Thursday, December 04, 2014

~ TERIAKKAN ~


PADA mereka yang mengenal, sememangnya tahu dan maklum betapa aku seorang yang begitu paling berat mulut. Hanya petah pada yang mengenal dekat, hanya terbuka kepada yang menjadi sebahagian. Bukan kerana memilih, jauh sekali mengasing kepentingan... tanah badan Scorpio barangkali.

Beberapa hari terkebelakang ini, aku benar-benar dalam kusut. Bersilang simpul yang ada, membuat racau pada suluruh hariku. Benar-benar bising kecamuk yang di dalam sehingga mahu aku lari ke pantai untuk teriakkan apa yang ada di hati.

Namun, bertuahnya aku kerana masih punya sahabat yang mahu ada kala aku dalam situasi terambingan begini. Terima kasih AA. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku sering menjadi ringan mulut dengan lelaki yang seorang ini. Barangkali kerana dia juga scorpio sepertiku yang tidak pernah lelah menjadi sebahagian tanpa sebarang syarat.

Dan, pada saat-saat aku begitu perlukan seseorang hari ini, namanya yang pertama terlintas. Aku mengacah tekan nombornya tanpa ada sebarang alasan atau tujuan. Sekadar mahu berbual. Sekadar mahu mengalih rasa  selain daripada melayan simpul seratus yang membuat serabut.

Meski pada awalnya aku hanya mahu berbual kosong, namun apada akhirnya, dia melorongkan aku membuka cerita. Dan, terkongsi satu demi satu tanpa sekat. Suatu hal yang tidak pernah mudah untuk aku sebenarnya.

Terima kasih kerana mahu ada pada saat seperti ini.

[Men-jadi se-bahagian tanpa se-barang syarat..]

No comments: