Friday, May 31, 2013

~ KESEPARUH FASA KEDUA ~

 
HARI terakhir untuk Mei. Mei yang banyak merakam cerita dan rasa. Cukuplah sekadar itu. Mudah-mudahan June datang membuat damping dengan besar hati. Membuat senang pada siangku, dan lena pada malamku. 
 
[Jauhi aku.. jika ia bukan hal yang patut didekat-kan..]

Thursday, May 30, 2013

~ NUN DI UTARA SEMENANJUNG TANAH AIR ~



AL-FATIHAH. Sahabat, moga tenang kamu bersemadi di sana.
 
Hari ini, genap tahun ketujuh kamu dijemput Ilahi. Namun ingatanku tidak pernah kurang dan kasih sayangku tidak terhakis buat kamu. Doa menjadi penyambung dan penghubung antara dua jiwa kita. Amin.
 
Nun jauh di utara tanah air sana. Mohon ada kudrat untuk aku mengatur langkah ke sana untuk mengunjungi pusaramu yang telah lama sepi dari ziarahku.
 
[Rindu.. sangat-2 rindu kamu wahai sahabat dr jiwa..]

Wednesday, May 29, 2013

~ KERONCONG HUJAN ~


 
 
KERONCONG HUJAN
by adibah noor
 
 
Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
Gerimis berderai di merata
Bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap di jiwa
Adakala bahagia terasa
Meskipun duka nestapa
 
Tika hujan turun
Sayup mendayu lagu keroncong
Merdu irama dialun
Bersenandung

Hujan membasahi bumi
Melahirkan keluhuran budi
Mengeratkan perpaduan suci

Kasih sayang abadi
 
[Rindu... Al-Fatihah]

Tuesday, May 28, 2013

~ RANAP ~



HARI yang paling kurang manis buat aku. Entah di mana silap lakunya, telefon bimbit memadam segala nombor manusia yang pernah membuat hubung denganku. Yaa.. semuanya tanpa sedikitpun berbaki.
 
Menangis.
 
Sementelah ada sebahagian manusia yang tersenarai di situ tidak lagi mampu aku jejak tanpa 10 susunan angka pada setiap satunya itu.
 
Tuhan, aku tidak pernah ingin menjauhkan silaturrahim yang sedia ada itu. Apatah lagi, yang ada itu hanya terbilang pada jari. Lalu ia jadi terlalu bermakna buatku. Mohon kembalikan aku kepada mereka atau sebaliknya. Amin.
 
[Se-kosong..]

Monday, May 27, 2013

~ SEPERTI TISU MENYERAP AIR ~

 
 


SAHABAT mei. Dulu persahabatan kami pernah dilanda tsunami menggila. Salah faham yang menjadi ribut taufan yang membuat rentang pada kejujuran dan kepercayaan yang patut ada. Lama dulu.. kurang lebih tujuh tahun lalu.
 
Namun, ditakdirkan Tuhan melorongkan ruang kemaafan yang begitu besar kepada hatinya, juga hatiku. Lalu kami saling membersih. Kikis hitam pada hati agar tidak membuat sasar pada ruang putih yang masih ada. Nah, selepas persabahatan kami yang pernah gelap suatu ketika itu, semuanya menjadi lebih baik pada hari ini.
 
Sahabat yang namanya tersohor di dada akhbar ini terlalu banyak meminjamkan cerita kehidupan kepadaku. Meski banyak bertentang sikap dan adanya kami, ia tidak pernah menjadi payah kepada satu persahabatan akrab. Akrab tanpa sedar seperti mana air yang menyerap basah pada helaian tisu satu demi satu.
 
Setelah masing-masing berhambat dengan urus pekerjaan yang berlisih ganti membuat rentang, kesempatan memberi izin untuk kami bertanya khabar pada lewat hari ini. Dan, seperti lazim selalu.. satu atau dua jam itu tidak pernah menjadi cukup buat kami. Lalu, dari jam sembilan malam tadi sehingga jam sembilan pagi hari ini, kami bertukar cerita dengan penuh selesa.
 
Mendengar, dan didengar. Mudah-mudahan, kami saling meminjam hal yang positif.

[Tidak ramai, hanya ter-bilang jari..]

Sunday, May 26, 2013

~ PADA SUATU NILAI, YANG TIDAK TERNILAI ~



PEMBERIAN. Apapun hadiah yang diberikan seseorang kepada kamu, usahlah dilihat kepada nilai harganya. Tidak kiralah ia bersempena hari ulang tahun kelahiran, kejayaan mahupun atas tujuan buah tangan.
 
Pada suatu nilai yang tidak ternilai, tanda ingatan.
 
Doa atau tanda ingatan yang wujud dalam perkiraan seseorang terhadap kamu itu adalah hal yang paling manis dan tiada gambaran pada bahasa. Lalu, jangan pernah ada terlintas pada hati untuk tahu tentang letak harga mahupun nilainya.
 
Tanda ingatan... yaa.. paling tidak, kamu itu adalah di dalam ingatannya. Dan ingatan itu disampaikan melalui pemberian. Tidak kira kecil, besar, berat, ringat, cantik, hodoh, suka ataupun tidak.
 
[Dan, terima kaseh untok ingatan..]

Saturday, May 25, 2013

~ AWAS! BILA HATI DAH SAYANG ~




TAJUK: Awas! Bila Hati Dah Sayang
KARYA: Tinta Biru
CETAKAN: Keempat (Disember 2012)
PENERBIT: Karya Seni Sdn Bhd
HALAMAN: 623
HARGA: RM23.00
“Sejauh mana kau berlari, aku akan mengejarmu.. Sejauh mana kau berada, aku akan di sisimu..”
 
 
[Dan, mengaburi..]


 

Friday, May 24, 2013

~ 23 JAM ~



LELAH yang cukup panjang tdak tertanggungkan sepanjang kurang lebih 23 di lantai pekerjaan hari ini. Ya, 23 jam. Komitmen yang perlu diberikan aku dan rakan-rakan sepekerjaan sempena satu acara penting yang bakal berlangsung seawal pagi Sabtu.
 
Bukan soal tenaga yang dikeluarkan menjadi tolok banding, cuma kekesalan di hati tidak berkurang habis apabila kegagalanku untuk menghulur tangan pada seseorang yang begitu memerlukan pada hari ini tidak mampu terlaksanakan. Yaa, kerana komitmen di lantai pekerjaan yang begitu mengikat secara keterlaluan.
 
Jujur aku kesal.
 
Apapaun, mohon Tuhan yang mengerti situasi adanya aku ini dan menyampaikan kepada hati yang kecewa itu tentang kesempitanku ini. Mohon doa kesejahteraan dan doa kemaafan yang paling benar ini sampai ke pengetahuan hatinya, meski hanya dengan gerak rasa.
 
[Bukan salah me-mileh..]

Thursday, May 23, 2013

~ RINDU ~



RINDU
by agnes monica
 
Selama aku mencari
Selama aku menanti
Bayang-bayangmu dibatas senja
Matahari membakar rinduku
Ku melayang terbang tinggi
 
'tuk slalu mega-mega
Menembus dinding waktu
Ku terbaring dan pejamkan mata
Dalam hati kupangil namamu
Semoga saja kau dengar dan merasakan
 
Getaran dihatiku
Yang lama haus akan belaianmu
Seperti saat dulu
Saat pertama kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisaikan kata-kata
ku cinta padamu
 
Peluhku berjatuhan
Menikmati sentuhan
Perasaan yang teramat dalam
Telah kau bawa segala yang kupunya
Segala yang kupunya
 
Getaran dihatiku
Yang lama haus akan belaianmu
Seperti saat dulu
Saat pertama kau dekap
Dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikan kata-kata
Aku cinta padamu ...
Kepadamu...
 
[Dan, bila datang mem-buat damping..]

Wednesday, May 22, 2013

~ MEMINJAM CERITA KEHIDUPAN ~



BUKAN sahaja kerana bakat dan persembahan memikatnya di layar lebar, tetapi aku turut mengkagumi wanita yang namanya, Anegelina Jolie ini kerana personaliti positif yang dimilikinya. Dari kedekatannya kepada hal-hal kemanusiaan dan amal kebajikan, sehinggalah kepada kesanggupannya menumpangkan kasih sayang dan membela nasib anak-anak malang dengan menjadikan mereka sebagai anak angkat.
 
Ketepikan soal sisi negatif yang dimilikinya kerana tiada satupun manusia di dunia ini yang wujud sempurna. Sebaliknya, didiklah hati kita untuk lebih melihat kepada hal-hal positif yang mampu dipinjamkan kepada diri.
 
Beberapa hari lalu, wanita hebat ini mengejutkan dunia lagi dengan cerita pengorbanannya. Pengorbanan yang meminjamkan seribu satu inspirasi kepada wanita lainnya termasuk aku, dan mungkin termasuk kamu juga.


Kredit Berita: http://www.hmetro.com.my
 




Angelina Jolie buang payudara

Los Angeles: Angelina Jolie berkata dia menjalani dua pembedahan membuang payudara selepas mendapati dia membawa gen yang hampir pasti menyebabkan barah kepadanya.
Aktres yang pernah memenangi anugerah Oscar itu dan pasangannya, Brad Pitt membuat pengumuman itu dalam bentuk rencana pengarang yang ditulis bagi akhbar The New York Times edisi hari ini.

Angelina menulis rencana itu antara awal Februari dan akhir April lalu selepas dia melengkapkan prosedur pembedahan bagi membuang kedua-dua payudaranya.
 
Menurut Angelina, 37, dia membuat pilihan itu kerana memikirkan enam anaknya dan selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand, meninggal dunia “terlalu muda” akibat barah.
 
Ibu saya berjuang melawan barah hampir sedekad dan mati ketika berusia 56 tahun.
“Dia sempat melihat cucu pertamanya dan memeluk mereka, tetapi anak-anak saya yang lain tidak berpeluang mengenali dan merasai sendiri kasih sayangnya,” katanya.
 
Menurut Angelina, anak-anaknya pernah bertanya jika barah pada Marcheline itu boleh berlaku ke atas dirinya. Selepas menjalani ujian generik, kata Angelina, dia mendapat tahu gen BRCA1 ada pada dirinya.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan dia mempunyai 87 peratus peluang untuk menghidap barah. Angelina berkata, dia menulis mengenai pembedahan mastektomi itu dengan harapan dapat membantu wanita lain.
 
“Saya mahu memberitahu wanita lain bahawa keputusan menjalani mastektomi tidak mudah, tetapi saya gembira kerana melakukannya.
“Peluang saya menghidap barah menurun daripada 87 peratus kepada kurang daripada lima peratus.
“Saya boleh beritahu anak-anak bahawa mereka tidak perlu bimbang kehilangan ibu mereka akibat barah payudara,” katanya. Dalam tulisannya, Angelina turut memperincikan prosedur dilaluinya.
“Proses saya bermula pada 2 Februari melalui prosedur penangguhan puting yang memastikan tiada penyakit di saluran payudara di belakang puting, serta melakukan aliran darah tambahan ke kawasan itu,” katanya.

Dia kemudian menjalani pembedahan utama dua minggu kemudian untuk membuang tisu payudara.

“Ia seperti adegan filem fiksyen sains,” katanya.
 
Sembilan minggu kemudian, dia menjalani pembedahan ketiga bagi membentuk semula payudara dan menerima implan.
 
“Saya tidak berasa apa-apa kekurangan sebagai wanita, sebaliknya bangga kerana membuat pilihan yang tepat tanpa mengurangkan unsur kewanitaan saya,” katanya.
 
Angelina juga memberitahu, Pitt sentiasa berada di sampingnya setiap masa ketika pembedahan dijalankan di Pusat Payudara Pink Lotus itu. - AP


[Maseh tentang inspirasi hal-2 positif yang mem-buat kelileng.

Tuesday, May 21, 2013

~ PADA YANG NAMANYA POSITIF ~



DALAM kesibukan dihambat urus pekerjaan yang bertali arus mengikat langkah, namaku tersenarai untuk mengikuti kursus motivasi kecemerlangan yang dianjur-wajibkan oleh pihak pengurusan di lantai pekerjaan.
 
Namun secara paling jujur, aku sememangnya tidak pernah berminat dengan sesi seperti ini. Lalu, aku melalui sesi dua hari ini dalam rasa yang kurang nyaman. Tiada tumpu dan segala yang dikongsi pada sesi itu umpama selakan kertas yang tidak meninggalkan apa. Sementelah aku merasakan isinya berputaran  pada hal yang serupa lagi dan lagi.
 
Begitupun, pada awal hari kedua ini perasaanku terhasil positif. Bukan kerana isi kandung modul kursus yang berlangsung tentang 'nilai-nilai positif yang mewujud kecermerlangan diri' tetapi kerana positifnya  seorang rakan kenalan kursus yang bertemu malang pada keliling asingnya ini.
 
Datangnya nun jauh dari seberang tanah Golok semata-mata kerana namanya tersenarai seperti aku juga. Mengenalinya kurang lebih 24 jam yang lalu, dia seorang yang agak pelucu dan menyenangkan. Lalu dia mudah menarik perhatian rakan-rakan yang baru saling mengenali.
 
Usai menghabiskan sesi petang semalam, dia menjadi mangsa ragut saat mengatur langkah untuk pulang. Segala yang ada padanya jauh dilarikan manusia yang memusnah diri dengan cara itu. Sehelai sepinggan, tanpa seringgit juga di tangan. Hari ini, dia menghadiri kursus hari kedua seperti tiada apa yang berlaku.  Masih dengan senyum manisnya, masih dengan kelucuan diri yang dibawanya.
 
Positif. Dia memilih untuk melihat apa yang berlaku itu dengan pandangan, dengan rasa dan dengan pertimbangan yang positif.
 
Moga Tuhan gantikan balik rezekimu itu dengan paling berganda untuk rasa jujurmu tu. Amin.
 
[Dan, aku me-minjam sesuatu...] 

Monday, May 20, 2013

~ MEMBELI NASIB ~

 
KALUT. Sepanjang minggu ini, lantai pekerjaan membuat bising yang bukan kepalang. Pihak pengurusan memperkenalkan beberapa plan baru yang lebih agresif untuk menaikkan prestasi syarikat kami.

Banyak kejutan.

Meski aku menyokong hasrat dan langkah untuk membawa nama syarikat kami lebih ke depan dan seterusnya menjadi pertama seperti yang diidamkan mereka yang di atas, aku tetap tidak bersetuju dengan beberapa pembaharuan yang aku kira tidak wajar dilakukan. Biar apapun alasan yang diberikan, aku percaya mangsa dipilih.

Yaa, aku tidak terlibat dengan kejutan yang diberikan oleh mereka. Bukan kerana bagusnya aku di sini, tetapi mungkin kerana nasib masih menyebelahi. Itu sahaja. Dan Tuhan lebih tahu.

Di suatu sudut yang bingar, kelihatan kelibat seseorang yang galak mengkhabarkan berita atau menyebarkan cerita yang diperoleh dari hasil 'memasang telinga' itu. Lepas satu, satu.. Dia menjadi bahagia apabila menjadi sumber berita cerita pertama.

Dijajanya cerita umpana menjaja jagung panas di tepi jalan. Menghitung nasib diri orang lain sehingga lupa untuk mengintai apa ada yang mampu ditolak diri sebagai kebaikan.

Kawan, Tuhan itu lebih mengetahui.
 
Usah terlalu gembira dengan kesuraman orang lain. Sebaliknya doalah yang terbaik untuk semua yang berkeliling, kerana ia sikit tidak banyak akan dikembalikan Tuhan kepada kita juga.
 
[Men-chubit peha kiri..]

Sunday, May 19, 2013

~ CERITA DAN CERITA ~



ATAS hambatan urusan kehidupan masing-masing beberapa waktu terkebelakang ini, kami jarang punya kesempatan untuk bercerita. Lama. Pada alasan yang munasabah dan juga tidak. Saat bunga matahari membuat mekar, pasti sahaja kita lebih tearah kepada sesuatu yang membuat benderang. Dan, aku mengerti itu.
 
Sehingga pada hari kelmarin, muncul sahabat ini dengan senyum yang berbeza. Pasti sahaja aku mampu membaca apa yang bersarang kerana kami bukan mengenal hanya sehari dua. Dan, lerailah hal-hal yang membuat sugul yang panjang itu.
 
Aku membuat dengar... dengan rasa yang paling jujur. Kerana hidup ini memangnya telah dilumrahkan begitu. Tidak semuanya manis untuk kita, dan tentu juga tidak semua pahit yang disua kepada diri. Cuma, sebagai manusia manusia yang akalnya dipnjamkan Tuhan dengan penuh sempurna, kita harus tahu membuat imbang pada diri.
 
Lalu aku berkata hal yang serupa kepada sahabat ini. Juga kepada aku tentunya. Mohon dia melihat itu dengan sebaik-baik penglihatannya.
 
Sepenuh hari kami menutur bual untuk sebuah cerita. Dari Ampang-Titiwangsa-Kajang-Sepang-Ampang. Hanya cerita. Dan pada akhirnya, hanya Tuhan yang tahu kesudahan kepada segala cerita yang dituturkan itu.
 
Tiada apa yang mampu aku hulurkan, selainkan sebuah persahabatan jujur.
 
[Langit merah senantiasa me-rakam cherita..]

Saturday, May 18, 2013

~ SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA.. ~



TAJUK: Sebenarnya Saya Isteri Dia
KARYA: Zura Asyfar
CETAKAN: Ke-12 (April 2013)
PENERBIT: Karya Seni Sdn Bhd
HALAMAN: 897
HARGA: RM30.00
 
”Titik-titik duka yang pernh kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan..”

(Diangkat menjadi drama episod dengan menggunaklan tajuk yang sama dan kini sedang hangat disiarkan di TV3, setiap Jumaat, jam 9.00 malam)

Friday, May 17, 2013

~ SAHABAT DEKAT ~



AKU memeluknya erat. Erat di tengah kekalutan dan kebisingan manusia berkeliling. Gurauan yang bersahaja itu rupanya menghantar berita benar. Lalu, beberapa saat aku dalam senyap. Dan entah kenapa rasa sayu menyelinap membuat damping.
 
Destinasi perginya mungkin memberi rasa yang berbeza kali ini. Berbeza sekali. Lalu doa senyap pantas sahaja tumbuh dalam hatiku. Semoga Tuhan mendengar dia.. dan semoga Tuhan mempermudahkan dia. Selamat berangkat sahabat. Selamat memperoleh apa yang kamu niat idamkan.
 
[Moga aku juga ada di-dalam doa itu..]

Thursday, May 16, 2013

~ PADA HARI 16 MEI ~



SELAMAT hari guru. Untuk semua guru-guru yang pernah hadir dalam perjalanan kehidupanku. Secara tuntutan mahupun sebaliknya. Atas didikan dan perkongsian itu, aku berdiri seperti hari ini yang dikenal orang sebagai aku.
 
Hanya Tuhan yang dapat membalas. Sungguh.
 
16 Mei..
 
[Zaman universiti banyak meng-ubah aku..]

Wednesday, May 15, 2013

~ HAL YANG HEBAT ~


[kredit foto: kil movie ]

HEBATNYA perasaan marah itu. Mampu memberi puas kepada hati dengan sesungguh rasa. Lepas, bebas dan sangat lega.

Aku cuba untuk merasai kehebatan itu.

Dan, hakikatnya...

Lebih hebat lagi rasa kebersalahan yang tumbuh dalam jiwaku selepas menghambur sebuah kemarahan itu. Mampu membuat kelam pada hati dengan seluruh rasa. Senyap, sugul dan sangat resah.

Justeru, aku perlu jadi aku.

[Kembali  jadi aku..]

Tuesday, May 14, 2013

~ UNTUK KAMU SI TAURUS ~


14 MEI. Hari kamu mengenal dunia, hari kamu mula menjadi kesayangan. Dan, setiap tiba detik
ulangan itu saban tahun, kamu menjadi semakin besar pada kehidupan. Semakin berat dengan cerita yang mengisi pada hal yang manis, yang pahit dan dengan segala warna selain hitam putih yang sering membuat damping.
 
Doaku tetap sama, pada pertama kali menjadi sahabat sehingga pada hari ini membuat tatap. Semoga Tuhan merahmati kamu. Semoga Tuhan mempermudahkan kamu. Dan semoga Tuhan sentiasa melihat kamu.
 
Tidak hanya kamu, kita semua diuji. Kita semua telah ditentukan jalan kehidupan yang harus dilalui semenjak nyawa diberikan pada badan. Justeru, kesukaran yang dilalui itu pasti sahaja ada alasan untuknya. Ada hikmat yang menanti, ada manis yang menunggu damping.

Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Sahabat Mei..
Allah Selamatkan Kamu..

Selamat Hari Ulang Tahun...

[Dan, kamu maseh merai-kan dengan cara yang ter-sendiri..]

Monday, May 13, 2013

~ KECAMUK YANG MEMBUAT SIMPUL ~


MATA tidak mahu membuat lelap. Hati berjalan, fikiran bersimpul. Hal yang terlalu selalu aku alami saat berdepan hal-hal yang di luar tenteram. Pertikaman lidah, kebersalahan dan kekecewaan yang bersarang. Bersatu.
 
Akhirnya, pada jam ini, 3.40 minit pagi, aku masih bugar, namun dengan perasaan yang cukup lesu. Wahai mata, lelaplah seketika untuk aku meletak lena dan melupa seketika kecamuk yang bersimpul membuat kacau.
 
[Kembali men-jadi yang senyap.. kerana itu-lah aku....]

Sunday, May 12, 2013

~ HARI IBU YANG BERBEZA ~



SELAMAT hari ibu. Selamat hari kasih sayang untuk wanita yang paling agung dan yang paling pertama memperkenalkan aku pada dunia. Juga yang menghidupkan kami dengan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada manusia lain dengan cara dan jalan yang seharusnya.
 
Tuhan,
Moga kamu sampaikan ke hatinya bahawa aku dan kami adik-beradik sentiasa amat mencintainya dengan sepenuh jiwa dan raga kami. Meski bertalu cerita kasih sayang kami khabarkan kepadanya setiap saat dan ketika, ia tetap tidak menyamai nilai yang terkandung di hati kami. Justeri biarlah cerita yang di dalam sana, hanya kau yang tahu. Rahmati kehidupan kami sekeluarga hendaknya.. amin.
 
Kali ini dan tahun ini, kami meraikan hari kasih sayang untuk ibu dengan cara yang sangat jauh berbeza.
 
Di katil hospital.
 
Petang semalam, ayah dimasukkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah kerana masalah jantungnya yang berulang. Di luar jangkaan kami kerana pada minggu lalu saat negara sibuk dengan berdepan dengan pemilihan kerajaan baru, ayah baik-baik sahaja. Malah dia yang paling teruja untuk menjadi pertama yang menunaikan tanggungjawab sebagai anak bangsa. Langsung tiada tanda-tanda yang mencurigakan hati kami selain tabiat merokoknya yang bersambung kembali itu.
 
Justeru, usai menyempurna tugasan pada petang Sabtu semalam, kami adik-beradik bergegas pulang nun di pantai timur semenanjung tanah air. Tiada kata yang dituturkan melainkan doa yang didiamkan di dalam hati agar keadaan ayah baik-baik sahaja.
 
Ibu menjadi semakin pendiam. Tiada lain yang dia tuturkan melainkan keadaan ayah. Tiada bahasa lain yang dia sebutkan melainkan, kesihatan ayah. Lalu kami juga menjadi senyap dalam rangkuman emosi yang tiada pada pertimbangan bahasa.
 
Semoga aku mampu menjadi kuat untuk melindungi seluruh hati yang sedang pecah di dalam rumah kami. Mudah-mudahan air mata itu mampu bertahan daripada turun meterjemah emosi. Cukuplah ibu, cukuplah kakak dan adik yang berkeadaan begitu. Sungguh, aku pernah berjanji untuk menjadi kuat demi melindungi emosi mereka, dan aku masih berpegang kepada itu.
 
[Tuhan, mohon men-dengar emosi-ku..]

Saturday, May 11, 2013

~ KELABU ~



TAJUK: Kelabu
KARYA: Nadia Khan
CETAKAN: Pertama (2011)
PENERBIT: Buku Fixi Sdn Bhd
HALAMAN: 456
HARGA: RM23.00
 “Faith is taking the first step  even when you don’t see the whole staircase…”
[Dan. bila kita antara itu..]

Friday, May 10, 2013

~ KATA NASIHAT 180 JUTA KALI ~


KATA ibu yang sudah 180 juta kali, apa sahaja  yang kita laku dan hulurkan, jangan pernah ada rasa untuk mendapat sesuatu daripadanya. Biar ikhlas dan jangan sampai si tangan kiri itu tahu apa yang si kanan hulur berikan. Atas apa jua alasan. Berulang-ulang nasihatkan itu di singgahkan ke telinga dan hati. Semenjak akalku bertatih sehinggalah saat hari ini.
 
Kata pesan yang serupa. Tanpa jemu.
 
Namun hari ini, aku sepertinya menelan keras kata-kata yang berulangan 180 juta kali itu. Tiba-tiba tumbuh satu perasaan kecil hati bila mana apa yang pernah aku laku dan hulurkan (meski dengan ikhlas) itu disampah-sarapkan.
 
Lalu, rasa yang dikatakan sebagai salah oleh ibu itu tumbuh deras. Ya, benar aku tidak pernah mengharapkan balasan daripada apa yang dilakukan tidak kira dalam kandungan yang bagaimana. Namun, apabila secara terang usaha yang pernah ada itu disampahkan, perasaan itu mula tumbuh membesar.
 
Dibimbangi ia akan menukar nilai keikhlasan pada duduk yang paling kena.
 
Berkali menarik nafas dengan paling dalam. Mahu membetulkan perasaan yang salah itu. Agar ia tidak sampai merosakkan sebuah hubungan yang namanya persahabatan.
 
[Sabar-lah hati... usah lehat, usah dengar, usah rasai.. soal yang di-dalam sana, biar Tuhan yang aman-kan]

Thursday, May 09, 2013

~ ISI BERTINGKAT ~



MANGKUK tingkat. Lauk-pauk yang pelbagai rupa diberi sekaligus sebagai hidangan. Untuk dimengerti. Ulamnya dengan sebaris perkataan yang menjelas segerobok rasa.
 
Memaksa diri dengan senyum untuk menutup rasa. Tapi di dalam, hanya Tuhan yang tahu. Terguris. Berguraulah untuk hal selainnya.
 
Mengalihkan pandangan. Tidak membuat tentang, dan masih dalam senyum.
 
[Ber-tambah panjang senarai tidak..]

Sunday, May 05, 2013

~ PILIHAN RAYA UMUM KE-13 ~



 

 

 
TERUJA. Keterujaan yang hanya dapat dirasai kurang lebih lima tahun sekali. Justeru, semangatnya menjadi luar biasa dari selalu.
 
Semenjak awal pagi, ayah sudah siap siaga. Lalu dikerahkan kami agar bersegera untuk menyertainya. Urusan penting, usah dilengahkan katanya. Demi negara!
 
Pilihan Raya Umum ke-13, jatuh pada hari ini, 5 Mei 2013.
 
Meski kami tidak pernah berbincang atau menyuarakan ideologi politik kami secara terbuka, aku tahu kami menyokong kepimpinan yang sama. Sejak sekian lama, dan kami masih dengan pandangan dan pendirian itu.
 
Menang atau kalah, itu cerita lain. Apa yang penting kami, menunaikan hak sebagai pemilih yang memilih. Tiada lain yang mahunya kami, melainkan nasib terbela, negara aman sentosa dan kehidupan kekal harmoni.
 
Lalu pada tarikh keramat ini, pada kesempatan kedua menunaikan tanggungjawab ini, aku mendoakan agar kepimpinan akan datang duduk pada yang berhak. Aminn. 
 
[Cerita manis-nya ada-lah tentang penyatuan..]

Saturday, May 04, 2013

~ BAYANG BERINGIN ~






TAJUK: Bayang Beringin
KARYA: Rahimidin Zahari
CETAKAN: Pertama (2013)
PENERBIT: Institut Terjemahan Negara (ITBM)
HALAMAN: 120
HARGA: RM20

[Me-rasa dengan sa-buah rasa...]

~ MENAWAR SINGGUNG ~


MEMBERI. Bukan kerana harga atau paling nilai yang ada padanya. Paling ada yang harus jelas difahami adalah keikhlasan yang tumbuh daripadanya.

 Ya, hari ini aku perlu menutur hal yang serupa dengan apa yang telah aku tuturkan pada entri kurang lebih 24 jam yang lalu.

Saat berdepan hal payah, sering kita mencari mereka yang kita rasakan dekat untuk mengadu. Tidak semata atas keinginan dibantu selesai, tetapi cukup andai didengari dan duduk mengerti akan kepayahan yang kita adukan itu.

Yaa, jika tidak dalam kemampuan lainnya, cukuplah sekadar kata yang menyenangkan. Ia sangat perlu dan besar membuat peranan pada suatu ketika begitu. Dan, ia hanya terjadi, andai Keikhlasan tumbuh baik di situ.

Dan, hal yang dilalui beberapa jam tadi membuat aku cukup singgung. Singgung kerana tidak tumbuh perasaan yang namanya keikhlasan itu dari seseorang yang aku fikir patut ada.

Terima kasih Tuhan... kerana membuka pintu hati seseorang yang jauh duduknya dari fikirku untuk memberikan keikhlasan itu. Sedang yang ada pada barisan depan dalam fikirku, menolak dengan cara yang cukup tersendiri.

Doa kesejahteraan untuk kamu sahabat. Juga untuk kamu-kamu yang ada tumbuh perasaan keikhlasan saat membuat urus soal kehidupan.

 [Menangis-lah wahai unta hitam...]

Friday, May 03, 2013

~ MENGERTI DARI KAMU ~



MEMBERI. Bukan kerana harga atau paling nilai yang ada padanya. Paling ada yang harus jelas difahami adalah keikhlasan yang tumbuh daripadanya.

Aku cenderung pada itu.

Lalu lewat beberapa jam siang hari tadi, seorang teman menggeleng penuh tanya bila mana aku mampu membuat senyum selebar langit hanya kerana sekeping kad yang tertera beberapa patah perkataannya. Sedang aku diberi lebih daripada itu.

"Kecil pada kamu, mungkin besar sekali pada orang lain. Dan sebaliknya juga."

Aku sering melihat jelas di situ. Hakikat bahawa ingin setiap manusia itu tidak serupa, namun hal berkaitan keikhlasan tidak pernah jauh larinya.

[Aku hanya perlu meng-erti kamu..]

Thursday, May 02, 2013

~ DI BALIK LIMPAHAN ~



MENGISI kesempatan. Melihat, membelek dan mencari. Limpah manusia dan limpah buku membuat aku larut secara paling ingin di ruang besar yang dikenal kamu dan aku sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra ini.

Menjelajah seluruhnya yang ada di luar aku dengan tulisan-tulisan yang memberi inspirasi. Secara sedikit, separuh dan terpaling ada.

Kalaulah ada pada kemampuan pada hari-hari datangnya nanti, aku pasti mahu menyimpan segala inspirasi ini dengan cara yang paling terhormat. Sementelah yang menjadi milik ini tidak ada pada nilai.

Larut.

Aku cuba menjadi besar dengan segala yang dikutip ini. Dari hal yang berdikit dulunya, sehingga ada menjadi mampu secara paling sederhana.Alhamdulillah, ingin itu terpenuh meski tidak secara seluruh.

Menoleh di zaman anak-anak, aku jauh ketinggalan dari rasa ingin itu. Situasi dan mampu diri ayah dan keluarga tidak membawa aku kepada itu. Lalu ketika itu, aku hanya memilik inspirasi dengan cara mampu kami.

Paling membuat bekas, aku terlalu selalu mencuri kesempatan untuk larut di balik barisan rak toko buku secara percuma. Membaca dan membelek helaian muka surat yang sering membawa aku mengenali dunia lain, selain dunia kecil ruang rumah kami. Mujur saja, pemilik toko itu memahami keinginan anak sekecil aku pada ketika itu.

Agh.. itu cerita lalu.. yang sudah berlalu. Namun keinginan aku tidak pernah berlalu. Masih mudah larut pada hal yang serupa. Larut pada helaian penceritaan yang sentiasa membuatkan aku kenyang secara paling mahu.

[Maseh men-chari naskah 'Ayah' dari tulisan Andrea Hirata..]

Wednesday, May 01, 2013

~ CERITA PADA SANG KANVAS..~



SEPERTI melihat aku. Barangkali itu yang membuatkan aku begitu suka dengan lukisan ini. Cerita seluruh yang mengisi emosi. Seringkali kita merasa cukup mengerti, tetapi rupa-rupanya ada yang lebih mengerti.

[Menatap lagi sambil menyelongkar lagi..]