Wednesday, February 26, 2014

~ THE JOURNEY ~








AKU berada di dalamnya. Ditarik dek pelbagai rasa manis yang dibawa filem ini tanpa sebarang paksaan. Cerita cinta yang paling mudah, namun paling dalam untuk diertikan. Kisah kasih sayang ayah anak yang begitu mencuri rasa. 

'The Journey' membawa dimensi baru dalam dunia berfileman tempatan. Berdiri mengikut acuan budaya tempatan, filem yang didokong pemain-pemain yang cukup berbakat ini tidak memerlukan strategi yang berbaur hollywood.

Sungguh, aku cukup berterima kasih kepada sang pengarahnya dan seluruh yang teribat kerana memberi satu rasa yang cukup istimewa kepada kami selepas menonton. Bukan kerana aku dan teman jiwa mengadap laluan yang serupa, tetapi kerana kejujuran yang mereka tampilkan.

Aku percaya, filem arahan Chiu Keng Guan ini bakal mencipta sejarah baru dalam industri tempatan terutamanya dari kutipan tiket. 

[Uncle Chuan saling tidak tumpah seperti ayah..]

Friday, February 21, 2014

~ BUKAN KERANA TIDAK PEDULI ~

 
 
"Kadang kala mereka berhenti peduli. Bukan kerana sudah tidak peduli lagi, tapi kerana mereka sedar kepeduliannya tidak dihargai sama sekali.." - Tun Dr Mahathir Mohamad.

[Ya, dihargai..]

Thursday, February 20, 2014

~SIMPUL ~



TIDAK  tahu apa sebenarnya yang membuat simpul. Namun hati dapat merasakan seakan ada ranap yang membuat singgah. Andai ada terlihat koyak, bolehlah ditutup tampal. Kiranya jelas luka bertanda, mudahlah untuk mencari penawar. 
 
Puas aku membuat senyum. Mengacah khabar pagi petang siang malam. Namun salam tidak berjawab. Umpama rajuk besar sedang meraja damping. Owhh... terlalu kenal aku akan kamu. Sudah habis usaha, yang tinggal hanya harap.
 
Dan, moga kita tidak ada tembung. Untuk kamu, juga aku.
 
[Sahabat mei..]

Monday, February 17, 2014

~ TEATER BIDASARI ~


 

 

 

 
 
TEATER Bidasari ini merupakan adaptasi daripada filem Melayu klasik lakonan Tan Sri  Jins Shamsudin dengan menggunakan judul yang sama. Karya hebat ini menjadi tarikan yang cukup kuat untuk membawa penonton ke Panggung Sari Istana Budaya meskipun ia dari genre bangsawan.
 
Itu antara harapan awal yang terbit sebaik mendengar khabar naskah ini bakal dipentaskan di Istana Budaya. Namun, harapan itu hanya tinggal harapan bila mana pemain yang terpilih menangani watak-watak yang ada di dalamnya khususnya tunjang utama selaku Bidasari itu gagal melunaskan tanggungjawabnya dengan sempurna.
 
Lalu, bermainlah cerita Bidasari itu mengikut mahu tanpa memberi rasa kepada sang penonton yang lekat di kerusi empuk Istana Budaya. Mujur sang pemain yang mengisi watak sebagai Permaisuri menyelamatkan keadaan.
 
Aku kira, sudah tiba masanya Istana Budaya merenung kembali apakah prinsip mempopularkan Istana Budaya dengan orang-orang popular itu harus dipertahankan. Meletakkan muka-muka popular untuk menarik lebih ramai penonton ke panggung tanpa membuat peduli pada keboleh mampuan mereka beraksi di pentas yang namanya teater, bukanlah satu langkah yang bijak.
 
Itu hanya pandangan peribadi aku. Mungkin benar, mungkin juga tidak.

[Tidak sabar me-nunggu pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah..]

Sunday, February 16, 2014

~ BIBIR CERI MELATI ~


 
TAJUK: Bibir Ceri Melati
KARYA: Fazleena Hishamudin
CETAKAN: Pertama (2014)
PENERBIT: Sang Freud Press Sdn Bhd
HALAMAN: 166
HARGA: RM20

Dari perempuan untuk perempuan. Ya, kerana hanya perempuan sahaja yang benar-benar memahami perasaan perempuan. Smenejak 'Seksi Ovari', aku cuba mahu mengenal siapa dia. Isi kandung pada rasa hatinya begitu menyeluruh. Dekat dengan dirinya, dengan aku dan baranngkali kamu juga.
 
'Bibir Ceri Melati' menyampaikan rasa yang semua ada. Kamu hanya akan meresa mengerti bila mana kamu menelan kunyah susun perkataan yang yang punya rasa ini. Percayalah, ringgit kamu tidak tersia tukaran naskah yang dinukilkan wanita berjiwa angkasa ini.

[Sisi perempuan..]

Saturday, February 15, 2014

~ ALAH ~

 
DISEBALIK keras si scorpio, ada satu yang rasa yang sering menjadi alah. Dipujuk. Lalu getar amarah yang membuat ranap mula menipis. Dan, ia hanya mampu ditahu mereka yang berlegar dekat.
 
Nah, mudah kamu mengerti yang namanya scorpio bukan..
 
[Buka]

Friday, February 14, 2014

~ BUKAN KERANA FEBRUARY ~

 
BUKAN hanya hari ini. Kami merai kasih sayang pada setiap nafas dihela. Semoga yang ada-ada ini tidak tercicirkan dek silap pada pertimbangan.
 
Tidak hanya untuk kamu wahai lelaki sepet, tetapi untuk jiwa-jiwa yang sering membuat dekat dengan mengikat silaturrahim.
 
[Dan, hari kaseh sayang..]

Thursday, February 13, 2014

~ TEATER AWEK CHUCK TAYLOR ~



 
KESEMPATAN. Meminjam cerita kehidupan. Bertemankan lelaki sepekerjaan yang sentiasa bising dengan rengus, menghulur tempik alas gurau dan membuat hambur penyendal senyum.
 
Kami mengisi luang ke PJ live Arts, menjengok isi rasa anak muda yang bercerita tentang 'Awek Chuck Taylor' mereka.
 
[Dan, pentas tidak perenah men-jadi jaoh..]

Wednesday, February 12, 2014

Tuesday, February 11, 2014

~ LAPANG ~

 
HARI ini ruang membuat lapang. Dan, aku bersenang-senang dengan naskah 'Puisi Tepi Jalan' hasil nukil Fynn Jamal. Buku ini adalah hasil karya awal beliau. Ketika ini ia belum dibukukan cantik sebagaiman 'Puisi Tepi Jalan' yang dijual di kedai hari ini.

Aku antara yang bertuah memiliki buku ini. Dan lebih menarik, pada muka surat depan buku itu, beliau menitipkan sesuatu. Tanya penuh makna (seperti yang di atas).

Fynn melihat kehidupan dengan pandang dan mahunya yang tersendiri. Beri, ambil, bagi, pinjam, tolak, tarik, campak, sambut dan segala.
Owhh.. itu kamu, aku, dia, kita dan mereka.
 
[Buka rasa..]

Monday, February 10, 2014

~ BEBAS LELAH ~

 
SELESAI tiga hari yang penuh lelah. Acara di lantai pekerjaan yang saban tahun menjadi kemestian untuk kami menyumbang khidmat dan jasa kepada sang kepala. Acara rai masyarakat yang sentiasa dekat dengan keperluan pekerjaan kami.
 
Bermula Jumaat sehinggalah Ahad semalam, kudrat yang tercurah bukan sedikit. Perngorbanan adalah hal yang paling manis jika kita melihat ia dengan cara sepatutnya. Terkutip hal-hal manfaat yang mampu dipinjam dalam perjalanan hidup yang berbaki.
 
Usah difikir cantik kita sahaja, kerana ramai lagi yang lebih sempurna. Usah di bangga keberadaan kita semata, kerana ramai lagi yang lebih cukup. Usah diturut emosi kita semahu, kerana banyak lagi rasa yang ranap. 
 
[Untok hidop..]

Sunday, February 09, 2014

~ KAU, AKU, KITA ~

 
TAJUK: Kau, Aku, Kita
KARYA: Orkid Edyliyne
CETAKAN: Pertama (2012)
PENERBIT: Fajar Pakeer Sdn Bhd
HALAMAN: 374
HARGA: RM18.00
 
 “Tak pernah berlaku macam ni. Pengantin lelaki dengan pengantin perempuan, dua-dua nama sama. Iman Firdaus.”

[Dunia kita..]

Saturday, February 08, 2014

~ KAU TETAP DI SINI ~

 
 
TAJUK: Kau Tetap Di Sini
KARYA: Aishah Abu Hassan
CETAKAN: Pertama (2012)
PENERBIT: Buku Prima Sdn Bhd
HALAMAN: 676
HARGA: RM25.90
 
 “Andai ada ruang di hatimu, ingin kuselit cinta dan sayangku…”
[Celah..]

Friday, February 07, 2014

~ CANGGAH ~


PADA yang dekat mengenal aku di dunia selain ini, pasti tahu bagaimana orangnya aku. Paling kurang tutur, paling payah gaul dan paling sukar untuk dikenal.
 
Bukan hanya dulu, tetapi masih kekal itu sehingga saat ini. Saat di mana aku duduk pada kerusi pekerjaan yang terlalu amat bertentangan dengan sifat miliki aku. Ya, paling beda dari kedekatan aku.
 
Mungkin kerana aku bercirikan yang paling-paling itu, aku jadi ingin jauhi pada suatu tumpuan atau perhatian. Jangan memaku aku dengan pandang, jangan diseret aku dengan tumpu. Kerana pada akhirnya, apa yang mahu dikata hati akan terhasil lain pada tuturnya.
 
Dan, itu yang terjadi pada hari ini. Mohon agar tidak membaca merah aku dengan biru kamu.
 
[Dunia penoh sendiri sang scorpio..]

Thursday, February 06, 2014

~ WAHAI KAMU ~



WAHAI KAMU
 
Berilah sedikit mengerti
Kalau tidak pada tutur
Biarlah pada bundar mata
Sedikit rasa dimahu
Dan,
Tuhan itu paling tahu
Saat aku menafi luka
 
[Tidak di-adil-kan]

Wednesday, February 05, 2014

~ BEDA ~

 
SALAH yang dilakukan dalam sedar. Silap yang dilakukan di luar sedar. Maaf yang ditutur kerana perlu. Maaf yang dilafaz kerana keliru.
 
Beda.
 
[Kamu tetap orang yang sama.. bangga mengekal diri]

Monday, February 03, 2014

Sunday, February 02, 2014

~ PERGILAH AIR MATA ~

 
 
 
TAJUK: Pergilah Air Mata
KARYA: Hanni Rasul
CETAKAN: Dua Puluh Dua (Julai 2013)
PENERBIT: Kaki Novel Sdn Bhd
HALAMAN: 856
HARGA: RM28.00

 
“Akan kulepaskan jua air mata ini pergi. Jauh.. Sejauhnya… Sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu..”
 
[Reda..]

Saturday, February 01, 2014

~ AL-FATIHAH ~

 
AKU menangguh-nangguhkan hasrat untuk melawat ibu sahabat dekat, arwah dr jiwa nun di utara semenanjung tanah air sebanyak beberapa kali. Ada sahaja kekangan datang sehingga membuatkan aku hanya mampu bertanya khabar ibu ini melalui telefon sahaja.
 
Sebenarnya, aku merancang untuk melawat ibu ini pada hari musim perayaan Tahun Baru Cina yang memberikan sedikit kelapangan pada ruang tugas yang mengikat. Sekaligus untuk mengunjungi  pusara arwah yang telah lama aku tidak aku kunjungi. Lama.. terlalu lama.
 
Justeru, aku pulang ke kampung halaman seminggu lebih awal untuk memudahkan perancangan ini. Jika mengikut perancangan, aku sepatutnya ke sana esok pagi. Tidak aku khabarkan pada ibu itu kerana tidak mahu dia terlalu mengharap, manalah tahu kalau-kalau ia terpaksa dibatalkan kerana urus lain yang mendesak.
 
Namun, kita hanya merancang dan Tuhan menentukan segala-galanya.
 
Malam tadi, aku menerima panggilan yang memberitahu ibu yang paling tenang itu telah dijemput Ilahi. Gamam. Diam. Luluh. Dan, ia akhirnya disudahkan dengan tangisan panjang tanpa dengar. Sepanjang malam dihambat kekesalan kerana terlalu akur pada kekangan yang kadang-kala hanya remeh.
 
Al-Fatihah.
 
Dan, awal pagi ini aku menghala ke utara semenanjung tanah air untuk memberikan penghormatan terakhir buatnya. Pertama kali memandu unta hitam berseorangan meredah perjalanan sejauh lima jam perjalanan itu tanpa ada fikir tentang selainnya. Dengan air mata, dengan sesal yang berat.. dengan kecamuk yang bukan sedikit.
 
Aku tidak punya pilihan (memandu keseorangan  ke sana) kerana tidak sempat membuat sedikit fikirpun. Yang aku tahu, teman jiwa  masih dalam keraian menyambut tahun baru dan adalah tidak adil untuk menariknya ke sini. (menurut kepercayaan masyarakatnya, pada hari sambutan ini mereka tidak harus  dekat dengan hal-hal kematian dan seumpamanya untuk mengelak nasib malang pada tahun seterusnya).
 
Ibu dr jiwa meninggal kerana serangan asma. Allahyarhamah tidak punya penyakit kronik yang lain dan selama mengenalnya, dia cukup sihat dan sentiasa positif. Meski hatinya remuk saat kehilangan abadi satu-satunya putera yang dikasihinya, dr jiwa (yang juga merupakan teman paling akrab buatku), dia tetap bangkit memulih diri.
 
Hubungan kami mula akrab selepas pemergiaan puteranya itu. Manakan tidak, saban tahun pada tanggal ulang tahun kehilangan putera kesayangnnya itu, yakni 30 Mei, dia pasti menghubungiku untuk menutur bual. Itu caranya dia melepas rindu kepada arwah yang duduknya terlalu istimewa di hatinya.
 
Dan, pada tahun ini yang juga merupakan tahun kelapan pemergian arwah, sang ibu menyusul. Sukarnya untuk aku menyusun kata. Payahnya untuk aku berkata sesuatu tentangnya kerana terlalu banyak perkongsian hati yang dilalui kami.
 
Meski berat kesal yang membuat damping, aku mengharapkan ibu ini memaafkan aku. Semoga dia mengerti, aku tidak pernah mahu melupakan dia. Kasih sayangnya tetap utuh tersemat di hatiku.
Sungguh tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir, aku percaya apa yang dia tinggalkan untukku selama ini bakal menjadi ingat yang dalam, selagi hayat dikandung badan.
 
Semoga arwah ibu dan puteranya brtemu di syurga. Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat dan
ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
 
[Hanya sempat ber-temu di-pusara saat talkin selesai di-bachakan..]