Wednesday, February 13, 2013

~ ULAR ~


TAHUN ular atau disebut juga sebagai naga kecil. Semoga tahun ini lebih memberikan kebahagiaan dan kekayaan. Kejayaan akan sering menyebelahi orang yang berusaha dan bekerja keras.

Terima kasih untuk pasangan sepasang ini.

[Ular dan jodoh..]

Monday, February 11, 2013

~ TENANG MENURUT AKU ~




MATA kecilku melihat, semua. Hati kecilku menafsir, sebahagia darinya. Hal-hal lazim yang telah lama tidak bertemu kesempatan. Dan siang hari tadi, aku diberikan sedikit luang untuk menatap rahsia alam ini.
 
 Tenang dan senang. Terima kasih.
 
 [Kamu itu sudah jauh nun di-benua sana..]

Sunday, February 10, 2013

~ RENCANA DAN RAHSIANYA ~



"Kami berkenalan kurang lebih tiga bulan yang lalu. Melalui laman twitter/facebook."
"Pernah bertemu?"
"Insya-Allah, pertemuan untuk melaksanakan akad nikah hujung bulan ini adalah pertemuan pertama kami.."
 
Terngiang-ngiang perbualan itu di telinga. Sahabat yang seorang ini tekad dengan keputusannya dan percaya dengan seruan jodohnya. Aku angguk, bertetuju. Tetapi dengan kesetujuan yang paling perlahan.
 
"Allah maha mengetahui dan maha menentukan. Biar mahu atau tidak sekalipun kita, ia tetap akan berlangsung di dalam rancangan-Nya.."
 
Angguk lagi.
 
Dan melihat cerita panjangku dengan teman jiwa. Bukan tiga bulan, tidak juga tiga tahun. Kami masih di sini. Tidak selangkahpun ke depan. Kerana Allah masih belum mengizinkan.
 
Yaaa.. Rencana-Nya adalah rahsia-Nya.
 
Bukan masa, bukan jarak, bukan juga ingin dan mahu. Tetapi seruan dan ketetapannya.
 
[Se-muga ber-bahagia hingga ke-jannah..]

Saturday, February 09, 2013

~ NYANYIAN MALAM ~






TAJUK: Nyanyian Malam
KARYA: Siti Zainon Ismail
CETAKAN: Pertama (1976) & Kedua (2004)
PENERBIT: Galeri Melora
HALAMAN: 52
HARGA: RM15.00

Kumpulan Puisi 1972-1975

[Dan, aku juga me-nyanyi..]



Friday, February 08, 2013

~ CERITA HATI ~


JUJUR. Ya, aku cuba dan sedang mengekalkan rasa jujur yang ada. Di sini melalui jari-jari yang bercerita di sini. Sebahagian besarnya dari hati. Betul-betul dari hati.

Satu, dua mata yang mengenali pernah membuat tanya. Apakah cerita hati yang dilekap dengan cerita kejujuran itu harus dipersembah di luar hati? Yakni melalui jari yang menyampai cerita untuk tatap yang entah pada berapa mata.

Aku terdiam. Mengambil sedikit saat untuk memilih perkataan yang mampu menyampai tepat apa yang mahu dikatakan.

"Yang hati, tetap hati kerana hati sahaja yang mampu mengerti. Yang jujur tetap juga juga jujur dan ia harus diberi rasa..."

[Ia untok kamu, bila ia memang untok kamu..]  

Wednesday, February 06, 2013

~ UNTUK KITA ~


[Untok kamu, aku dan kita semua..]

Monday, February 04, 2013

~ LELAH ~


[krediti foto: drama adam & hawa]

SEPANJANG tiga hari lalu, segala tumpu berada di lantai pekerjaan. Justeru, segala aku tertumpah dalam di dalam tempoh tiga itu. Atau lebih daripada sebelumnya saat kami mengerah tenaga membuat segala persiapan perlu untuk yang tiga hari ini.

Berakhir semalam. Dan lelah yang panjang mengiiringi kudrat yang sekerat itu. 

Lalu hari ini, aku lari membuat senyap. Senyap agar tulang-temulang ini punya waktu membetul duduk. Agar nafas yang tercungap-sungap ini punya kesempatan untuk di tarikh lebih dalam. Juga agar telefon bimbit yang asyik menyala itu diberi ruang untuk mengirim rasa.

Dan, inilah yang diisi pada yang namanya hidup.

[Me-layar mimpi..]

Saturday, February 02, 2013

~ SAYANG SI LANUN ~





TAJUK: Sayang Si Lanun
KARYA: Erin Zehana
CETAKAN: Pertama (2010), Kedua (2011) & Ketiga (2012)
PENERBIT: Alaf 21
HALAMAN: 498
HARGA: RM21.00

“Akan kutawan pulau hatimu agar ia mewarnai hidupnya yang kesepian..” 

[Se-mahu itu..]