Friday, November 15, 2013

~ CERITA RAHANG DAN DAGU ~


KEMALANGAN. Rahangku patah dua. Tulang dagu juga patah tiga. Tanpa da pilihan, aku dihadapkan dengan satu pembedahan panjang di Pusat Perubatan Univeriti Malaya.
 
Untuk membetulkan rahang dan dagu yang patah, doktor memasukkan beberapa klip sepanjang 2cm dan skru kecil bersaiz 1cm. Aku kurang pasti berapa jumlahnya kerana aku tidak pernah mahu mengambil peduli tentang itu. Tetapi benda-benda asing ini hidup bersamaku selama beberapa tahun selepas kemalangan itu.
 
Setelah ia kembali pulih, sebahagian klip dan skru tersebut dikeluarkan. Satu demi satu dan setiap satunya itu berjarak jauh tempoh masanya. Aku kira yang paling akhir sebelum ini adalah yang penghabisan, rupa-rupanya aku silap.
 
Isnin lalu, bakinya dikeluarkan lagi. Kali ini, kesakitannya berlebih dari biasa. Rahang sebelah kiri seperti kejap. Sakit bukan kepalang saat aku membuka mulut, sama ada untuk bercakap, apatah lagi untuk makan. Sehingga hari ini, aku melalui kesukaran itu.
 
Kerana sakit, dan kerana takut.
 
Apa masih banyak lagi klip dan skru yang berbaki di wajahku ini? Apa ada lagi kesakitan baru yang harus aku hadap selepas ini?
 
[Esok, entah apa yang Tuhan rencana-kan..]

No comments: