Thursday, February 26, 2015

~ BIDIK DALAM BIDIK.. ~


KERANA sekeping foto. Ya, hariku menjadi haru-biru hari ini hanya kerana sekeping foto yang sudah terbaca salah. Foto yang memperlihat keduaanku dengan seorang lelaki yang juga sahabatku.  Foto dekat itu dirakam ketika sambutan hari raya cina yang lalu. Entah bagaimana ia sampai pada lihat si sepet itu, lalu jadilah lain ceritanya.

Rupa-rupanya, di celah ramai manusia yang tidak aku kenali itu, ada sepasang mata yang memerhatikan lakuku ketika itu. Lalu keterujaanku dan sahabat dekat itu yang sedang asyik merakam momen untuk satu pertandingan bersempena sambutan perayaan itu, dirakamkan pula oleh seorang manusia yang galak memerhati itu.

Entah sejak bila lelaki sepet ini berminat dengan soal-soal begitu. Diasak soal yang menyesakkan, dan paling tentu diamku menjadi hal yang paling tidak digemarinya. Dan, ributlah.

Berkata-kata pada saat kemarahan menjadi raja, bukan suatu hal yang bijak tentunya. Bangkit berdiri ketika semua yang lain juga berdiri, bukan juga menjadi hal yang menang pastinya. Lalu, biarlah diam itu menjadi hal yang meredakan.

[Diam, itu boleh jadi setuju, boleh jadi juga tidak..]

3 comments:

Anonymous said...

:) bising itu tanda sayang

tapi yang perlu kamu jauhi adalah mata galak yang memerhati kamu lalu mengutus cerita kepada yang di sana.

mahu disamakan spt apa, musuh dalam selimut? gunting dalam lipatan? duri dalam daging? semuanya tak mendatangkan kebaikan. aku paling benci mrk yang begitu. sungguh.

sfg

Ophe said...

Sfg,
Dlm celah ramai yg sering kita fikir tiada siapa yg membuat peduli, sebenarnya sentiasa ada... Meski tiada apa2 yg kita fikir harus dipeduli sekalipun.. :)

Anonymous said...

ya, di luar sana ramai manusia yang luarannya gembira bila kita gembira tapi sebenarnya dalamannya tidak begitu. bila kita sedih dia pun keliahatan sedih tapi dalamannya melonjak riang. minta dijauhkan hidup kita daripada yang begitu...

sfg