Tuesday, January 21, 2014

~ BUKAN WANITA BEDA ~

 
CEMBURU. Dan, hari ini aku disuakan dengan tanya yang menuntut aku untuk memberi jawapan yang ada dari dalam hati.
 
Ya, scorpio seorang yang cukup perahsia. Jarang sekali berkongsi tentang rasanya, kecuali pada suatu hal yang dirasakan pasti dan pada manusia yang dilihatnya dengan penuh percaya.
 
Aku di hiruk pikuk kota besar ini dan teman jiwa nun di selatan semenanjung tanah air sana. Jarak memisahkan kami berdua. Namun alhamdulillah, semuanya masih mampu kami atur baik sehingga ke hari ini (kecuali pada tahun pertama kami berjarak dahulu) biarpun pelbagai kacau bilau pernah silih berganti tempat.
 
Lewat tengah malam tadi, dia bercerita tentang seseorang. Seseorang yang aku tahu sedang mahu mendekatinya. Aku memberi reaksi bersahaja (seolah tidak sedikit pun terganggu). Dan aku senang begitu kerana hubungan jarak jauh seperti kami ini tidak seharusnya disaratkan dengan pelbagai perkara remeh yang mampu membuat serabut seratus.
 
Namun kebersahajaan aku itu akhirnya menjadi punca perselisihan faham kami. Katanya, aku perlu cemburu. Kerana, dengan rasa cemburu itu dia merasa selamat dan dimiliki.. Yaa.. itu katanya. Kata ulang yang pernah disebutkannya sebelum ini.
 
Owhh.. lelaki sepet... Mana mungkin ada wanita di dunia ini yang tidak punya sifat cemburu itu. Mana mungkin! Dan, aku bukan wanita yang beda. Aku juga adalah dari kalangan wanita-wanita sedunia itu.

Lalu, ambil kembali soalan yang kamu suakan. Kerana jawapannya sudah ada di situ.
 
[Biarlah hanya di-dalam sana..]

5 comments:

socialfreakgeek said...

dan aku sgt mengerti...
kamu benar beruntung kerana sesekali masih bisa jumpa sidia... dan adakala aku bisa juga cemburu

ya mana ada seorang perempuan yg tidak cemburu tp mungkin ada 1-2 yg usung topeng berhati beku di wajahnya atas byk perkara... seperti aku

kamu benar beruntung, dia lebih beruntung... akulah yg hanya mampu baca, dgr, lihat... kemudian cemburu

:)

Ophe said...

Keberuntungan atas kekurangan..:)
Ia terjadi bila mana kita menggunakan segala yang kurang itu dengan hal-hal yang manis, barangkali.

sfg,
aku juga mengusung topeng. berlapis lazim punya sang scorpio. namun sebanyak mana punya aku, ia tetap mampu tembus pada mereka yang membuat selirat dekat.. pada cerita yang tanpa diceritakan.. :)

socialfreakgeek said...

ya... faham...

cuma bila aku bilang kamu beruntung ia nyata benar kerana sekecil-kecil untung atas kekurangan itu, kamu masih bisa dgr suaranya, lihat wajahnya... walau mungkin ada galang... itu lebih nyata untung berbanding tiada peluang lansung dan tergalang berjuta kali dr setiap penjuru. tapi bila fikir... ya hanya manusia yang Allah pandang kuat akan diberi uji yg tidak sedikit...

untung diuji Tuhan lebih baik drp hanyut dalam kebolehan atas apa saja :)

Ophe said...

dan, aku percaya kamu juga di dalam keberuntungan (yang tidak terlihat).

:)

socialfreakgeek said...

ya... alhamdulillah :)