Sunday, August 10, 2014

~ DALAM INGAT ~


SEMPENA Syawal yang mulia ini, hari ini keluarga membuat sedikit majlis makan-makan. Terima kasih untuk tetamu yang datang. Semoga silaturrahim yang terjalin ini akan terus berkekalan.

Bukan sekadar meraikan keraian, tetapi ia lebih daripada itu. Ingatan dan rasa wujud untuk mereka yang ada di dalam hidup kita. Tidak sekadar yang di depan mata, tetapi juga yang berjarak senggang. Asal saja ada mereka dalam ingat, ia paling erti.

Dan, di celah kesibukan menguruskan majlis dan melayani tetamu, aku juga ada ingat. Dan, aku melakukan sesuatu yang aku ingin lakukan dengan rasa ikhlas. Bukan bersebab sesuatu atau didorong sesuatu mahupun mengharapkan sesuatu. 

[Dan, aku di-baca salah. Lagi.]

No comments: