Sunday, December 02, 2012

~ BERHENTI MEMBUAT DEGUP ~


DI SINI, hari ini... sekali lagi dunia ini terlihat begitu kecil kepadaku. Di celah simpang siur berpasang-pasang mata yang hadir sebagai tetamu di majlis keraian besar ini, ada sepasang mata yang aku cukup kenali. Memerhatikan aku tanpa lepas.

Tidak punya ruang untuk melarikan diri, akhirnya kami bertembung pandang. Jantung menjadi terlalu sejuk seolah mahu berhenti membuat degup. Oh Tuhan... lelaki ini.. Aku senyum beserta sedikit anggukan, tanda kami pernah saling mengenali.
Lelaki itu dari sejarah lalu. Sejarah yang terpaling sukar untuk aku lupus dari ingat meski masa berlalu jauh. Biarlah tidak ada pertemuan lagi di antara kami meski dalam mimpi. Itu yang selalu diharapkan hati sebaik pecah suatu  ketika dahulu. 

Tiada dendam. Yaaa.. cuma tidak mahu mengingat cerita lalu. Cerita saat aku tumpahkan cinta yang banyak kepadanya. Dan aku dikhianati.

Namun sebanyak mana yang diharapkan hati itu, sebanyak itu juga ada kebetulan yang membuat singgah. Dan, memang dunia begitu kecil.

"Entah-entah memang ada jodoh dengan dia tak..?..
"???????"
"OK.. OK.. sorry.."

[Yang lalu, biar-lah lalu..]

No comments: