Sunday, December 14, 2014

~ SETEPAT GENAP ~


KOYAK. Kali ini bersebab lain. Beza dari yang terlalu selalu. Aku betul-betul tidak tahu bagaimana lagi mahu membuat fikir dengan atur yang paling positif. Atur mengikut, mengangguk dan menerima kerana sayangnya pada sebuah persahabatan yang telah lekat dekat.

Semenjak beberapa bulan ini, terlalu banyak tutur pahit yang ditelan aku. Yang langsung tidak pernah aku terfikirkan akan singgah di pendengaranku untuk diproses hadam. 

Pedih. Umpama sebutir peluru yang tembus tepat terus ke jantung.

Pun begitu, seperti yang aku katakan tadi, kerana masih mahu menjaga yang telah lekat dekat, maka aku hadam dengan cara yang berlain. Meletak tepi agar tidak terusik hati. Namun jujurnya, payah sekali untuk aku melupa habis.

Dan, hari ini bila usaha itu seperti tidak dilihat perhati dengan hati, aku jadi luluh. Dan, aku mengalah. Sungguh-sunguh ada dengan rasa itu. rasa yang bukan lagi seperti selalu. Rasa yang bukan aku mahu.

Justeru, terima kasih untuk satu tempoh yang ada itu. Kita sama-sama belajar dan meminjamkan hal kehidupan. Semoga tidak terungkit yang lalu-lalu dengan hilang begini.

Dan, korek tampal jalan Ampang juga sudah tidak lagi menjadi sebahagianku. Unta hitam sudah tidak berhaluan itu. Tahun baru nanti, benar-benar menjadi baru buat kami. Suatu hal yang sangat kebetulan.

[Pada hal yang genap..] 

No comments: