Monday, December 03, 2012

~ LUKISAN 13 JAM PERJALANAN ~


 


YA, kerja gila. Menghala ke paling hujung utara semenanjung tanah air untuk urusan yang berlangsung selama dua jam setengah dan kembali semula ke hiruk-pikuk kota pada hari yang sama. Ya, kami hanya berada tanah utara itu hanya untuk tempoh itu, sedang perjalanan yang perlu dilalui untuk perjalanan pergi dan balik kurang lebih 13 jam.

Dan, memang ia kerja gila. Bersama rakan-rakan yang mempunyai kegilaan yang sama, kami benar-benar menjadi 'gila'. Lama aku tinggalkan hal-hal begini, dan hari ini kesempatan itu membuat singgah. Jauh aku tinggalkan urus pekerjaan yang seringkali mengikat kaki.

Lalu wujudlah cerita di dalam cerita.

[Dan, kalau-lah kamu yang 'gila' itu turot ada..]

No comments: