Wednesday, November 06, 2013

~ TEATER MUZIKAL SUPERMOKH ~


 

 



SUPERMOKH. Itulah gelaran yang diberikan kepada lagenda bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari diatas sumbangannya mengharumkan nama negara melalui sukan bola sepak. Dengan jersi nombor sepuluhnya, pemain yang mewakili pasukan bola sepak Selangor dan kebangsaan ini menjadi pemain yang cukup disegani rakan dan lawan.
 
Merakamkan kebanggaan dan penghargaan kepada tokoh yang banyak berjasa ini, kisah hidup dan perjalanannya sebagai seorang pemain bola sepak negara di dikongsikan dalam naskah teater Supermokh Sebuah Muzikal.
 
Menampilkan Awie selaku teraju utama menangani watak Mokhtar Dahari, di samping Maya Karin sebagai isteri, Tengku Zarina. Awie tidak mengecewakan, sementara Maya juga sehabis baik memenuhi karektor yang dipertanggungjawabkan. Namun selain dua yang paling di depan ini, aku sangat-sangat menyukai persembahan lakonan Douglas Lim. Kemunculannya sangat mengesankan. Dia begitu menghidupkan suasana. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Douglas sendiri sememangnya seorang pemain dan pelawak yang sangat bagus.
 
Sesuatu yang menarik tentunya apabila Stadium Merdeka yang menjadi saksi sebahagian perjuangan Mokhtar Dahari di bawa ke pentas Istana Budaya. Penonton dibawa untuk merasai sendiri debaran dan pahit getir yang dilalui Mokhtar. Meski ia sebuah persembahan muzikal, teater yang diarahkan oleh Hans Isaac dan Harith Iskander ini tetap memberi kesannya yang tersendiri.
 
Namun paling mencuri tumpu, tentu sahaja pada segmen kemunculan penari yang menggunakan suit LED ketika membuat gerakan pada babak perlawanan akhir piala Malaysia ketika itu. Unsur kekaguman yang begitu terkesan dan yang pertama dalam pementasan teater.
 
Tahniah untuk seluruh team produksi. Untuk kamu yang ingin mengisi kesempatan yang menonton Supermokh, jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket di kaunter Box Office, Istana Budaya. Pementasan bermula hari ini sehingga 18 November 2013 ini.
 
[Ter-kenang P. Ramlee The Musical..]

No comments: