Monday, January 26, 2015

~ RAKUS ~


ENTAH bagaimana aku boleh berada di tengah mereka menadah dengar misi-misi senyap yang tergaul beberapa sang pemimpi yang ada.

Tidak ada salah memacak mimpi, tidak juga berdosa memasang angan. Namun yang jadi punah bila mana impi yg dibina dengan cara dan jalan yang salah. Memijak orang lain dengan kering hati demi ke kerusi depan.

Bertalu kes serupa menerpa tahuku semenjak akhir-akhir ini. Dan yang terbaru, misi sang pemimpi terhebat ini. Terlanyak tuan tanah kerana yang punya menjadi giur pada orang lain. Dipaksakan serah dengan penuh helah sehingga lolos misi peribadi.

Terlihat manisnya senyum kamu. Terjelas indahnya santun kamu. Tanpa sedikit pun terpampang warna benar kamu yang rakus mengejar duduk.

Porak peranda. Misi berjaya.

[Guling]

6 comments:

socialfreakgeek said...

Kalau yang berlaku itu di lantai kita, aku tidak hairan. sdh masuk 11 thn tempoh itulah yang selalunya.

terjah dan tikan tak pernah berhenti. A tikam B hari ini, tunggu tahun hadapan, A bakal di tendang dr gelanggang bila mana datang pula C terjah dan tikam rebut takhta. B selalunya terperosok ke belakang... samada diam atau cari sayap keluar... Kitarannya kekal begitu tiada pelik lagi bagi aku.

Syukurlah aku bukan A dan juga bukan C... sekadar B yg selalu terperosok dan tak punya sayap untuk keluar

Ophe said...

Yaa, aku tahu ia adalah hal yang terlalu selalu. Cuma bila kali ini ia melibat yang dekat2 dan lebih terjelas situasi jadi, aku makin mual. Lain gambar pada luar, terlalu lain pula pada isi dalam.

Apapun, aku percaya masing-masing punya bahagian untuk suatu keadilan. Cuma mohon agar terhindar dari punya rasa dan laku yang serupa.

socialfreakgeek said...

Tak apa, percaya pada Adilnya Allah. Ikut saja lurus kerja tanpa perlu pijak dan balas pijakan sesiapa. Insyaallah, Allah beri kamu rezeki yang lebih berkat untuk kamu kongsi dengan ibu dan saudara terdekat. Rezeki berkat itu lagi utama. Apa guna punya jawatan dan gaji tinggi jika hasilnya dtg dari sumber yg diragui lalu nanti diberi kepada keluarga, diguna, dimakan jd darah daging? aku selalu bilang begitu kpd diri, jiwa lebih redha dan tenang... :)

Ophe said...

Kita ada pilihan, bukan..?
:)

Anonymous said...

ya, kita ada pilihan. cuma jgn sampai apa yg kita pilih menyokong hidup kita sahaja tetapi membunuh mereka yg di sekeliling kita.


sfg

Ophe said...

Mendokong faham yg sama.. :)