Sunday, February 08, 2015

~ SEHINGGA TIBA ~


CERITA dan cerita. Dalam bahasa yang hanya kami yang mengerti. Hanya kami dua, namun ceritanya seperti punya sekumpulan manusia yang berkongsi itu dan ini. Tidak tentang hati dan perasaan, tetapi tentang cerita seputar kami.

Suatu yang barangkali kali lucu buat aku dan lelaki sepet ini. Hal yang melibatkan hati dan perasaan, lebih sering kami bualkan tanpa semuka. Dan, pada saat bertentang begini, ceritanya lebih tentang keliling. Bergantian sehingga hujung hari. Seperti sahabat kepada sahabat. Itu kami.

Kami berjarak utara dan selatan. Justeru, kesempatan terlalu jarang ada untuk berselalu dengan damping. Entah sampai bila akan begini, Tuhan sahaja yang menentu. Namun sehingga tiba pada yang ditentukan itu, beginilah kami mengisi cerita hidup.

[Tasek naga..]

5 comments:

Anonymous said...

berada di utara dan selatan itu lebih baik daripada berada di benua kiri dan kanan... lansung tidak kedapatan walau untuk sekali jumpa... :)

Ophe said...

Sebenarnya, jarak itu sering dialasankan kita. Yg paling benar, kalau hati dekat.. ia tetap akan lekat mesti berjauh, dan begitulah sebaliknya. Ahh.. hidup.. :)

Anonymous said...

ya, setuju. ramai yg kalah kerana jarak sdg kalau kita renung, yg duduk serumah juga bisa kalah jika hati sudah menjauh.

insyaallah jika ada jodoh dan jodoh itu adalah dia, pasti kamu akan bersama dia juga. jika tidak terima saja apa yg Allah telah sediakan. Aku doakan semua yg baik-baik buat kamu.

sfg

Ophe said...

Hidup perlu terus, meski apapun.. :)

Anonymous said...

true... tidak perlu terlalu fikir atas apa yg tak termampu kita ubah setelah kita doa dan usaha... selebihnya serah sahaja kepada Dia. He's the best planner after all :)

sfg