi salah dengan rasa pecah yang berlapis lapan.

Langkah kiri barangkali. Perjalanan menghala ke rumah baru berdepan beban rintang hari ini. Bukan yang sedikit, tetapi acah yang sungguh membuat resah. Manakan tidak, hala semakin hilang jauh dari titik tuju. Pada pekat malam aku terjauh di tengah hutan batu berselang tebal kelapa sawit dan kembali dengan lebuhraya panjang tiada hujung.

Untuk kamu, yaaa.. kamu.. Tidak aku meminta lebih, cuma cukuplah memberi dengar dengan harap untuk melega. Tidak pula aku duga boleh mendengar tutur jujur yang langsungnya tidak lucu dari kamu. Sedikitpun tidak! Dan, aku semakin jelas dengan hala kamu. 

[Kadang-kala, men-dengar sahaja sudah cukop untuk me-reda. Me-ngerti, meski ada-kala ia tidak me-robah apa..]

6 comments:

socialfreakgeek said...

ah terlepas baca post ini...

Sabar. Ada masa kerana selalu juga hadapi yg sama, buat aku jadi jarang berkongsi walau seberat manapun tanggung dalam hati. Manusia skrg ini, sukar ditelah... aku cuma boleh bilang, sabar krn itulah juga yg aku lakukan utk diri.

Ophe said...

entahlah.. bila kanan dan kiri tetap juga meletak aku pada salah, apa lagi yang harus aku timbangkan. Sudah keterlaluan renyuk koyak tampal yang ada. Lelah.. Benar2 lelah kali ini.

socialfreakgeek said...

Mungkin Ada baiknya utk kamu menjauhkan diri dr teman yg begitu. Manusia ini selalunya jika Ada x pernah dihargai. Bila tiada barulah dipuja puji. Tidak Ada gunanya utk terus-menerus meletak diri rendah di antara mereka.

Ophe said...

harga aku tidak seletak yg lain barangkali. Ada dan tiada tidak terkuiskan apa..

Ermmm.. Mana mungkin kita akan merasa selesa kalau ternyata saiz baju dipakai tidak mengikut ukur tubuh sendiri. Dan, aku sering terlupa ttg itu..

socialfreakgeek said...

Manusia mmg begitu Ophie
Yang di lihat of kita selalunya lapis luar
Jika lapis luar kita ini seringnya bkn lah lapis yg cocok utk kelansungan mrk, maka seringnya begitu lah kita sering tidak diendah walaupun ada. Sebab itu bila diusik begini aku lebih selesa bersendiri ke mana pun. Mudah. Tidak mengharap apa2 Dan tidak dilingkungi mrk yg begitu buat hidup seharian aku yg biasa2 lebih tenang. Kamu pun perlu fikir hati kamu jgn hanya fikir hati org lain sdg mrk tak sikit fikir ttg kamu... :)

Ophe said...

Kerana fikirkan hati sendirila, maka ada rasa2 yang begini.. :) selalunya, aku tidak endahkan itu.. Tetapi sebagai manusia biasa, keluhan itu sesekali ada membuat damping.. Dan saat itu, hal2 begini akan menjadi isu..