Saturday, September 07, 2013

~ MENELUSURI TASIK BERSIMBAH NEON ~







 
PADA sebuah kesempatan yang tidak dirancang-rancang, aku mengisi pelawaaan menelusuri tasik indah Putrajaya yang bersimbah neon penuh asyik. Kalau mengikut peraturan biasa, bot yang dinaiki itu tidak sepatut beroperasi lagi pada ketika jarum jam menunjuk pada angka 11.40 malam.
 
Namun, siapa sahaja yang tidak sukakan sesuatu yang luar pada hal yang biasa? Dan, kamu turut sama mengangguk untuk sebuah kesempatan melepas tekanan yang bersimpul seratus sepanjang minggu ini.
 
Dan, luar biasa larut pada keindahan malam yang bersimbah cahaya neon itu. Sungguh.
 
[Cherita di-tasek naga kembali segar..]

No comments: