Saturday, November 30, 2013

~ 48 SAJAK ~







TAJUK: 48 Sajak
KARYA: Aisyah Rais
CETAKAN: Pertama (Dis 2012) & Kedua (June 2013)
PENERBIT: Jargon Books
HALAMAN: 99
HARGA: RM20.00
[Larot..]

Friday, November 29, 2013

Thursday, November 28, 2013

~ MAKYUNG KESAKTIAN ANAK RAJA GONDANG ~


 

 
 
MAKYUNG berasal daripada perkataan 'Mak Hiang' yang membawa maksud semangat padi. Ia merupakan persembahan dramatari tradisional Melayu Kelantan yang menggabungkan elemen senitari, seni suara, lakon, lawak dan muzik.
 
Meski tidak begitu memahami dialog atau skrip yang ditutur secara sepenuhnya di dalam dialek Kelantan, aku tetap sentiasa asyik dengan persembahan dramatari tradisional yang satu ini. Seni itu dapat dirasa. Meski ia bukan tontonan buat pertama kali, keterujaan itu sentiasa ada.
 
Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang memberi hibur dengan caranya yang tersendiri. Tidak hanya pada si pemain, tetapi juga pada seluruh isi naskah yang bukan sebarang. Makyung tidak harus dilihat sebagai satu kesenian yang ketinggalan, sebaliknya satu warisan yang harus dipertahankan.
 
Semoga usaha  berterusan dilakukan untuk mengangkat keseniaan ini dan seterusnya kembali mempopularkannya di kalangan masyarakat baru hari ini.
 
[Rosnan Abd Rahman sentiasa dengan dedikasi-nya..]

Wednesday, November 27, 2013

Tuesday, November 26, 2013

~ TAHUN TUJUH ~

 
21 NOVEMBER yang lalu, ia memasuki tahun tujuh. Dan, buat pertama kalinya pada tahun ini, yakni tahun tujuh, aku lupa mengingat akan tarikh ini.
 
D, maafkan aku tidak menyebut kamu pada sampai tahun tujuh ini, lima hari lalu. Bukan kerana tiada lagi kamu di dalam hati, tetapi pada saat lima hari lalu itu aku berselirat simpul seratus yang membuat aku begitu melayan resah hati. 
 
Kamu tetap menjadi seseorang yang terbaik buatku. Semangatmu tetap ada dan aku pinjamkan untuk langkahku pada hari-hari baru selagi ada diberikan Tuhan.
 
Rindu. Dan, aku percaya bukan aku seorang yang merasa hal itu. Yang mampu pada kami, mengirimkan doa buatmu dengan penuh ikhlas hati. Semoga aman bersemadi di sana. Semoga tempatmu di kalangan hamba-Nya yang disayangi dan dicintai.
 
[Al-Fatihah buatmu sahabat.]

Monday, November 25, 2013

~ KONSERT KEMBARA MUZIKAL TEATER DAN FILEM ~




 

 

 

 

 

 


KONSERT Koir Kebangsaan Malaysia 2013: Kembara Muzikal Teater dan Filem yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), selama dua hari pada 23 dan 24 November 2013, ternyata berjaya menarik perhatian ramai penonton. Dan, aku menjadi sebahagian darinya.
 
Lain daripada persembahan sebelumnya, konsert kali ini menampilkan lagu ‘Mengadap Rebab’ yang cukup sinonim dengan persembahan Makyong sebagai simbolik kepada elemen buka panggung. Tiada lain, tentunya satu-satunya Pakyong, saudara Rosnan Rahman yang tampil mengambil peranan.
 
Persembahan yang berdurasi 90 minit ini seterusnya menyaksikan gabungan mantap Koir Kebangsaan Malaysia dan Koir Remaja Kebangsaan mendendangkan 19 buah lagu baru dan lama ini dengan pelbagai gaya dan ekspresi. Syafinaz Selamat selaku pengarah Vokal tentunya menjadi orang yang paling bekerja keras untuk memastikan kejayaan anak-anak buahnya ini.
 
Antara lagu-lagu yang dipersembahkan kepada penonton ialah ‘Pretty Woman’, ‘Listen’, ‘Phantom of Opera', 'Dont Cry Me Argentina', ‘Ombak Rindu’, ‘Pulangkan’, ‘Sedetik Lebih’ ‘Chiu Kan Tang Bue Bo’, ‘Balleilakka’ dan lain-lain.
 
Tahniah kepada seluruh yang terlibat, dan tentunya kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Kebudyaan dan Kesenian Negara.
 
[Mula meng-ikuti siri konsert Koir Kebangsaan Malaysia, semenjak tiga tahon lalu.. dan maseh tidak jemu..]

Sunday, November 24, 2013

~ EKSOTIKATA ~

 
 

BUAT julung-julung kalinya, satu acara yang mengumpulkan anak-anak seni mempersembahkan karya-karya kata mereka untuk kawan-kawan yang mereka suka selama kurang lebih 13 jam. Dari cerahnya matahari memberi izin sehingga kepada terangnya bulan memberi restu, perkarangan Rumah Pena menjadi saksi
 
Eksotikata.

Acara yang bermula seawal jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam itu  menyaksikan lebih kurang 60 orang peserta  dan kumpulan yang tampil membuat persembahan. Antara aktiviti yang diadakan ialah Plore atau marathon puisi, akustik dan persembahan seni serta jualan buku-buku alternatif.
 
Jujur, selain daripada menunggu bacaan puisi yang menjadi ketarikan utama aku, selalu yang paling aku mahu di acara seumpama ini adalah mencari buku-buku yang tidak di pasaran biasa atau lebih dikenali sebagai buku alternatif. Buku-buku yang mempunyai isi kandung yang berlebih biasa tentang soal hidup. Dan, setiap kali ke acara umpama ini, aku pasti tidak akan lupa untuk mencari sesuatu melalui tulisa-tulisan yang ada ini.
 
Hari ini, aku ditemukan kembali dengan hasil tulisan Rasyidah Othman. Selepas jatuh cinta dengan himpunan puisi 'Perempuan Yang patah Hati' kurang lebih dua tahun lalu, aku sentiasa mencari yang paling baru darinya. Dan, hari ini bertemu 'Toska', yakni buku keduanya. Dan, keterujaannya seperti eksotikata..
 
Kesempatan hanya menyebelahi aku pada sebelah malamnya. Pada segmen yang sentiasa lekat, Maskara. Entah berapa lama aku sudah mengikuti acara ini, aku sendiri kurang pasti. Cuma yang paling aku pasti, tidak pernah ada jemu.
 
Pada acara kali ini, aku begitu lekat dengan persembahan saudari Fazleena Hishamudin. Meski kerap menontonnya di pentas teater, ini merupakan kali aku melihatnya di pentas puisi. Bukan tidak tahu bakatnya juga pada dunia puisi seperti mana yang diterjemahkannya melalui 'Seksi Ovari', cuma kesempatan untuk mendengat bacaannya tidak pernah menyebelahi.
 
Empat puisi dipersembahkan Fazleena dengan penuh serapan. Namun, yang paling aku jatuh cinta pada puisi dua dan empatnya. Larut dan terkesan. Apatah lagi ungkapan-ungkapan jelasnya itu di sokong indah dengan alunan bunyi-bunyian dari lasykar pelanginya. Ternyata, bakat wanita ini bukan hanya biasa-biasa. Dia lebih kerana dia sememangnya punya lebih.
 
Turut tampil membuat persembahan puisi adalah Dr Ibrahim Ghaffar, Ladin Nuawi, Pyanhabib, Aloy Paradoks, Kerusi Sepi, Mohd Iwan dan Emirul Nedim (Monolog). Sementara Wani Ardy, Ijah Amran dan Jabatan Audio pula dengan rangkaian lagu-lagu hidup mereka.
 
Tahniah kepada Sindiket Sol-jah dan seluruh mereka yang terlibat dalam menjayakan dan menghidupkan acara kecil yang begitu besar impak isi kandungnya. Semoga terus menyumbang untuk suatu hal yang mampu memberi manfaat kepada semua.
 
[Be-berapa tahon menompang cherita di rumah pena..]

Saturday, November 23, 2013

~ TOSKA ~



TAJUK: Toska
KARYA: Rasyidah Othman
CETAKAN: Pertama (June 2012) & Kedua (June 2013)
PENERBIT: Jargon Books
HALAMAN: 106
HARGA: RM20.00
 
[Me-nyambong larot dengan tulesan ke-dua dari penules yang menules dengan hati-nya.. Rasyidah Othman..]

Friday, November 22, 2013

~ KESILAPAN ~



SETIAP orang melakukan kesilapan. Dan kita belajar setiap kali dari itu untuk menjadi lebih baik. Kesilapan adalah hal untuk kita memperbaiki diri. Tanpa kesilapan, kita tidak mungkin mampu menjadi manusia yang cukup dalam kehidupan.
 
 
Justeru, peluang kedua perlu. Sangat perlu.
Namun bagaimana mereka yang memilih untuk melakukan kesilapan yang sama secara berulangan? Mengharapkan peluang berterusan diberikan dengan perkataan maaf yang ditutur.  Dengan alasan, kemuliaan itu akan duduk kepada orang yang sentiasa terbuka untuk memberi kemaafan. 
Adil? Adilkah untuk dirinya sendiri  atau untuk diri sang yang memberi maaf?
Ya, tiada satupun manusia di dunia ini sempurna. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita sengaja memilih untuk melakukan kesilapan serupa yang berulangan.
 
[Ulangan, kadang-kala manis.. tetapi selalu-nya merosak-kan]

Thursday, November 21, 2013

~ CANTUM ~



BAGAIMANA kalau kamu mengetahui sesuatu yang tidak harus kamu tahu? Kamu mengetahui segalanya tentang seseorang itu, tanpa dia mengetahui yang kamu mengetahuinya.
 
Bukan sengaja mencari, tetapi kepingan puzzle itu datang satu demi satu membuat dekat. Semoga aku ini tetap menjadi aku. Dan, semoga Tuhan terus memelihara hatiku agar tidak punya dorongan untuk mengambil tahu suatu hal yang bukan di dalam lingkungan keperluanku.
 
[Hidop ni umpama roda yang ber-putar..]

Wednesday, November 20, 2013

~ SEPANTAS PILIHAN.. ~

 
AKU memberi pilih. Dan, kamu memilih yang kamu mahu. Aku yakin betapa tepatnya pilihanmu itu kerana kamu sedikitpun tidak mengambil masa untuk membuat fikir yang panjang. Kepercayaan kamu kepada pilihan yang dibuat itu mengatasi segala-segalanya. Melebihi aku. 
 
Itu pilihan kamu. Dan, itulah kamu yang sebenarnya yang aku kenal kurang lebih lapan tahun dulu.
 
[Se-moga ber-hasil baek..]

Tuesday, November 19, 2013

~ LELAKI SCORPIO PALING SEDERHANA ~



"Sederhana, tapi menjadi hal yang cukup manis. Asal saja ia mampu membuat kamu senyum, dan aku juga senang, kita tidak perlu menjadi orang lain, dan mengingin hal seperti orang lain.."
 
19 NOVEMBER. Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran wahai lelaki sepet. Mudah-mudahan kamu menjadi yang lebih baik daripada semalam lalu yang aku kenal. Dan, semoga mimpi datang ke riba, seperti kau mahu.
 
Aku mungkin tidak banyak bercerita tentang lelaki sepet yang seorang ini di sini. Terlalu kurang dibandingkan dengan cerita lain seputar kehidupanku. Bukan kerana tidak pentingnya dia, cuma cerita tentangnya lebih banyak tertulis di hati.
 
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan LKH
Allah selamatkan kamu..

[Tutur kamu pada deretan jam tadi, mem-buat banyak soalan yang ter-bina..]

Monday, November 18, 2013

~ DAN, AKU PASTI DATANG ~



DIA masih orang yang sama. Masih dengan hal-hal kesukaan dan kebiasaan pujuk serupa semenjak dulu, sehinggalah sekarang.
 
Setelah lama sosoknya tidak kelihatan di tanah air, kini dia pulang sementara untuk mengubat rindu. Pada ruang yang ada, kami mengadap secawan mocha. Hal yang mesti untuk kami semenjak dulu. Biar matahari bertemu bulan, kami enak-enak sahaja tanpa resah. Selalu kami saling terhibur dengan hanya cerita. Ya, dengan hanya cerita.
 
Sahabat ini antara yang paling mengerti. Paling kalis mengadap karenah canggung aku. Disebab itu barangkali, aku juga sanggup dan mudah menerima canggung dia dengan begitu rela hati.
 
Saat aku melayan rajuk dan menjadi bisu untuk satu hal penentangan, dia sering mampu mematah. Menunggu untuk secawan mocha demi membuat pulih, meski tidak diperolehi angguk dari aku. Kerana dia tahu, aku pasti tidak akan pernah membiarkan dia atau sesiapa sahaja menunggu begitu meski bagaimana berat rajuk atau marah sekalipun aku.
 
Dan, semalam dia melaku hal yang serupa. Menunggu, kerana dia tahu aku pasti datang. 
 
Sahabat, semoga kamu memperoleh apa yang dicari di benua sana itu. Mudah-mudahan ia mampu memberi manfaat kepada hari-harimu kelak, juga mereka yang berkeliling. Entah berapa lama masih berbaki, namun aku harap waktu itu pendek dan kamu kembali ke tanah air tanpa perlu pergi lagi.
 
[Kurang lebeh kamu, men-jadi kurang lebeh aku.. Kerana itu kamu kita mampu men-jadi sahabat yang peling meng-erti..]

Sunday, November 17, 2013

~ PADA SEBUAH ANALOGI ~


 
[Dan, suatu nilai yang tidak ter-nilai, persahabatan]

Saturday, November 16, 2013

~ BIOGRAFI SYED MOKHTAR ALBUKHARY ~

 
TAJUK: Biografi Syed Mokhtar Albukhary
TULISAN: Premilla Mohanlall
CETAKAN: Pertama - 2012)
PENERBIT: PVM Communications Sdn Bhd
HALAMAN: 200
HARGA: RM19.90
** Syed Mokhtar AlBukhary merupakan antara hartawan yang terkenal di Malaysia.
[Me-minjam cherita kehidopan..]

Friday, November 15, 2013

~ CERITA RAHANG DAN DAGU ~


KEMALANGAN. Rahangku patah dua. Tulang dagu juga patah tiga. Tanpa da pilihan, aku dihadapkan dengan satu pembedahan panjang di Pusat Perubatan Univeriti Malaya.
 
Untuk membetulkan rahang dan dagu yang patah, doktor memasukkan beberapa klip sepanjang 2cm dan skru kecil bersaiz 1cm. Aku kurang pasti berapa jumlahnya kerana aku tidak pernah mahu mengambil peduli tentang itu. Tetapi benda-benda asing ini hidup bersamaku selama beberapa tahun selepas kemalangan itu.
 
Setelah ia kembali pulih, sebahagian klip dan skru tersebut dikeluarkan. Satu demi satu dan setiap satunya itu berjarak jauh tempoh masanya. Aku kira yang paling akhir sebelum ini adalah yang penghabisan, rupa-rupanya aku silap.
 
Isnin lalu, bakinya dikeluarkan lagi. Kali ini, kesakitannya berlebih dari biasa. Rahang sebelah kiri seperti kejap. Sakit bukan kepalang saat aku membuka mulut, sama ada untuk bercakap, apatah lagi untuk makan. Sehingga hari ini, aku melalui kesukaran itu.
 
Kerana sakit, dan kerana takut.
 
Apa masih banyak lagi klip dan skru yang berbaki di wajahku ini? Apa ada lagi kesakitan baru yang harus aku hadap selepas ini?
 
[Esok, entah apa yang Tuhan rencana-kan..]

Thursday, November 14, 2013

~ WAJAH ~


 
[Aku mungkin me-warisi wajah ibu, tetapi sikap dan cara pemikiran, sangat ayah..]

Wednesday, November 13, 2013

~ SOAL ADIL ~



SETIAP hukuman yang diberikan kepada seseorang, seharusnya dijelaskan sebab dan alasannya agar yang empunya diri tahu apa kesalahannya. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang canggung pada tingkah atau pekerjaannya. Justeru, mungkin pada masa akan datang kesalahan itu tidak akan berulang lagi dan segala hal yang canggung itu dapat diperbaiki.
 
Adalah tidak adil untuknya dihukum atau dinilai tanpa mengetahui pokok pangkalnya. Malah dia mungkin tidak sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin akan terus melakukan kesalahan yang serupa pada masa akan datang.
 
Hari ini, aku menumpang rasa terkilan. Seorang rakan ini ditukarkan skop tugasan oleh ketua di jabatannya pada situasi yang aku nyatakan di atas. Satu tindakan yang cukup tidak adil. Sedang orang lain bercakap tentang sebab kenapa ditukarkan skop tugasan itu, dia sendiri tidak pernah tahu.
 
Malah dia juga tidak pernah tahu adanya kesalahan atau ketidakberhasilan sempurna tugasan yang diberikan kepadanya sebelum ini. Manakan tidak, sang ketua tidak pernah memberi teguran tentang kesalahannya itu. Lalu dia menganggap hasil kerjanya sempurna seperti mana yang dimahukan.
 
Dan, aku kira sehingga hari ini dia masih juga belum tahu. Mudah-mudahan sang ketuanya itu berlaku adil kepadanya.
 
[Tidak yang seluruhnya hitam, dan begitu juga putihnya..]

Tuesday, November 12, 2013

~ FILEM BIOGRAFI PUTERI DIANA ~




 
 
 

 

 

 
 
 
PUTERI DIANA. Aku kira seluruh dunia mengenalinya. Mengenali dia sebagai wanita paling bertuah, paling cantik, paling digilai, paling diburu, paling pemurah, paling bersahaja dan segala paling yang indah-indah. Tidak hanya indah di tanah tumpah darahnya, England, tetapi juga di seluruh bahagian dunia lainnya.
 
Namun sebalik itu, tiada siapa yang tahu tentang derita jiwanya, tentang pergolakan hidupnya, tentang sunyi dirinya, tentang kekecewaan hatinya, tentang kekusutan jiwanya, tentang kepura-puraannya, tentang kekangan waktunya, tentang halangan langkahnya dan segala tentang yang meranapkan senyum manisnya. Tidak ada yang tahu, melainkan dirinya.
 
Berita kematian Puteri Diana atau nama sebenarnya Diana Frances pada 31 Ogos 1997 dalam satu kemalangan ngeri di Paris bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Dodi Al Fayed cukup menggemparkan dunia. Pelbagai spekulasi, pelbagai andaian, tekaan, tuduhan dan segala puzzle disusun untuk mencuri tahu apakah yang sebenarnya berlaku kepada wanita kesayangan dunia ini. Namun sehingga hari ini, tiada siapa yang tahu akan kebenarannya.
 
Diana yang meninggal dunia ketika berusia 36 tahun ini pernah berkahwin dengan Putera Charles pada tahun 1981 dan bercerai lima belas tahun kemudiannya (1996) angkara wujud orang ketiga. Dalam perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Putera William (berkahwin Kate Middleton) dan Putera Harry.
 
Mulai 7 November lalu, sebuah filem biografi yang menceritakan tentang beliau ditayangkan kepada umum. Dan, hari ini aku bertemu kesempatan untuk menonton filem yang memberi kepercayaan kepada Naomi Watts sebagai teraju utama ini.
 
Aku tidak berminat untuk membicarakan soal teknikal atau soal persembahannya secara terperinci. Cuma aku yang tidak terlalu tahu tentang Puteri Diana ini dapat meminjam sesuatu daripada cerita kehidupannya. Umpama membelek buku catatan tentang kisah hidupnya. Tidak secara seluruh, tetapi sekurang-kurangnya pada bahagian kasar dari Diana.
 
Aku tahu sesuatu yang aku tidak pernah tahu tentangnya sebelum ini (dan mungkin juga sebahagian penonton lain yang turun ada di dalam panggung sebentar tadi). Dan naskahnya meminjamkan sedikit cerita. Mungkin ia hanya sebahagian kecil daripada cerita kehidupan Diana, namun ia berjaya mencantumkan puzzle sekurang-kurangnya. Aku percaya banyak kebenaran yang mungkin tidak dibenarkan untuk didedahkan di layar atas pelbagai sebab dan kekangan.
 
Pun begitu, filem biografi Diana berbaloi untuk ditonton.
 
Ironi. Bila mana mendengar lagu Nimme Quitte Pass (Nina Simone) berkumandang penuh gelora pada salah satu babak romantik Diana dan kekasihnya, Dr Hasnat Khan. Benar-benar tersentuh dengan lagu tersebut.  Ia juga menjawab, siapa sebenarnya yang benar-benar mengisi jiwa Diana ketika itu.
 
Naomi Watts cemerlang dengan persembahannya. Fizikalnya dibentuk saling tidak tumpah seperti Diana. Aku percaya mereka yang pernah dekat dengan Diana semasa hayatnya pasti akan begitu terasa  melihat penampilan Naomi. Nampak jelas usaha yang dilakukan oleh Naomi untuk menjayakan watak dan karektornya ini dengan sebaiknya..   
 
[Genre biografi masih bukan pilihan penonton Malaysia.. dan, filem sebegini meng-ingatkan aku kepada sahabat june]

Monday, November 11, 2013

~ ESOK BARANGKALI.. ~



ADA sedikit bicara. Namun tidak mampu menampung luka hati yang rajuk. Ada sedikit pujuk. Namun belum mampu melebar senyum menutup cerita pedih. Esok barangkali.. 
 
Sabarlah hati.
 
[Belom pernah melepas-kan buku milik secara semborono.. dan, hari ini..]

Sunday, November 10, 2013

~ SANDIWARA CINTA ~

 
 
SANDIWARA CINTA
by republik
 

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan
Kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa
Aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

[Memang aku tak mengapa..]

Saturday, November 09, 2013

~ KAU CIPTA KASIH ~


 
 
TAJUK: Kau Cipta Kasih
KARYA: Azilah Wahab
CETAKAN: Pertama - 2010
PENERBIT: Alaf 21 Sdn Bhd
HALAMAN: 398
HARGA: RM16.00
 “Berdoalah untuk kebahagiaan kerana bahagia itu milik semua…”

[Tuhan lebeh tahu..]

Friday, November 08, 2013

~ SERASI ~

 
 
"Tak baik bergaduh, nanti masuk api neraka.."
 
ITU kata-kata yang sering diucapkan kala aku berkongsi cerita tentang suatu hal koyak tampal dengannya. Dia sering menjadi pendengar yang paling istimewa buat aku. Setiap lain riak dan bicara aku tutur, dia sering dapat membaca. Justeru, aku sering memutus untuk tidak berahsia dengannya.
 
Dia yang menjadi teman yang paling mengerti ini adalah si kecil yang bakal menginjak keusia enam tahun beberapa bulan lagi. Si kecil yang paling ada di dalam hatiku setiap ketika bernafas. Sungguh, tidak banyak persamaan kami, kata kakak yang juga ibunya, si kecil ini serasi membuat dekat denganku.
 
Meski usianya hanya sekecil itu,. aku sering melayannya umpama orang dewasa. Bercakap dan bercerita dengannya seperti dia mengerti segala hal dunia. Dia suka memberikan pendapat menurut fikiran dunia kecilnya. Aku mengambil kira meski sesekali lucu dengan keletahnya.
 
Paling manis, dia suka duduk disebelah kala aku menghabiskan bacaan. Meski tidak dimengerti isi bacaan, dia sering mahu bertanya tentangnya. Mahu tahu apa yang sedang aku hadam.
 
Sebentar tadi, kami punya kesempatan untuk duduk mengisi keluangan. Dia tiba-tiba bertanyakan tentang koyak tampalku. Bertanya kerana mungkin sudah lama tidak mendengar aku bercerita tentang seorang sahabat ini yang sering sahaja dia anggap sebagai kenalannya juga. 
 
Bagai biasa aku tidak berselindung. Bercerita untuk tahunya, untuk dia tidak mengulang soalan serupa. Meski tidak semua yang dia sebelahkan aku, si kecil ini seorang yang sering mahu mendengar baik dan begitu memahami.
 
"Nak pergi tengok monyet ker? Adik boleh teman.."
 
[Dan, dia ada-lah cucu paling kesayangan ayah..]

Thursday, November 07, 2013

~ KATAKAN TIDAK ~



SIKAP tidak menepati masa dan masuk lewat ke panggung menonton masih lagi menjadi 'budaya' sebahagian besar penonton Malaysia. Tidak hanya di panggung-panggung kecil dan sederhana, tetapi ia juga berlaku di panggung gah, Istana Budaya.
 
Sikap sebegitu tentunya menjadi suatu hal yang sangat menjengkelkan. Ia secara tidak langsung juga menunjukkan betapa mereka tidak menghormati persembahan seni yang sedang berlangsung. Malah tidak juga menghormati para penonton lain yang terpaksa mengalihkan tumpu kerana gangguan-gangguan yang mereka berikan ketika mencari tempat duduk.
 
Aku kira, sudah tiba masanya kita bertegas dalam soal ini agar 'budaya' ini tidak terus-terus berkembang atnpa ada sedikit rasa canggung. Contohi bagaimana industri luar negara yang begitu menitik-berat akan soal ini.
 
Siapa yang tidak menepati masa dan lewat daripada waktu yang sepatutnya, mereka tidak harus dibenarkan memasuki panggung meskipun membeli tiket kelas pertama. Pintu harus ditutup. Paling penting, ia tidak terkecuali kepada sesiapapun.
 
Dengan ketegasan yang begini, ia tentunya dapat mendidik mereka supaya lebih berdisiplin. Mungkin pada awal amalannya akan mendapat rungutan dan tentangan, tetapi percayalah ia mengubah 'budaya' negatif  yang menjadi amalan mereka selama ini.
 
[Dewan Filharmonik Petronas..]

Wednesday, November 06, 2013

~ TEATER MUZIKAL SUPERMOKH ~


 

 



SUPERMOKH. Itulah gelaran yang diberikan kepada lagenda bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari diatas sumbangannya mengharumkan nama negara melalui sukan bola sepak. Dengan jersi nombor sepuluhnya, pemain yang mewakili pasukan bola sepak Selangor dan kebangsaan ini menjadi pemain yang cukup disegani rakan dan lawan.
 
Merakamkan kebanggaan dan penghargaan kepada tokoh yang banyak berjasa ini, kisah hidup dan perjalanannya sebagai seorang pemain bola sepak negara di dikongsikan dalam naskah teater Supermokh Sebuah Muzikal.
 
Menampilkan Awie selaku teraju utama menangani watak Mokhtar Dahari, di samping Maya Karin sebagai isteri, Tengku Zarina. Awie tidak mengecewakan, sementara Maya juga sehabis baik memenuhi karektor yang dipertanggungjawabkan. Namun selain dua yang paling di depan ini, aku sangat-sangat menyukai persembahan lakonan Douglas Lim. Kemunculannya sangat mengesankan. Dia begitu menghidupkan suasana. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Douglas sendiri sememangnya seorang pemain dan pelawak yang sangat bagus.
 
Sesuatu yang menarik tentunya apabila Stadium Merdeka yang menjadi saksi sebahagian perjuangan Mokhtar Dahari di bawa ke pentas Istana Budaya. Penonton dibawa untuk merasai sendiri debaran dan pahit getir yang dilalui Mokhtar. Meski ia sebuah persembahan muzikal, teater yang diarahkan oleh Hans Isaac dan Harith Iskander ini tetap memberi kesannya yang tersendiri.
 
Namun paling mencuri tumpu, tentu sahaja pada segmen kemunculan penari yang menggunakan suit LED ketika membuat gerakan pada babak perlawanan akhir piala Malaysia ketika itu. Unsur kekaguman yang begitu terkesan dan yang pertama dalam pementasan teater.
 
Tahniah untuk seluruh team produksi. Untuk kamu yang ingin mengisi kesempatan yang menonton Supermokh, jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket di kaunter Box Office, Istana Budaya. Pementasan bermula hari ini sehingga 18 November 2013 ini.
 
[Ter-kenang P. Ramlee The Musical..]

Tuesday, November 05, 2013

~ PERMULAAN 1435H ~

 
1 MUHARAM detik permulaan. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1435 kepada seluruh umat Islam seluruhnya.
 
Mudah-mudahan pada tahun baru ini, ada permulaan baru di dalam hidup kita. Menjadikan kita lebih baik dari hari semalam. Tidak kira sebanyak mana, sekurang-kurang ada pembaharuan atau perubahan yang kita lakukan untuk diri.
 
Begitu pada diri, terlalu banyak hal yang canggung dan merosakkan terjadi kepadaku dalam setahun hijrah yang lalu. Justeru, aku mengharapkan agar dibersihkan hati ini untuk merobah hal-hal yang menyumbang kepada ranap diri.
 
[Buku yang paling baru..]

Monday, November 04, 2013

~ LASYKAR PELANGI ~

 
 
LASYKAR PELANGI
by nidji
 
Mimpi adalah kunci
Untuk kita menakhlukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya
 
Laskar pelangi
Tak kan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa
 
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya…
 
Cinta kepada hidup
Nemberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita
 
Laskar pelangi
Tak kan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi
 
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
 
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Selamanya...
Selamanya...
 
[Esok yang paling rahsia.]

Sunday, November 03, 2013

~ RAHSIA TUHAN ~

 
KALAU memang jodoh itu milik kita, insya-Allah ke sanalah kita. Tetapi seandainya memang kita ditentukan hanya untuk bertemu, saling mengenali, menjadi sebahagian di hati dan kemudiannya di halakan kepada perjalanan lain, siapa kita untuk menolak takdir itu.
 
Senyap. Aku senyap, dan lelaki sepet itu juga turut senyap.
 
Hari ini kami menghadiri majlis perkahwinan rakan sepekerjaannya yang bertemu jodoh hanya selepas dua bulan saling mengenali.
 
[Terima kaseh kerana merai-kan hari tumboh nyawa-ku dengan hal yang paling sederhana, tetapi manis..]

Saturday, November 02, 2013

~ HOT GIMMICK ~

 
TAJUK: Hot Gimmick
KARYA: Shasfa Al-Yahya
CETAKAN: Pertama - November 2009
PENERBIT: Kaki Novel Enterprise Sdn Bhd
HALAMAN: 549
HARGA: RM19.90

 
 “Tegarkah dia meneruskan pembohongan disebabkan Hanis Humaira’ yang dahagakan kasih sayang seorang insan yang bergelar abang? Dapatkah dia berhadapan dengan diri Hariz sekarang, sedangkan kenangan Ayez pada masa silamnya bagaikan berputar di segenap benaknya? Apakah kisah silam yang tersembunyi di antara mereka berdua?
[Dan, semalam..]

Friday, November 01, 2013

~ TINGKAT 42, MENARA DUA ~


 
 
HARI ini, aku berada di tingkat 42, menara dua, KLCC. Dan, pada kali terakhir beberapa tahun dulu. Tahun-tahun ketika masih ada seseorang di dalam hidupku di menara dua ini.
 
Berlalu.
 
Cerita manis dan pahit itu telah lama berlalu. Namun mana mungkin terkubur mudah dari ingatan bukan? Lalu saat memanjat menara tertinggi negara yang juga menjadi menara kebanggaanku ini, perasaan berbaur. Memori bersama lelaki itu dulu bergantian mengisi ingatan.
 
Berlalu.
 
[Jodoh itu rahsia Allah..]