Wednesday, December 05, 2012

~ ISI KANDUNG YANG BUKAN MILIK ~


RAHSIA. Dan ia datang kepadaku lagi. Bukan pertama, tetapi beberapa kali membuat singgah. Ia tidak harus ditahu aku sebagai orang yang paling luar.

Menjadi kebetulan, alamat emel bernama aku itu begitu mirip kepada seorang yang lain yang namanya begitu terkenal di dada akhbar. Hanya kerana satu huruf, segala isi kandungnya sampai kepadaku. Andai aku mahu mengambil kesempatan ke atas itu, ia begitu menyebelahi.

Namun, aku tidak memilih untuk itu.

Hal yang serupa berlaku kepada rakan sepekerjaan. Hanya kerana keciciran satu huruf, emel yang sepatutnya untuk seseorang yang berada di kerusi atas itu membuat singgah kepadanya. Segala yang sepatutnya 'P&C' itu berjaya disentuh tahu dia.

Lalu, pesanku pada kamu dan pada diri sendiri, rahsia biarlah letak duduknya pada rahsia. Kesempatan jika dipergunakan akan membuat luluh pada hati.

[Dan, rahsia tentang kamu, maseh aku simpan kemas..]

No comments: