Thursday, December 11, 2014

~ MANIS ~


AWAL pagi tadi, aku menerima ucap ringkas yang tidak terjangka di skrin telefon bimbit. Senyum panjang, kerana terasa manisnya isi ucap itu.

Hanya kerana aku membuka sedikit cerita tentang aku, yang terlalu jarang sekali aku lakukan kalau bukan atas sebab yang paling ada. Justeru, dia merasakan dirinya termasuk antara yang penting pada ruang aku. 

Dia berhak untuk merasa begitu barangkali. Sementelah dia mengenali seorang aku yang hanya kenal pada yang terbilang jari. Apapun, aku juga merasa penting apabila dimaniskan dengan penghargaan yang begitu.

Semoga saling memberi yang manis-manis untuk semua kita yang dikeliling. Semakin banyak yang kita kongsi, semakin banyak yang akan kita peroleh kembali. Itu kata-kata seorang rakan scorpio yang aku pegang sehingga saat ini.

[Ter-bilang jari]

No comments: