Thursday, December 13, 2012

~ RESAH MENYELINAP ~


HAL-hal lazim di bulan Disember bermula. Penilaian prestasi di lantai pekerjaan sedang rancak dijalankan. Dan sungguh, aku sedar prestasi kerja sepanjang tahun 2012 ini agak mengecewakan diriku. Tidak banyak atau tidak pencapaian yang membanggakan dicapai.

Lalu aku tidak mengharapkan apa-apa daripada sesi ini. Namun yang paling mengejutkan dalam tempoh kurang lebih empat tahun aku berlantai pekerjaan di sini di bawah seliaan sang kepala ini, inilah kali pertama dia tidak mengisi perkataan 'pendiam' di kotak ruang personalitiku.

Apa itu satu 'pencapaian' ? Barangkali.

Kalau melihat kepada bidang pekerjaanku, paling benar ia sangat bertentangan dengan personaliti sebenarku. Senyap, berat mulut dan hanya tahu berancakan dengan teman-teman yang mengenal sahaja. Namun itulah yang dikata cabaran untuk mengubah diri, dan aku lakukan itu.

Sempena tahun baru yang bakal membuka tirai kurang lebih 19 hari lagi ini, satu rombakan bear akan berlaku di lantai pekerjaan kami. Beberapa jabatan dan bahagian akan mengalami perubahan besar dan melibatkan hampir semua kakitangan termasuklah pasukan kami.

Khabar angin bertebaran sejak lebih seminggu yang lalu dengan pelbagai andaian dan harapan. Paling nyata pasukan kami akan turut melalui rombakan dan ada dinatar kami bakal ditukarkan ke bahagian lain.

Lalu, melihat kepada prestasi diri pada tahun ini, aku merasakan berada di senarai paling bawah dan paling berkemungkinan untuk ditukarkan ke bahagian lain. Yaa.. walaupun jauh di sudut hati, masih selesa di tempat sekarang bersama pasukan yang sentiasa memberi warna hidup ini.

Namun, kalaulah itu yang dimahukan dan diarahkan pihak atasan demi mengekalkan kedudukan terbaik yang diraih lantai pekerjaan kami saban tahun, aku akur sahaja.  

[Di-lema.. dan tunggu-kan saja]

No comments: