Tuesday, March 04, 2014

~ 1001 CERITA DI PULAU MABUL ~














BUKAN sekali aku mencuba rancang untuk menjejakkan kaki ke sini, namun ada sahaja aral yang membuat lintang. Tidak membenar aku pada sebab yang hanya Yang Di Atas sana sahaja Yang Maha Tahu.

Lalu pada kesempatan yang terizin ini, aku memberi dedikasi yang cukup manis pada diri. Menikmati semahu keindahan satu sudut dunia yang terhampar di depan mata. Mabul, kamu ini terlalu istimewa. Yang indah, yang tenang, yang nyaman terkumpul pada kamu.

Hijau menguja lautmu yang menghampar buat aku jatuh cinta untuk kembali lagi. Ternyata  pejam celik selama empat malam itu tidak memberi cukup. Tidak juga sempat mengenal dekat anak-anak bajau laut yang yang sangat waja itu. Cerita mereka tidak tercukup buku untuk dicatat. Mereka terlalu mencuri tumpuku.

Tunggu aku kembali.

[28-30 February 2014]