Friday, January 16, 2015

~ PERFECT STRANGER ~



AKU tidak lari. Cuma berharap kami tidak bertemu mata atau berselisih bahu. Bukan kerana marah masih meraja, jauh sekali sudah ada benci yang mengisi hati. Cuma tidak mahu menjemput ngiang kata yang menikam lagi. Yang sepuluh itu tetap sepuluh dan ia tidak akan berubah. Sepuluh itu aku simpan baik, tanpa ada sedikitpun rasa kiri. Sungguh.

Namun, hari ini ia tidak berlaku seperti yang aku harapkan.  Bertembung, sementelah kami di ruang yang sama selepas waktu pekerjaan. Dan, aku mengangkat kaki, walaupun bukan itu yang mahu aku lakukan sebenarnya.

[Genap sa-puloh.]

8 comments:

socialfreakgeek said...

...kerana itu aku sendiri pilih untuk tidak punya teman yang terlalu rapat di lapang kerja yg sama. aku pilih untuk asingkan dunia kerja dan dunia realiti aku diluar sana. aku pilih utk tidak bawa rakan aku ke lapangan kerja yg sama. aku pilih utk meletak batas antara aku dan mereka dilapang kerja. aku pilih to keep my private life away from my work life...kerana realiti hidup itu sendiri sering tidak bisa bergaul dlm dunia kerja yang lebih banyak makan atau dimakan... :)

Ophe said...

Kalaulah kita mampu mengatur semudah menekan butang edit dan delete di telefon bimbit..

socialfreakgeek said...

memang tidak mudah tapi kita boleh berusaha ke arah itu setiap hari :)

Ophe said...

Ya, aku juga percaya itu. cuma seringnya kita diacah2 dengan soal yang menyinggung rasa. hidup bukan..

socialfreakgeek said...

ya... hidup kalau tak ada yg begitu tidak di namakan hidup. hidup tak semstinya yg enak-enak saja

Ophe said...

Yaa.. Cumanya, kalau bole dipilih, mohon tidak terberi dari mereka yg dkt.

socialfreakgeek said...

Memanglah, siapa yang mahu dapat rasa mcm itu daripada yg dekat tapi Allah sudah tetapkan cukup setakat itu saja yg dekat itu kekal dekat dgn kita... adalah sebabnya yg tidak kita tahu. mungkin ia lebih baik utk hari depan...

Ophe said...

'Cukup setakat itu' yg tidak pernah mudah sebenarnya. Apapun, kalau itu yg paling adil maka hidup perlu terus bukan. Thanx utk hal yg positif :)