Tuesday, March 03, 2015

~ CERITA TANPA BERCERITA ~


MENDENGAR. Ya, aku sering mendengar meski untuk apa isinya, meski berapa lama perlunya. Meminjamkan bahu untuk seribu satu cerita. Sudah terbiasa untuk mendengar kerana menjadi pendengar  yang baik dan setia itu bagiku adalah tanda kepedulianku.

Dan, hari ini.. Aku tidak mampu untuk menjadi pendengar kerana saratku dengan beban rasa yang ingin didengarkan. Ya, mahu didengarkan untuk rasa lepas.

Menyendiri. Dan, sepanjang hari tergumpal dengan rasa kecamukan yang tebal menutup rasa. Bersimpul seratus. Mahu sahaja dimuntahkan.. Tetapi agaknya, layaknya aku hanya untuk mendengar, dan bukan untuk didengarkan. 

Cerita tanpa bercerita. Dan, hanya yang peduli sahaja mampu membaca dengan dengar. Sungguh, kelibat sahabat mei menerjah dalam ingat saat aku mahu didengarkan begini. Melihat dia secara luar, dengan tersohor duduknya di dada akhbar, aku sering sahaja tidak menyangka dengan kepeduliannya. Mungkin kerana itu aku sering menutup mata untuk hal-hal canggungnya yang bertentang, kerana kasih sayangnya yang sering sahaja membuat kita rasa dimahu sebagai sahabat.

Dan, ahh.. Kalaulah dia ada mendengar pada saat aku perlu begini. Tuhan, mudah-mudahan ada sejahtera untuknya. Aku sentiasa kenang dia sebagai yang banyak memberi. Moga kau balas segala yang pernah terberinya. Aamin.

Lari... yaa, lari hingga hujung malam. Moga esok beri sendik. Moga esok ada peduli.

[Pekat]

5 comments:

socialfreakgeek said...

Selalulah bercerita dengan Tuhan.
Kita sering fikir kita selalu sendiri tak ada siapa yang mahu peduli, tapi kita sering terlupa, Kita ada Tuhan yang sentiasa mahu mendengar bicara kita walaupun bicara biasa-biasa.

Dinihari nanti, bangunlah dan bicara dalam sunyi malam dengan-Nya. Ada masa kita sebenarnya tak perlukan sgt manusia mendengar. Ada masa jika kita bicara dgn Tuhan, Dia bisa angkat pergi segala apa yang mengecewakan dari hati kita agar jadi lebih ringan.

:)

Ophe said...

Sfg,
Untuk yg Satu itu, sudah tentunya, insya-Allah. Di mana sahaja dan pada setiap nafas dihela. Cerita yang sentiasa ada.

Cuma sebagai manusia, adakala kita mahu melepas rasa yang tergumpal pada suatu duduk yang dimengertikan. Didengar.

Hanya itu.

:)

Anonymous said...

Bukankah kamu ada sahabat di lantai aku ini? Berkongsilah dengan dia. Aku rasa dia tentu boleh mendengar juga. Aku pasti apa yang kamu ingin kongsikan itu terlalu peribadi jadi aku tidak rasa aku layak untuk beri telinga.

Cuma, sabarlah. Setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya lambat atau cepat

:)

sfg

Ophe said...

Tanah badan scorpio. ..
Sesekali boleh hilang warasnya untuk hal yang di luar duga. Kadangkala tegar utk hal yang terpaling luar kudratnya. Apapun, terima kasih untuk hal yang positif yang terpinjam.
:)

socialfreakgeek said...

:)