Saturday, August 31, 2013

~ TANGGAL TIGA PULUH SATU ~


 
MENGISI sambutan merdeka lima puluh enam dengan hal-hal yang perkasa. Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Tugu Negara pada tanggal keramat ini. Perasaan dan semangatnya luar biasa, jauh dengan mahu selalu.
 
Dan, pada kesempatan yang serupa 'Tanda Putera' turut menjadi agenda. Mengenal sang tokoh yang banyak menyumbang kepada sejahtera kita hari ini. Inspirasinya, dan rasa hormat yang terberi.
 
Al-Fatihah untok seluroh pejuang negara.

[Tidak kerana percikan bunga api...]

Friday, August 30, 2013

~ MERDEKA LIMA PULUH ENAM ~

 
MALAYSIAKU berdaulat, tanah tumpahnya darahku... Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-56. Semoga negara kekal aman makmur dan maju jaya. Insya-Allah merdeka kita dari segala penjajahan minda dan fizikal.
 
Meraikan hari kebanggaan ni bersama teman-teman di lantai pekerjaan. Kami terikat dengan dengan kerja-kerja yang punya tarikh mati. Pun begitu, semangat dan rasa cinta tetap berkobar mengisi diri.
 
[Merdeka!]

Thursday, August 29, 2013

~ SEPERTI JALAN AMPANG ~

 
KOREK-tampal, korek tampal. Seperti jalan Ampang. Meski itu, aku masih memilih jalan itu sehari-hari. Masih.
 
[Per-sahabatan]

Sunday, August 25, 2013

~ CERITA DI PENTAS ~

 
DUNIA kecil ini kembali menemukan kami. Dalam kematangan yang berbeza, persekitaran dan juga kelebihan yang berbeza.
 
Pada suatu ketika saat kami masing-masing masih menyarung seragam biru putih, dunia puisi menjadi hal yang begitu dekat. Malah, kami beberapa kali berdiri di pentas yang sama membuat deklamasi mengikut mahu diri. 
 
Hari ini, kami ditakdirkan bertentang mata. Dan, cerita manis di alam belasan tahun itu menerjah satu demi satu. Kalaulah masa itu mampu dikembalikan.
 
Sahabat ini masih dengan dunia puisinya. Malah dia terbilang dengan pencapaiannya. Dia kekal dengan mahunya meski pada dunia yang pesat hari ini siapa mahu peduli lagi akan nafas  puisi.
 
Dan, aku...
 
[1001 cherita..]

Saturday, August 24, 2013

~ SELAMAT MALAM KEKASIH ~

 
TAJUK: Selamat Malam Kekasih
KARYA: Aina Emir
CETAKAN: Pertama (2010 & 2011), Kedua (2012) & Ketiga (2013)
PENERBIT: Karna Dya Solution Sdn Bhd
HALAMAN: 568
HARGA: RM23.90
[Me-mileh mimpi...]

 

Friday, August 23, 2013

~ DAN, LELAH ~

 
HARI ini kami meraikan pasangan pengantin baru yang telah ditentukan jodoh oleh Tuhan dengan situasi yang begitu manis. Mudah-mudahan mereka kekal berbahagia sehingga ke Jannah. 
 
Aku mengaminkan doa untuk mereka di suatu sudut. Dalam ketika yang sama turut mengharapkan agar jodohku tertulis dalam situasi yang manis juga. Manis di sisi lelaki sepet yang masih menumpahkan kesetiaan itu.
 
Ironinya, semenjak kejadian berat dilalui aku beberapa bulan terkebelakang ini, yang manis-manis itu seperti tidak mahu membuat dekat. Aku seperti lelah dan kalah pada suatu hal yang begitu keras aku pertahankan selama ini.
 
Justeru, lihatlah aku sebagaimana kamu mahu melihat aku.

[Kalau-lah kita mampu me-lehat pada soal yang akhir-nya..]

Thursday, August 22, 2013

~ PELUANG KEDUA ~

 
SAHABAT yang gelarnya genius dan lelaki yang pernah menjadi sejarah dalam hidupnya. Bertemu mata.  
 
Aku tidak tahu banyak, tetapi aku agak tahu. Aku tidak faham banyak, tetapi aku tetap faham. Tidak disebelah mana-mana kerana aku yakin hanya mereka berdua sahaja yang mampu memilih.
 
Aku cuma punya doa, kalaulah mereka kembali mengutip cinta. Kalaulah yang lompong-lompong dulu mampu diperbaik isi. Kalaulah yang keras-keras itu mampu dilembutkan. Dan, kalaulah peluang kedua itu dijelas-jelas duduknya...
 
Tuhan lebih tahu.
 
[Sa-bahagian rasa...]  

Wednesday, August 21, 2013

~ REMEMBER MY NAME ~



REMEMBER MAY NAME
by yuna
 
I am sensed a storm is coming
Yhey calling me out to play
Got a feeling i'm gonna win it
They think that i don't have game

I know before I've had a few falls
I've got dirt all of my face
Baby today i'm gonna win it
You gonna remember my name
You gonna remember my name
You gonna remember my name
I've got a feeling
You gonna remember my name


Are you gonna bring me down
Trying to bring me down again
Are you gonna bring me down
Trying to bring me down again
(I know) 7x
You gonna remember my name

I am sensed a storm is coming
They calling you out to play
And when you can feel
Your heart is racing
You keeping up with the pace

And even though you have failed before
You know you will find the way
Baby today you gonna win it
They gonna remember your name
They gonna remember your name

You gonna remember my name
I've got a feeling
You gonna remember my name
 
[Maseh orang yang sama..]

Tuesday, August 20, 2013

~ MEMANGGIL KEMBALI KEBIASAAN ~

 
PADA sebuah senyum, mahupun secarik luka... sering mudah aku membuat luah pada bait susun yang dikata puisi. Tidak pernah terlalu indah, tetapi aku senang melakukan begitu untuk melepaskan rasa yang ada nun di dalam sana.
 
Lama aku tinggalkan kebiasaan itu.
 
Dan, semenjak akhir-akhir ini, aku kembali rindu untuk melakukan itu. Rindu. Dan, hanya melalui itu aku benar-benar rasa senang untuk segala rasa. Tanpa curiga, tanpa gemuruh, tanpa pengkhianatan.
 
Terpaling indah, bila merah itu dibaca dengan merahnya.

[Meng-hafal hamper keseluroh 'Perempuan Yang Patah Hati' karya Rasyidah Othman..]

Monday, August 19, 2013

Friday, August 16, 2013

~ PENGHAPUS DOSA ~



BEBERAPA pertama untuk kali Syawal kali ini. Dan, aku terima dengan berlapang dada. Petang pertama Syawal sehingga Syawal semalam, keadaan kesihatan agak melelahkan. Diuji dengan sakit yang bukan sedikit dan terlantar tanpa menyedar apa yang berlaku pada sekitar hidup.
 
Maafkan aku ibu, membuat kamu bergemuruh. Maafkan aku kerana tidak tahu menjaga diri sendiri dan pada akhirnya terpaksa menyusahkan kudratmu. Kudrat yang sedia bersimpul seratus dek kehilangan sang kesayangan kami kurang lebih 50 hari yang lalu.
 
Apapun, alhamdulillah hari ini terpulih sedikit demi sedikit. Semoga segera pada senyum asal, agar wajah ibu tidak berkerut kebimbangan lagi. Mohon Tuhan, mohon...
 
[Untok ibu.. hanya kerana ibu..]

Saturday, August 10, 2013

~ RE: TANGERIN & NIKOTIN ~



 

 
TAJUK: Re: Tangerin & Nikotin
KARYA: Mimi Morticia
CETAKAN: Pertama (2013)
PENERBIT: Sang Freud Press
HALAMAN: 165
HARGA: RM20.00

“Bahkan fikiran tentang pandangmu melelehkan jantungku. Bayangkan.. bayangkan betapa kau telah merosakkan aku sehingga aku tidak sesuai lagi didiami orang lain..”
 
[Maseh dengan mahu]

Friday, August 09, 2013

~ PUSARA AYAH ~

 
AL FATIHAH... Semoga ayah tenang bersemadi di sana. Mudah-mudahan juga ayah mendengar doa dan rindu kami semua.
 
Pada Syawal kali ini, pertama kali rutin Aidilfitri kami berubah. Menziarah pusara ayah menjadi hal yang terpaling buat kami. Pertama kali dengan perasaan yang begini. Dan, setelah 47 hari ayah meninggalkan kami, pada hari ini ibu buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke pusara ayah. Alhamdulillah, hati ibu terpulih dan perlahan-lahan menerima kenyataan.
 
Terima kasih Tuhan.
 
[Kemboja...]

Thursday, August 08, 2013

~ PERTAMA KAMI TANPANYA ~



SELAMAT 1 SYAWAL... Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Tuhan terus memberkati dan memberikan yang terbaik buat semua.
 
Dan, jauh di sudut hati aku, dan disudut hati kami sekeluarga... betapa berdebarnya menanti hari ini. Yaa, hari yang tidak pernah kami lalui dan raikan tanpa seorang lelaki bernama ayah. Dan, hari ni bakal menjadi yang pertama. 
 
Selamat Hari Raya ayah.
Mohon dihalalkan segala yang pernah terberi. Mohon diampunkan segala dosaku yang pernah ada denganmu. Percayalah, kasih sayang ayah tetap terpatri di hati kami selamanya. Selamanya selagi hayat dikandung badan dan insyallah, membawa ke syurga.
 
[Syawal per-tama, dan per-tama kami tanpa-nya..]

Wednesday, August 07, 2013

~ KALAULAH... ~



JAM 3.30 pagi, aku meninggalkan hiruk pikuk kota untuk pulang ke kampung halaman nun di pantai timur semenanjung tanah air. Tuhan mengizinkan kelancaran dan alhamdulillah kami tiba bersambut wajah ibu lima jam kemudiannya.
 
Kami sudah hilang tonggak, dan segalanya berubah.
 
Tanpa sempat melepas lelah memandu tanpa henti seawal pagi tadi, aku bergegas untuk menyempurnakan keperluan yang harus ada untuk Aidilfitri esok. Tanggungjawab beralih ke bahuku sepenuhnya apabila kakak dan abang terikat dengan komitmen di lantai pekerjaan mereka dan hanya akan pulang beraya pada Syawal empat dan lima.
 
Kudrat yang sekerat ini...
 
Aku melakukan untuk ibu. Semata-mata untuk ibu. Dan, saat jari-jari bercerita di sini.. hanya Tuhan yang tahu situasi diri.
 
Kalaulah ayah ada..
 
[Lepas..]

Monday, August 05, 2013

~ BERSELIRAT ~


DAN, inilah yang tidak mahu aku lalui. Serabut seratus kerana hal semalam sehingga mengganggu segala tumpu untuk aku melakukan hal selainnya. Sepanjang hari membuat diam sehingga dilihat jelas mereka yang berkeliling.

Lalu, sepanjang hari aku menyelinap ke unta hitam mencari tenteram.

[Drama-nya sama dan tetap sama sampai bila-2]

Sunday, August 04, 2013

~ CEMETI KEMBALI MELIBAS HATI ~


LAGI. Dan cemeti kembali melibas hati. Hanya untuk suatu hal pembacaan salah yang pada akhirnya membawa kepada marak amarah. Dan, tidak ada perlunya aku berdiri membela diri. Biarlah dilepaskan semua apa yang mahu difikirnya tentang aku. Biarlah andai itu dikatakan sememang layak dihadap aku.

Kata bahasa yang tajam menusuk dalam. Dan, aku telan dengan penuh rasa kelat. Mungkin itulah penghargaannya barangkali. 

Cuma, apa berbaloi untuk hal seperti itu? Apa berbaloi aku menjadi tukaran? Sangkaku, yang dulu-dulu itu tidak terulang lagi.. dan, rupa-rupanya aku salah.

Doa kesejahteraan buat kamu sahabat.

[Sabar-lah hati.. ]

Saturday, August 03, 2013

~ LELAKI VERSI DIA ~




TAJUK: Lelaki Versi Dia
KARYA: Aireen Aryana
CETAKAN: Ketiga (April 2013)
PENERBIT: Kaki Novel Sdn Bhd
HALAMAN: 425
HARGA: RM19.00
“Dia yang kusut. Dia yang serabut. Dia yang membuat hatiku terpaut..”

[Me-lehat..]
 


 
 

Friday, August 02, 2013

~ PENGHORMATAN ~


 
ORANGNYA sederhana, ramah dan sangat merendah diri. Jarang sekali aku berbual dengannya. Bukan kerana statusnya sebagai pencuci di lantai pekerjaan kami, tetapi kerana aku sememangnya paling dikenal sebagai seorang yang 'bisu' di lantai pekerjaan ini. Namun, wanita separuh abad sebaya ibu itu sering sahaja mahu menyapa. Paling tidak memberikan senyum.

Mereka yang berkeliling tidak begitu mengambil pusing tentang kehadirannya. Entah kerana statusnya, entah kerana tidak bertemu kesempatan yang baik dan entah apa alasannya mungkin.

Suatu hari, aku bertembung wanita separuh abad ini di lapang parkir. Dia memandu kereta yang langsung tidak menggambarkan statusnya di lantai pekerjaan kami. Sewaktu bertembung, dia tetap dia yang aku kenal sebelumnya.

Cerita itu aku simpan sendiri, sehinggalah beberapa bulan kemudian, rakan-rakan lain pula bercerita soal yang sama. Kali ini dengan kereta mewah lain. Lalu wanita separuh abad ini tiba-tiba menjadi istimewa di mata ramai orang.

Aku hanya senyum.

Begitu lumrah kehidupan hari ini, penghormatan diberikan berdasarkan kebendaaan. Selama ini, tiada siapa yang punya kesempatan untuk bersapa dengan wanita itu berbanding selepas status benarnya diketahui orang.

Khabarnya, wanita separuh abad ini bukan sembarangan orang. Dia orang yang serba punya, malah mungkin jauh lebih punya daripada mereka yang berada di kerusi-kerusi tinggi yang ada di lantai pekerjaan kami ini. Dia mungkin ada alasannya sendiri kenapa dia memilih untuk menjadi pencuci di lantai pekerjaan kami ini. Dan, itu cerita lain.

Kagum. Tidak hanya kerana kesanggupannya yang menentang kebiasaan itu, tetapi juga kerana sikap rendah diri dan hormat yang cukup tinggi ada dalam dirinya.

Lalu, belajarlah. Jangan memandang orang lain hanya pada pandangan kebendaaan semata-mata.

[Tiada yang luak..]

Thursday, August 01, 2013