Tuesday, September 02, 2014

~ BUKAN DONGENG ~


USAI menonton sebuah cerita kehidupan yang dikongsikan di kaca televisyen tentang resah seorang wanita kala berdepan berpasangan mata yang mahu menjadi saksi ikat cinta dia dan pasangannya. Alah pada perhatian begitu, dia meninggalkan ruang akad sebelum majlis selesai diamin.

Pada setengah kita menganggap ia lucu. Tidak kurang juga yang melihat ia sebagai sebagai dongeng yang tidak pernah wujud. Namun, percayalah... ada manusia yang seperti itu di luar sana.

Dan, aku salah satu darinya.

Sering aku ucap pada kepada sahabat dan teman dekat. Andai tiba hari jodohku dimeterai, aku tidak bercadang untuk mengundang mereka sebagai saksi. Cukup doa dari jauh agar segalanya langsung dengan penuh barrakah. Namun, kata-kataku itu sering disambut tawa panjang. Dianggap gurau senda yang diatur baik aku.

Hakikatnya, aku tidak pernah bergurau tentang itu. Bukan tidak mahu berkongsi detik manis sebagaimana yang lazim dilaku oleh seluruh wanita yang ada, namun aku tidak ke arah itu. Aku memilih untuk tidak menurut laku itu, kerana aku mahu jauh dari perhati.

Cukup sekadar disaksi mata-mata yang paling dekat dalam keperluanku, aku sudah cukup bahagia. Aku tidak pernah mengimpikan keraian bak puteri raja dengan tetamu seluruh pelusok yang ada. Tidak pernah!!! Kerana aku tahu, aku tidak mampu bersahaja kala menjadi titik tumpu. Pasti sahaja, segala gerak laku tidak terarah dan akan merosakkan manis kepada aturan yang sepatut ada. Sungguh, Tuhan lebih tahu.

Dan, ia bukan sebuah cerita dongeng.

Mujur si sepet itu mengerti. Meski banyak soal tanya tanpa jawab, dia memilih mengerti. Kerana itu, aku juga memilih untuk tetap menjadi damping dia.

[Jauh tumpu..]

No comments: