Tuesday, December 18, 2012

~ MENAWAR RASA KIRI ~


WAJAHNYA kemerahan. Menahan marah. Beberapa kali dia menarik nafas dengan dengus yang jelas kedengaran. Aku hanya memerhati. Dia semakin dekat. Kurang lebuh 4 saat, dia sudah berada di sebelahku.

"Better u jauhkan diri dari dia ni. Kalau u tak nak kena macam yang i kena, i harap u dengar cakap i ni.. Perempuan tu dah gilaa.."

Aku terdiam. Memandang dia dengan wajah kosong dan sedaya cuba menangkap apa maksud yang cuba disampaikan oleh seorang kenalan ini. Setelah beberapa minit dia meluahkan isi hati dan aku mendengarnya penuh tekun, barulah nampak jalan ceritanya.

Menggeleng-gelengkan kepala dan berakhir dengan tawa kecil.

Tidak aku sebelahkan sesiapa. Apa lagi untuk menidakkan ceritanya yang terlihat jujur mahu mengelak aku dari terjatuh di dalam lubang yang sama dengannya.

Cuma, manusia ini dijadikan dengan rupa dan sikap yang bermacam. Dalam baik ada buruknya, dan dalam buruk ada baiknya. Itu yang harus kita terima. Tidak kepada orang lain, tetapi besar merujuk kepada diri sendiri juga.

Justeru, melihat sesuatu itu dengan pandang dan rasa yang positif, tentunya sedikit sebanyak mampu menawar rasa 'kiri' yang bergelimpangan.

[Me-lehat diri sendiri juga..]

No comments: