Tuesday, February 10, 2015

~ EMOSI ~



UNFRIEND, unfollow, blocked, delete. Laju sahaja aku lakukan semua itu tanpa mahu fikir.

Emosi. Ya, segalanya menurut emosi. Jarang-jarang aku membiarkan emosi menjadi raja dan mendulu segala. Namun malam tadi, ia seolah dialukan. Aku biarkan emosi membuat laku.

Dan, hari ini aku duduk menopang dagu. Ya, sebenarnya aku tidak pernah mahu lakukan itu, dan itu bukan aku. Namun, yaa.. Aku ini manusia biasa yang juga punya rasa. Dan, tentu juga terletak limitasi. Dan, nah..

Pun begitu, seharian aku dihenyak-henyak rasa salah (walaupun alasan dan sebab puncanya adalah hal yang munasabah). Ya, terganggu segala rutin. Sedang barangkali ia tidak pernah terkesankan apa.

Ahh.. emosi. 

[Agar ter-henti ulangan..]

5 comments:

Anonymous said...

aku pun sering lakukan yg sama, bukan kerana emosi tapi lebih kerana malas melayan kerenah yg entah apa-apa. baru smlm aku exit dr group di whatsapp... entahlah... cuma penat tgk sandiwara manusia yg sungguh plastic sampai berinci-inci. daripada aku rasa jengkel dan kutuk sikap mereka dlm hati dan dpt dosa percuma lbh baik aku lari bawa diri. bebas dr entah apa-apa gossip atau mungkin aku pula yg skrg ini jadi bahan gossip kerana keluar begitu saja... :D

sfg

Ophe said...

Beberapa hari terkebelakang ini, aku banyak memperlaku yang bukan aku selalunya. Risau dengan diri sendiri.. :)

Anonymous said...

fasa hidup itu berubah ada masa secara sendiri. aku pun sama. jgn risau. semakin jauh usia semakin kamu lihat itu sering jadi.

sfg

Ophe said...

Terima kasih. Jd teman bual saat sgt perlu. Doa kesejahteraan buat kamu ya..

Anonymous said...

aku pun bukan ramai teman ajak bual... yg di lantai ini hanya kekal bual di lantai ini sahaja. blk kerumah aku cuma ada dua ekor kucing jd teman bual... main agak2 faham sahaja :D

doa yg baik2 juga utk kamu

sfg