Sunday, August 31, 2014

~ DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA ~



SELAMAT  Hari Ulang tahun Kemerdekaan ke-57 buat negaraku tercinta, Malaysia. 
Di sini, lahirnya sebuah cinta... Dan, sebanyak mana pernah aku fahami dan dalami tema hari kebangsaaan sebelum ini, tema pada tahun ini terasa begitu dekat dengan hati. Terasa benarnya kepada rasa kecintaan itu. Cinta kepada negara, kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta untuk kami sekeluarga.

Semoga tanah air kita yang tercinta ini terus terpelihara dan kekal makmur untuk diwariskan kepada generasi seterusnya. Sama-samalah kita mempertahankan keamanan dan kedaulatannya sampai hujung nyawa.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



WARISAN
by sudirman hj arshad

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan


Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan
Cinta ini


Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Kujejaki


Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Tapi  hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan


[Aku-lah penyambong warisan..]

Saturday, August 30, 2014

~ IZINKAN KU MILIKI HATIMU ~




TAJUK: Izinkan Ku Miliki Hatimu
KARYA: Ameera Ameer
CETAKAN: Pertama & Kedua (2013)
PENERBIT: SR Publication
HALAMAN: 850
HARGA: RM28.90

“Tiba-tiba dia hadir tanpa diundang. Dan tiba-tiba juga dia pergi tanpa mampu dihalang. Kerana cinta dia bahagia dan kerana cinta juga dia terluka..”

[Hala..]

Friday, August 29, 2014

Thursday, August 28, 2014

~ BUKAN TEMPAT ~


LAMAN sosial bukan tempatnya. Meski saat ini ia merupakan medium paling mudah dan pantas dalam menyampai kongsi sesuatu, tetapi aku tetap merasakan ia bukan untuk semua perkara. Gunakanlah akal dengan sebaiknya agar cuai leka tidak menelingkup hidup sendiri.

[Nasehar per-chuma..]

Wednesday, August 27, 2014

~ KEPADA SATU KEBIASAAN ~


AKU pegang kata-kata sikecil. Jika kita benar mengingat seseorang itu dengan hati, pasti ada suatu kuasa ghaib yang akan menerbangkan ingatan itu kepada orang yang diingati itu. Lalu, walaupun sedetik cuma sekalipun, orang yang dimaksudkan itu pasti akan mendapat rasa itu.

Dan hari ini, aku tiba-tiba dalam situasi itu. Mengingat... yang memang dari hati.

[Yang di-dalam sana]

Tuesday, August 26, 2014

~ CERITA SERUPA ~



DIAM tidak diam, entri ini sudah hampir dua tahun berada di kotak draft. Luah yang tidak aku kongsikan seperti lazim biasa. Entri ini ditulis pada hari sesi 'rujuk' setelah sendik dari selisih faham panjang kurang lebih setahun sebelum itu. Ya, lama. Dan, hari ini aku keluarkan dari kotak draft itu. Cerita dua tahun lalu, dan cerita hari ini.

-----------------------------------

17 Disember 2012

Berrmacam-macam perkara yang berlaku dalam tempoh senyap kurang lebih setahun yang lalu, sahabat dekat yang seorang itu tiba-tiba muncul di skrin telefon bimbit. Oleh kerana aku tidak lagi menyimpan nombornya, aku langsung tidak menyedari sapaan itu dari dia, sehinggalah muncul perkataan 'Nimrod'.

Sungguh, aku mengambil sedikit masa berfikir untuk memberi reaksi bagaimana yang paling harus. Mengenangkan luka dari pengkhianatan yang dia lakukan setahun yang lalu itu, aku mahu terus jadi keras. Namun, bila mengingat janji yang pernah aku tuturkan pada diri untuk memaafkan (dan, aku juga harus dimaafkan) segala apa yang pernah terjadi itu, biar pahit dan sukar bagaimana sekalipun, aku cuba kendurkan rasa. Lalu akhirnya memutus untuk menjawab dan memberi respon yang sebaiknya untuk perbualan tidak terjangka siang hari tadi.

Ya, selepas setahun lebih kami saling tidak mengenali dengan sengaja. Kekok dan payah untuk kembali laju menutur biarpun kami dua ini adalah sahabat dekat yang sangat saling mengenal. 

Aku tidak pernah mengharapkan dia datang memulakan lagi (tidak seperti sering persepsi yang dia bina). Cuma yang paling aku harap, tidak ada perasaan yang boleh membawa kepada kebencian dalam persahabatan kami. Tidak mengapa jika kami sudah tidak seperti dulu, tetapi jangan sampai membawa kepada benci. Jangan sampai percik hitam yang sedikit itu terus menutup seluruh putih yang pernah melimpah ada dalam persahabatan yang pernah terjalin.

Memaafkan itu adalah hal yang paling manis, tetapi kenyataannya ada sesetengahnya tidak mudah untuk dilakukan. Semoga aku sentiasa dekat dengan kemaafan itu. Amin.

-----------------------------

[Cherita sama dari dua tahon lalu..]

Monday, August 25, 2014

Sunday, August 24, 2014

~ CERITA TANPA BERCERITA ~


SIANG hari tadi bermula agak awal buatku. Meski tidak terikat dengan urusan pekerjaan, namun berderetan janji yang harus dipenuhi. Dari jemputan rumah terbuka sehinggalah kepada membuat libur di ruang Istana Seni. Ya, sehingga ke malam.

Dek kerana berkejaran ke sana sini memenuh mahu, aku terlepas pandang notifikasi panggilan dari sahabat dekat yang paling genius ini. Awal pagi dia mencariku. Memanggil aku untuk secawan coffee dan secara alaminya juga untuk mendengar cerita-cerita remeh dariku seperti lazim selalu. Dan, aku tahu perlakuan itu sering terjadi bila dia bersimpul seratus. 

Begitu juga aku. Sering sahaja mahu mencari dia bila dalam keadaan yang berkusut. Bukan untuk berkongsi soal serabut itu dari A-Z, tetapi sekadar duduk untuk secawan coffee dan berbual cerita. Cerita tanpa bercerita. Dan, kerana kami sahabat dekat, kami saling faham tanpa perlu difahamkan dengan seribu perkataan.

Dia antara sahabat yang paling amat aku senangi. Kerana selama mengenal dia, aku cukup pasti dia bukan hanya dekat kerana senyum tawaku, tetapi sudi membuat damping kala aku jatuh rebah tanpa rasa. Sentiasa ada kalau bantunya aku perlu. Malah seringkali juga menghulur tangannya, tanpa perlu aku minta-minta.

Mudah-mudahan, aku juga mampu menjadi sahabat yang seperti itu untuk orang-orang lain. Amin..

[Ter-bilang jari..]

Saturday, August 23, 2014

~ CINTA TERBUANG DI KAYSERI ~






TAJUK: Cinta Terbuang Di Kayseri
KARYA: Norhayati Berahim
CETAKAN: Pertama (April 2014)
PENERBIT: NB Kara Sdn Bhd
HALAMAN: 719

HARGA: RM29.00

[Hadap..]

Friday, August 22, 2014

~ ALFATIHAH UNTUK MH17 ~



















































AL-FATIHAH. Dan, sesungguhnya Allah lebih mengetahui di atas segala-galanya. Sama-samalah kita doakan agar saudara-saudara kita yang terkorban di dalam nahas pesawat MH17 lewat 17 Julai lalu tenang bersemadi dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.

Hari ini, 22 Ogos 2014, buat pertama kalinya dalam sejarah negara, kita bersatu hati memberi penghormatan yang terakhir buat mereka yang telah pergi melalui satu penghormatan berkabung dan bertafakur di seluruh negara. Tanpa mengira bangsa, usia dan pangkat, hari ini kita dengan rendah hatinya mengiringi perjalanan mereka ke destinasi terakhir dengan doa kesejahteraan.

Seribu satu cerita duka, sederetan babak emosi dan segantungan pilu yang disaksikan mata dan hati kita sepanjang hari ini. Namun. berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Tuhan kuatkan hati keluarga yang terlibat untuk tabah mengharungi saat-saat yang begitu payah ini.

KEHILANGAN. Hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja yang paling mengerti tentang rasa sebuah kehilangan ini. Tidak dari ungkap bibir, bukan juga dari pandang simpati tetapi ia lebih daripada itu. Justeru, saat melihat wajah-wajah luka keluarga yang terlibat, aku benar-benar dipagut pilu. Sepertiya aku di kalangan mereka menahan hati yang pecah tanpa gagah membuat halang.

Babak yang paling tersentuh hati sehingga jatuh air mata membuat singgah, saat di mana terlihat wajah anak-anak kecil yang turut memberi penghormatan terakhir buat bonda dan ayahanda tercinta. Moga Tuhan tabahkan hati mereka agar mampu mendepani hidup akan datang dengan sebaik mungkin meski tanpa bonda atau ayahanda.

Oh Tuhan.................................................................................
Apapun ya Allah, syukur alhamdulillah... dengan keizinan-Mu, jenazah saudara-saudara kami ini berjaya dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan dengan sempurna. 

[Al-fatihah..]