Sunday, May 31, 2015

~ SHAKESPEARE ~





Shakespeare

KARYA: Germaine Greer
TERBITAN: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
CETAKAN: 2015
HALAMAN: 212
HARGA: RM20


[Di-suatu sudot dunia..]

Saturday, May 30, 2015

~ KALI KE SEMBILAN ~


PANTASNYA waktu berlalu. Dan, 30 Mei yang kesembilan aku hadap. Meski angkanya sudah sembilan, ingat dan rindu ini tidakkan pernah habis. Tidak pernah terlupakan wujudnya kamu dalam hidupku selama tempoh dipinjamkan Tuhan itu.

Persahabatan kamu itu kekal hidup, meski kamu sudah di alam sana. Mimpi-mimpi tentang kamu itu tetap singgah, meski sapanya hanya di dalam tidur.

Benarlah kata orang, kebaikan dan kasih sayang yang ditinggalkan akan menjadi ikat yang paling kekal dalam diri seseorang tidak kira atas status perhubungan apa sekalipun.

Semoga tenang bersemadi di sana wahai doktor jiwa yang amat dikasihi..

[AlFatihah..]

Friday, May 29, 2015

Thursday, May 28, 2015

~ PADA SAAT PERLU ~


RASA kiri yang bergelimpangan. Benar-benar memerlukan seseorang untuk duduk bercakap. Namun kesibukan dengan urus masing-masing membuatkan aku akur dengan kesendirian untuk meleraikan resah sendiri.

Tiada arah, aku memutuskan untuk menonton sendiri. Ya, pertama kali aku kira. Entah kenapa sayu yang berat terkandung pada hati. Meski mata tidak lekang tertumpu kepada jalan cerita yang berputar pada layar lebar, perasaanku bergetar tanpa henti.

"Wan, kalau kau ada saat ini, barangkali kaulah orang pertama yang akan menyatakan kesanggupan untuk menemani saat ranapku di sini. Meski terhalang dengan urus apa, kau pasti mahu ada biar hanya untuk datang bertanya, kenapa dengan dengan aku.."

28 Mei 2015.

[Yang mahu ada..]

Friday, May 15, 2015

~ NOMBOR ~


TUKAR. Seawal menggunakan telefon bimbit sehingga hari ini, aku masih menggunakan nombor yang sama. Tidak pernah menukar selainnya, meski berkali berganti telefon bimbit. 

Ya, kekal satu sehingga saat jari bercerita di sini.

Namun, semenjak kebelakangan ini, aku seperti diasak mahu yang keras agar menggunakan nombor baru. Cara yang mudah untuk membuat hujung dan titik. Yang belum pernah dicuba.

Dan, saat ini aku masih dengan fikiran itu.

[Lelah..]

Thursday, May 14, 2015

~ SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN TAURUS ~


PALING ringkas, namun paling jujur dan ikhlas. 'Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran' Taurus. Paling tidak pernah seaneh ini, dan paling mengundang curiga kamu barangkali.

[Doa kesejahteraan buat kamu sahabat mei..]

Wednesday, May 13, 2015

~ GORES ~


TANGGUNGJAWAB, tidak pernah mudah. Rasa hormat juga tidak pernah murah. Bekerjalah di atas dasar profesionalisme. Betapa banyak sekalipun ketidaksetujuan kita terhadap sesuatu yang kita rasakan kiri pada timbangan, usahlah dicampakkan akal bergelimpangan. Tidak juga menggores kulit jantung yang selain kita dengan lagak manisnya.

Apa mungkin ada rasa hormat yang terpaling hebat dijual di gedung keliling?

[Pilihan di-tangan sendiri..] 

Tuesday, May 12, 2015

~ CANTUMAN TERUJA ~


AMCORP Mall. Entah bila kali akhir aku membuat jejak di sini. Ada satu perasaan besar yang begitu membunga bila punya kesempatan ke sini lagi. Kurang pasti alasan yang setepatnya, namun aku melangkah teruja pada setiap pelusoknya.

Mengendong, kombo Beethoven, Mozart dan Choppin. Mengelek tulisan Cecelia Ahern yang tercicir koleksi. Mengintai lukisan hitam putih yang mencuri perhati. Ahh.. serba serbi.

[dan, pada suatu cantuman memori juga, barang-kali..]

Monday, May 11, 2015

~ HARI BONDA ~


SELAMAT HARI IBU, BONDA... Selamat ke hari kami meraikan kasih sayangmu. Sesungguh, sehingga nafasku hela saat ini, aku hanya punya kamu yang terpaling mengerti segala tentang wujudnya aku. Seawal melihat dunia, sehingga waktu itu ini, aku tidak pernah sekali  mahu membiar aku menelusuri dunia sendiri. 

Ada sahaja yang kamu gusarkan, ada sahaja yang kami curigakan pada dunia. Menurutmu, tidak akan terbiar aku dicalar soal hitam dunia, kerana dirimu akan teguh membentengiku. Aku ingat itu, aku ingat sampai mati.

Terima kasih wahai bonda.... Kerana bonda masih dengan keberadaan bonda ini meski pergi ayah menyerahkan semua kami kepada bonda secara sendiri. Moga Tuhan beri bonda kekuatan, dan mudah-mudahan Tuhan berikan kami kesempatan untuk terus menghargai dan berbakti kepada bonda dengan sedikit kasih yang tidak terkurang.

Doa kesejahteraan buat bonda, juga buat ibu-ibu seluruh dunia. Moga Allah setuju. Amin.

[Rindu pelok dakap ibu..]

Sunday, May 10, 2015

~ BONDA ~


BUNDA
by rossa

Ku buka album biru
Penuh debu dan usang
Ku pandangi semua gambar diri
Kecil bersih belum ternoda

Pikirku pun melayang
Dahulu penuh kasih
Teringat semua cerita orang
Tentang riwayatku

Kata mereka diriku slalu dimanja
Kata mereka diriku slalu dtimang

Nada nada yang indah
Slalu terurai darinya
Tangisan nakal dari bibirku
Takkan jadi deritanya

Tangan halus dan suci
Tlah mengangkat diri ini
Jiwa raga dan seluruh hidup
Rela dia berikan

Oh bunda ada dan tiada
Dirimu kan slalu ada di dalam
Hatiku..

[Menyintai-mu sepenoh hati bonda..]

Saturday, May 09, 2015

~ CINTA DRAMATIK MELAWAN GRAVITI ~





Cinta Dramatik Melawan Graviti
KARYA: Mimi Morticia
TERBITAN: Sang Freud Press
CETAKAN: 2014
HALAMAN: 132
HARGA: RM20

Sepertinya aku menghabiskan sepertiga hayatku merindukan kamu. Sepertiga lagi menulis puisi puisi rindu yang kononnya bukan buat kamu. Dan sisanya memikirkan bagaimana caranya untuk berhenti memikirkanmu.


[Dari kaca mata sang doktor..]

Friday, May 08, 2015

~ DIMAHUKAN ~


SESI. Dan sahabat yang namanya Leo ini sering memberi aku cerita yang beda. Meski terlihat kami ini punya aliran pemikiran yang serupa, sering sahaja aku gagal membaca tepat apa sebenar yang sedang difikir dia. Ada sahaja inspirasi yang dipinjamkan dia kepada aku yang serba kurang ini.

Beberapa hari lalu, kami duduk mengadap sambil menghirup coffee panas di sebuah caffe pilihannya yang sangat memberi tenang. Kesempatan pertama selepas fasa ranapku beberapa minggu lalu. Aku tahu, dia cuba untuk menghibur aku yang masih terawang-awangan dengan hal kehilangan itu. 

Manis kamu ni Leo, sentiasa mahu ada untuk sahabat kamu ini meski kondisi kamu sendiri berbalam rasa. Saat mahu hiburkan aku, kamu pula yang gagal menahan tangis. Aku masih keras, tidak mahu ikut menangis sama kamu kerana telah aku semat dalam diri untuk tidak menangisi lagi sebuah kehilangan yang telah disuratkan itu. 

Dan, mengenali manusia scorpio sepertiku, bukan sewenangnya juga aku untuk menumpahkan mudah tangis hiba untuk dipertonton. Yang luruh hanya dalam hati, yang kacau bilau juga hanya di dalam sana. Lalu sekerasnya aku menahan diri saat kamu menumpahkan tangis. Seolah-olahnya aku ini baik-baik sahaja.  Oh Tuhan..

Cuma, beberapa hari lalu aku gagal menahan rasa kala menjawab soal tanya bertalu si tsunami tentang babak perginya mr legoman itu. Meski bersungguh aku tahankan rasa, tangisnya terlepas juga. Mungkin datang dia pada ketika aku sangat perlu meski berkali aku katakan tidak..

Sesi bersama si Leo berjalan panjang. Sesekali kebisingan mengisi kami, banyak ketika juga senyap lebih mendominasi. Masing-masing tahu, kami mungkin tidak termampu membuat bantu selesai pada sebuah selirat yang dipunyai, namun keberadaan diri tanda sokongan agar rasa dimahu ternyata sudah cukup mengisi fungsi sebagai sahabat dekat yang mengerti.

Terima kasih atas susah payahmu itu. Semoga Tuhan menjaga kamu dalam sejahteranya, amin.

[Keberadaan..]

Thursday, May 07, 2015

~ GALAS ~


GALAS. Dan aku dipertanggungjawabkan untuk sesuatu yang memberat atas kekosongan yang ditinggalkan. Tanpa ada pilihan apatah lagi pada angguk mahuku.

Menolaknya aku bukan kerana tidak mahu menyambut sahut, namun sedar akan keberadaan diri yang yang bakal mendekat kepada hal-hal yang mengguris rasa atau juga kepada ancam gores yang tentunya bakal membuat selirat.

Lalu, usahlah mandatori. Berilah aku pilihan untuk berkata 'ya' atau 'tidak'.

[Ada yang lebeh layak...]

Wednesday, May 06, 2015

~ HITUNG ~


DONGAK ke langit luas. Hitam pekat di balik jendela kaca. Terlihat bintang kesayup memercik sinar. Tidak banyak, namun cukup menarik perhati. Cukup untuk membuat aku senyum dan hanyut dalam angan yang manis.

Begitu juga dengan manusia bergelar sahabat yang dihadirkan dalam duniaku. Tidak banyak, tetapi cukup untuk sentiasa ada kala perluku. Cukup untuk membuat aku rasa diinginkan sebagai adanya aku.

Tuhan, terima kasih untuk semua itu. 

[Berhenti, mem-buat harap..]

Tuesday, May 05, 2015

~ SASAR SINGGAH ~


KEPALA fikirkan dan mahukan Dark Mocha, namun saat berdiri membuat pesan di depan kaunter mengambil pesanan, laju sahaja bibirku menuturkan Caffe Latte. Haih.. dan akhirnya, apa buatnya aku dengan latte itu? Beberapa hari ini, begitulah aku.

Hati memproses dan mendedikasikan tanya dan rasa kepada seseorang yang dalam keperluan. Namun saat jari-jari ini bergerak membuat hala pada skrin telefon bimbit, sampai dan singgah pula kepada mereka yang tidak tahu apa, yang tidak langsung aku mahu maksudkan. Haih.. dan akhirnya, apa jadinya aku dengan soal tanya bertalu mereka sudah bersangka dan keliru itu?

Ermm.. dan ia bukan kali yang pertama. Aku kira beberapa kerap kali. Sehingga aku menjadi sakit hati kepada diri sendiri apabila terpaksa berkongsi sesuatu yang tidak aku mahu kongsikan dengan seseorang yang tidak aku maksudkan.

Dan, hari ini aku termengulangi hal yang serupa. Lalu si tsunami ini fikirkan aku benar memaksud dia. Dan entah sihir apa yang datang meniup di tepi telinganya, datang dia mengadap ranapku berselang caffe latte yang kelat untuk aku telan. Dan, aku tidak tersangka dia punya kesanggupan begitu... hujung ke hujung setelah hampir setengah tahun tidak menghirup secawan coffee semeja, sementelah dengan ribut yang sangat membuat serabut. Atau mungkin, yang ada mengadap ini, hanya sakanya? owh..

Apapun, terima kasih untuk sebuah kesanggupan itu. Meski kamu sebenarnya tertinggal untuk dua minggu yang lalu..

[Mei... ya, sudah sampai mei, kita tidak apa-2 kan..]

Monday, May 04, 2015

~ SIAPAKAH YANG ENGKAU CARI ~


SIAPAKAH YANG ENGKAU CARI
by fazleena & the lasykar

Siapakah yang engkau cari
Dalam meniti hari-harimu
Apa pula yang engkau cari
Di dalam menilai makna dirimu
Apa pula yang engkau nanti
Hidup ini cuma sekali

Janganlah kau menangis lagi
Bukakan mata
Hiduplah dengan harmoni
Hidup ini bukan fantasi
Jangan terbuai oleh mimpi
Senyumlah dan terus hadapi
Bangun berdiri dan berani

Janganlah kau berpaling lagi
Hidup ini cuma sekali
Senyumlah dan terus berani
Bukakan mata 
Hiduplah dengan harmoni

Siapakah yang engkau cari
Dalam meniti hari-harimu
Apa pula yang engkau cari
Di dalam menilai makna dirimu
Apa pula yang engkau nanti
Hidup ini cuma sekali

Terus melangkah dan berani
Bukakan mata
Hiduplah dengan harmoni
Siapakah yang kita cari
Di dalam meniti hari-hari..

[Tahniah.. dan tumpang bangga dengan pelancaran album debut lewat hari semalam..]

Sunday, May 03, 2015

Saturday, May 02, 2015

~ TERIMA KASIH SI BABI HUTAN ~







Terima Kasih Si Babi Hutan
KARYA: Ismail Ariffin @ Lepat

TERBITAN: Dubook Press

CETAKAN: April 2015

HALAMAN: 216
HARGA: RM25


[Aminah dan Razali..]

Friday, May 01, 2015

~ HARI AKHIR ~


AKHIR untuk suatu yang mula. Dan, benarlah.. setiap pertemuan itu akan ada perpisahannya. Hari ini merupakan hari terakhir teman sepasukan kami bersama-sama kami. Setelah lebih enam tahun tahun bergelar rakan satu pasukan, dia perlu berlalu untuk memulakan sesuatu yang baru di luar sana.

Tangis rakan-rakan mengiringi hari akhir ini. Dan, buat aku.. meski tidak aku zahirkan dengan perlakuan serupa, jauh di sudut hatiku pemergian teman ini begitu terkesan. Banyak sekali bantu hulur yang dia berikan tanpa pernah membuat hitung. Hubungan kami tidak hanya sebagai rakan sepasukan, tetapi juga sebagai teman yang boleh diharap kala perlu kepada bantu.

Buat kamu, mudah-mudahan silaturrahim ini akan terus berkekalan. Meski kita tidak lagi dalam satu pasukan dan berbumbungkan lantai pekerjaan yang sama, semoga memori lalu indah dalam ingat. Doa kami agar langkah kamu lebih besar di sana dan mampu menggapai impi yang dibina sejak dulu. Aminn.

[Per-pisahan..]