Sunday, September 28, 2014

~ KETIGA DALAM HIDUP ~


AKHIRNYA yang paling aku takuti terjadi juga. Dan, aku sering sangkakan, kedegilanku mampu menampung kudrat yang sekerat ini. Malangnya tidak.

Dalam sejarah hidup, aku hanya pernah dua kali menjadi penghuni rumah sakit. Kali pertama, ketika masih di bangku sekolah kerana sakit yang aku punya. Kali kedua dan yang paling panjang tempohnya, ketika dalam pengajian di universiti. Berdepan dengan kemalangan di depan kolej kediaman, di dalam kampus. Hampir sebulan aku terlantar di Pusat Perubatan Univerisiti Malaya dan menjadi penghuni katil yang entah berapa kali menerima kematian ketika itu. 

Itu kali terakhir. Selebihnya hanya ulang alik biasa bagi memenuhi keperluan sedia ada yang sudah terikat bertahun lalu.

Seminggu dua kebelakangan ini, sememangnya kesihatan diri tidak begitu baik. Dengan masalah yang berkeliling membuat damping, dengan asak kiri dan kanan yang membuat tekan, juga sakit sedia ada yang sesekali mahu datang membuat jengok (barangkali).

Semenjak Khamis, aku sudah dapat merasakan kondisi diri yang sedikit luar biasa. Petangnya, aku terpaksa mengadap sesi dengan sang doktor, Tidak seperti biasa di mana aku hanya perlu membuat ujian ulangan yang ringkas, kali ini tidak. Berlebih dari biasa. Malah aku diminta untuk kembali datang pada Selasa depan. Pulang dari sesi itu, aku tidak mengambil pusing langsung kerana aku sudah terbiasa mendengar kata-kata ingat, pesan, ancaman dan sebagainya. Sesi ulangan, tiada apa yang baru. 

Namun seawal membuka mata pada pagi Jumaat, kondisi diri bertambah tidak selesa. Namun, aku yang penuh kedegilan ini, tetap ke lantai pekerjaan. Nah sepanjang di lantai pekerjaan, aku langsung sudah tidak punya energi. Mata kabur, kepala seperti bergentayangan. 

Sekitar jam dua, kondisi semakin menakutkan diriku sendiri dan aku mengaku kalah. Pada perkiraan aku, selepas pulang ke rumah dan mengambil rehat untuk sedikit waktu, ia akan kembali seperti biasa. Malangnya, kali ini ia tidak berlaku seperti itu. Sebaik sahaja membuka mata, sedar-sedar aku sudah berada di katil rumah sakit dengan berselirat wayar di sini dan sana. Owhh.. 

Apapun, terima kasih buat sahabat yang sudi ada pada saat-saat sukar aku ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik. Dan, ada seorang hamba Allah yang telah membuatkan aku menitiskan air mata  petang Jumaat lalu. Terima kasih atas rasa peduli itu walaupun aku tidak tahu daripada mana tahunya tentang apa yang terjadi ke atasku ini. Hal yang terlalu mahal walaupun untuk tanya khabar yang mudah.

Sepanjang malam pertama di sana, aku langsung tidak mampu melelapkan mata. Sepanjang hari kedua di sana, aku langsung tidak mampu mengisi perut. Sepanjang awal pagi hari ketiga di sana, aku bergelisah kerana takut dilanjutkan hari untuk meneruskan rutin menyeksakan itu untuk hari keempat.

Alhamdulillah, aku masih mampu hidup seperti biasa. Insya-Allah... selagi diizinkan Tuhan. Awal pagi tadi, sekitar jam 10.00, aku dibenarkan keluar (atau mungkin lebih tepat, meminta diri untuk keluar). Menurut mereka di sana, aku sepatutnya dilepaskan pada hari Isnin. Namun disebabkan pelbagai janji manis yang aku tutur, aku dibenarkan melangkah keluar pada hari ini. Isnin esok aku hanya perlu kembali untuk sedikit ujian ringan dan pemeriksaan ringkas untuk melengkapkan prosedur.

Ya, cerita petang Jumaat yang langsung tidak terjangkakan.

[Lubang-2 halos menyentap urat saraf maseh te-rasa sa-hingga saat ini...]

8 comments:

socialfreakgeek said...

i saw you like usual... didn't know you're sick. well, we are not in the same building. and i'm not the kind who meddle with other people's life... btw... hope you're doing well. sayangi diri sendiri even if sometime you have to make crucial desicion or choice that will hurt others. semoga Allah beri kamu sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

Ophe said...

"i saw you..." ?? bagaimana ya, :)

tentang kejadian lima hari hari itu, tiada yang tahu, melainkan hanya di sini aku berkongsi. malah, sang kepala di tempat pekerjaan juga tidak menghidu kerana aku tidak menggunakan cuti sakit sebaliknya memilih cuti tahunan. tidak mahu diasak tanya..

terima kasih atas doa.. dan kata yang menyenangkan. doa kesejahteraan juga buat kamu.

socialfreakgeek said...

i saw you sebelum-sebelum ini... that's what i mean. you look like normal tidak nampak sakit sblm2 ini. itu yang aku maksudkan. kamu masih bekerja di lantai yg sama, bukan? harap semuanya baik-baik saja... :)

Ophe said...

SFG,
:) Soalan yang mungkin bukan soalan sebenarnya, bagaimana yaa? mengenal aku dalam ramai itu..

socialfreakgeek said...

ok now i am confuse... hahahaha... kamu tanya bagaimana kamu pd pandangan aku atau apa sebenarnya? maaf... bila serabut kerja fikir pun jadi serabut juga... :p

Ophe said...

SFG,
:) maksudku, bagaimana kamu dpt mencapai/menjejak aku di dunia realiti..

socialfreakgeek said...

Entah bagaimana... mungkin dari apa yang kamu tulis selama mana yang aku baca. Cuma mengikut agak rasa yg selalu ada benar. itu saja. jika benar kamu insan yg sama :) Jika salah sekalipun, tidak mengapa... itu privasi kamu yang aku tidak terfikir utk diceroboh. Dan aku, kamu pasti kenal tanpa kenal tanpa lindung. Itupun jika ada benarnya... :) Ada masa dalam selindung tulis kita, ada jiwa yang bisa membaca dan mengenal jauh... itu saja... dan dunia realiti sebenarnya tidak sebesar mana... kitarnya tetap di orbit yg satu... :)

selamat malam ophe...

Ophe said...

SFG,
Ya, itu aku barangkali.. :) yang duduknya pada orbit yg sama seperti kata kamu. Semoga kita sama meminjam cerita kehidupan untuk suatu hal yang positif.