Saturday, December 27, 2014

~ TAMU KATIL DINGIN LAGI..~


KALI kedua dalam tempoh tiga bulan. Kembali menjadi tamu di katil dingin rumah sakit. Dan, aku tidak terfikir sesingkat ini waktu untuk kembali bertamu. Kondisi badan kembali memberi isyarat agar aku sentiasa ingat akan kekurangan dan ketidaksempurnaan sedia adaku. Moga, aku ini masih punya kekuatan untuk berbuat-buat lupa akan kenyataan kondisi diri yang terpaksa aku telan itu.

Apapun, pada saat yang tidak terjangka itu, sahabat dekat yang namanya ZR setia menemani dan menjagaku sepanjang malam di katil dingin itu dari saat lelapnya aku sehingga ketika membuka mata. Terima kasih dengan sesungguhnya.  Tiada kata yang mampu aku tutur, melainkan doa penuh harapan agar Tuhan memberimu sesuatu atas ketulusan hati itu.

Siang hari tadi, sahabat ini mengulang kembali tuturku pada malam pertama aku bertamu di sana. Kala aku melawan beban dengan tangisan.
"Kalau aku dah tak ada nanti, jangan pernah lupa hadiahkan aku fatihah.. kerana aku tak punya ramai kawan yang mahu berikan aku hadiah.."

Dia mengejek, sambil mencebik. Dan, kemudiannya memberi amaran agar aku tidak lagi menuturkan kata seperti itu. Drama, katanya.

Aku hanya tersenyum. Dan, kemudiannya menjawab;
"Aku cakap begitu bukan waktu aku tengah sakit sahaja, sekarang pun aku masih nak cakap benda yang sama.."

Dan, dia terus diam. Memang sungguh, aku maksudkan kata-kata itu. Dan, ia bukan drama.

Terima kasih Tuhan, kerana hadirkan kepadaku dengan manusia-manusia yang berjiwa tulus. Yang membuat dekat kerana aku adanya, dan tiada lain. Moga, kau pupuk aku dengan hati yang serupa agar mampu berjiwa tulus juga untuk manusia lainnya. Agar tumbuh kasih sayang itu dengan hati yang benar-benar ikhlas. amin.

[Ber-ulang alek lagi.. ke rumah puteh itu..]

4 comments:

socialfreakgeek said...

semoga segera sembuh. walau lambat tahu dan tak tahu apa sakitnya, aku doakan kamu segera sembuh dan Allah permudahkan segalanya

Ophe said...

sfg,
terima kasih. doa kesejahteraan buat kamu juga ya. meski hanya bual di skrin putih ini, byk yg terpinjam dari kamu.

socialfreakgeek said...

hidup ini sebenarnya saling meminjam sesama kita. pinjam nyawa drp pencipta, pinjam ilmu dan budi sesama menusia. cuma adalah lebih cantik tak perlu kamu rasa kamu meminjam drp aku. anggap saja aku beri secara percuma apa yg sebenar milik-Nya... :) harapnya sudah sembuh skrg ini

Ophe said...

Terima kasih utk yg percuma2 itu... :)