Tuesday, December 02, 2014

~ IPOH ~


SIMPUL seratus. Usai urus di lantai pekerjaan, aku menghalakan unta hitam terus ke rumah. Mahu rehat dan tenangkan fikiran setelah sarat fikir hal-hal yang bersimpul.

Namun entah kenapa aku berasakan terlalu banyak papan tanda yang tertera perkataan Ipoh. Ipoh, Ipoh dan Ipoh. Nah, ke Ipoh rupa-rupanya unta hitam ini membuat hala. 

Melayan kecamuk di benak sehingga aku menurut sahaja hala si unta hitam tanpa sedikitpun sedar. Langsung tidak perasan aku memandu sehingga ke Ipoh sedangkan aku patut pulang ke Ampang.

Serabut.

[Mahu merah, jadi biru]

2 comments:

socialfreakgeek said...

selalu istighfar jika serabut... jgn biar larut dlm perasaan. kdg2 yg menarik kita larut begitu adalah syaitan...

Ophe said...

sfg,
terima kasih.. moga lerai.. :)