Thursday, September 04, 2014

~ HARI BESAR SANG VIRGO ~


SELAMAT hari ulang tahun kelahiran kakak. Semoga Tuhan panjangkan umur untuk hal kebaikan dan diizinkan kesihatan yang baik untuk terus berkasih sayang (Andai ayah masih ada, dia juga pasti akan berdoa serupa..).

Aku dan kakak mempunyai sifat yang cukup bertentang di dalam banyak perkara. Hampir tiada kesamaan langsung antara kami, bak kata ibu. Namun, kasih sayang menyatukan kami. Kekurangan aku dilengkapi dengan kelebihan dia dan begitulah sebaliknya.

Kakak sering membuat andai, aku tidak pernah sayangkan dia sebanyak mana dia sayangkan aku. Berulangan tutur itu dia luah semenjak kami masih anak-anak sehinggalah pada hari ini. Hanya kerana aku tidak mudah untuk menzahirkannya seperti mana tanah badan dia.

Dan, hari ini aku masih berpelakuan sama. Memberikan ucap selamat hari besarnya ini hanya melalui text di telefon bimbitnya dan tidak pernah sekali secara bertentang empat mata. Ya, aku memilih begitu kerana itulah aku yang dia (dan orang lain juga) kenal.

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu kakak!!!
Allah selamatkan kamu.

[Cinta, sampai mati..]

No comments: