Thursday, January 29, 2015

~ JUMAAT SABTU DAN AHAD SERTA KUDRAT ~



MINGGU yang agak kelam kabut buat semua kami dilantai pekerjaan. Tidak hanya terikat dengan tuntutan tugasan yang begitu menghambat, dihadap pula dengan satu acara tahun yang memerlukan kami membuat persiapan berlebih biasa.


Hari ini, kami akan berkampung di lantai pekerjaan sehingga lewat pagi barangkali. Menyudahkan kerja-kerja yang punya tarikh mati sebelum memberikan 24 yang ada kepada Jumaat, Sabtu dan Ahad yang sungguh sarat.

Sementelah dicelah sarat itu, kami juga punya keraian sendiri yang harus diberi tumpu yang bukan sedikit. Sederetan tugasan menanti dengan begitu ketat. Ya, ia bukan tahun pertama kalinya. Namun, mudah-mudahan semuanya akan berlangsung seperti yang telah diatur rancang.

[Kudrat yang se-kerat...]

17 comments:

socialfreakgeek said...

semoga segalanya dipermudahkan...

Aku sedang fikir bagaimana untuk hadap yg sama dengan diri sendiri yg hidap slip disc saban lama tapi masih perlu angkat, susun yg berat-berat sekejap lagi dan kemudian sambung pula 3 hari lagi, angkat, susun spt yg sama kemudian bersesak untuk layan kerenah manusia. Isnin nanti kami sekali lg terpaksa kira jumlah setiap naskhah, angkat dan susun ke store pula.

nanti april pwtc pun sama, aku rasa ada masa mahu berhenti dari buat kerja buruh kasar begini bkn kerana berkira tp kerana sakit tp nanti ada gergasi bilang sesuka hati aku malas pula...

Nasiblah menjadi si kedil... siapa peduli selagi tak tersungkur mati

Ophe said...

Yaa.. Saban tahun.. Bukankah kamu punya team besar yg seringnya duduk pada posisinya?

Doa kesejahteraan buat kamu. Selama beberapa hari ini, kamu ukurlah dgn kudrat, jgn smpai jd mudarat untuk diri.

socialfreakgeek said...

team besar... tanggungjawab juga lebih besar. expecttion juga jauh lebih besar. jumlah yg perlu disusun, diatur dan mcm2 lagi jauh lebih besar setiap tahun sdgkan kudrat team yg besar itu tak bisa bertambah dan bilangannya juga semakin mahu dikurangkan. kami perlu kerja 2x ganda lebih dari dulu. sungguh ada masa kami tak mampu bila semuanya kami perlu urus sendiri. totally berdiri sendiri. kalau expectation dan barangan sama seperti dulu makan mungkin kami tak separah ini... ramai yg tak tahu,kalau boleh bilangan kami ini pun ingin dikecilkan lagi. ramai yg tak tahu kami perlu urus segalanya sendiri multi task dlm segala segi. kdg2 tanpa sokongan juga... team yg besar pun kalau sering dipijak-pijak bisa jadi goyah bukan?

Anonymous said...

ada sesuatu di lantai aku yang perlu kamu baca...


sfg

Ophe said...

Sesuatu yg bagaimana..?

Anonymous said...

cuma tanya... yang kamu perlu baca... tak lebih. Aku tak mahu soal kamu di sini...


sfg

Ophe said...

Agak kurang jelas, tapi tidak mengapalah kalau begitu kata kamu.. :)

Anonymous said...

kalau kamu blm baca tak mengapa kalau sdh baca tapi blm jelas... itu masalah juga, ya? tp kamu ambil saja apa yg kamu faham... aku pun tak tahu mahu beri ia jelas sejelasnya...


sfg

Ophe said...

Owh.. Okk2 aku baru faham apa yg dimaksudkan. Yaa, sudah baca, faham n hadam awal subuh tadi.

Anonymous said...

Awal subuh? hahaha... aku awal subuh mata pun belum lelap hingga skrg...

sfg

Ophe said...

Bangun awal semata2 kerana parkir.. :) jam 7.00 aku sudah siap siaga di lantai pekerjaan. Gelap ke gelap.

Anonymous said...

Ramai yang dtg hari ini? Aku terpaksa pilih untuk rehat. Mungkin kamu baru jumpa rumah sedang esok mungkin gelap ke gelap lagi.

Aku jugak yg tak bertemu mimpi hampir 2 hari...

sfg

Ophe said...

Owh.. Rehat secukupnya. Jgn memaksa suatu hal di luar kemampuan. Dan kami hari ini, entah bagaimana sesaknya.. Merak.. :)

Anonymous said...

Harapnya sudah pulang. aku ini rehat pun sebenarnya sakit tak akan hilang cuma sedikit kurang. esok tidak dpt tidak kena juga tolong kwn2 nanti apa pula org kata, cuba mengelak pula sb sakitnya bukanlah boleh tampak di muka... sakit sembunyi susah org nak faham :)

Ophe said...

Pasti sahaja ada diantara rakan2 kamu itu ada yang mengerti, cuma mungkin tidak sampai kepada tahu kamu. Semntelah dalam kesibukan membuat urus yang begitu, mereka juga lelah di luar mahu.

Anonymous said...

Aku malas fikir dan terlalu ambil pusing... Biarlah. Buat apa mahu semakkan kepala dengan apa yg kita tak blh ubah, kan?

Ophe said...

:) hidup perlu terus. jangan kusutkan diri untuk soal2 yang tidak menghulur energi positif buat diri.